Skip to main content

BILA CINTA MILIK DIA

Keretanya diparkir elok. Alarm kereta ditekan. Tidak sangka yang Rania akan bersetuju dengan tawarannya. Hari tu, bersungguh menolak. Sehinggakan terus angkat punggung. Blah!

    Adel memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Sambil matanya menangkap sesuatu. Serta-merta, dia tersenyum sendiri. Sengaja dia berjalan kalut. Seperti orang ingin cepat. Langkahnya tergesa-gesa.

Raqilla yang sedang berjalan di hadapan disaingi langkahnya. Terpukau mata lelakinya melihat lenggok bekas isterinya itu dengan stiletto hitam. Dia cuba menganggar sendiri. Mungkin dalam tujuh inci. Kalau terjatuh, macam mana. Hatinya diterjah rasa risau.

‘Perempuan ni tak kira kerja kat mana pun hendak bergaya ke? Jadi tukang jahit pun nak berstiletto ke?’ desisnya dalam hati.

Kalau tidak salah ingatannya, pernah dulu dia memarahi Raqilla kerana berstilleto. Apa perempuan itu tidak dapat mencerna kenapa dia melarang?

Tapi silapnya jugak. Marahkan isteri sendiri berstilleto tapi bila perempuan lain bergaya sebegitu, ralit pula matanya memandang lenggok. Ah, dia lelaki! Normallah tu! Kalau isteri sendiri memanglah risau. Tak elok selalu bertumit tinggi sebegitu.

Sengaja dia mendekati Raqilla dan pura-pura terperanjat.

    “Qilla?” soalan kononnya terkejut.

Anak matanya sengaja dibuat beria-ria. Bibirnya disenyum semanis mungkin.

    “Awak?” soal Raqilla terperanjat.

Raqilla jadi resah. Tidak sangka akan berjumpa di kaki lima sebegini. Pakaiannya ditelit seimbas lalu. Bimbang ada compang di mana-mana. Tidak mahu Adel memandangnya selekeh.

    “Cantik kasut?” tegur Adel dalam nada memerli.

Raqilla gigit hujung bibirnya. Serba-salah. Sebenarnya, ini hari pertama dia memakai stiletto itu selepas dia bercerai dengan Adel. Gian sebenarnya hendak pakai. Yelah, perempuankan nampak bergaya kalau tinggi sebegitu.
    “Lama tak jumpa. Buat apa kat sini?” tanya Adel apabila wajah Raqilla tampak gelisah.

    “Keluar cari barang sikit. Stok benang banyak yang dah habis,” adu Raqilla sedikit manja.

Apabila menyedari intonasi nadanya sebegitu, lekas-lekas dia meneruskan langkahnya. Rasa nak hempuk je kepala sendiri.

    ‘Kau apahal Qilla? Lupa ke dia tu kan bekas suami kau? Apahal kau nak jawab dalam nada manja macam kau ni masih isteri dia?’ marahnya pada diri sendiri.

Adel sembunyi senyum.

    “Nak saya temankan?”

Raqilla telan liur. Perkataan saya yang digunakan oleh lelaki itu ibarat duri yang menembusi salur pernafasannya. Sudah tidak betah lagi ke lelaki tu hendak membahasakan diri sebagai abang? Tapi merekakan bukan suami isteri lagi. Jadi, kenapa dia nak terasa kalau mereka hanya bersaya-awak?

    “Tak payah.”

    “Awak nak saya ikut awak?”

Raqilla ketap gigi. Tak sama ke soalan tadi? Teman dengan ikut tu bawa dua maksud berbeza ke?

    “Tak payah!”

    “Takpe. Biar saya jadi bodyguard awak. Barulah orang tak berani kacau.”

    “Hmm .. tak payahlah!”

    “Awak masih marahkan saya?”

    “Tak!”

    “Awak dah bencikan saya?”

   “Tak!”

Adel mendahului langkah Raqilla. Berdiri di hadapan. Sambil menghalang laluan. Raqilla bercekak pinggang. Gaya berdiri dah macam model.

Mata mereka saling bertentang.

    “Sekarang apa? Ada lagi ke soalan yang saya perlu jawab? Cepatlah, janganlah halang laluan saya! Pekerja saya sorang diri je kat kedai tu! Saya kena cepat!”

Adel senyum lagi.

    “Awak dah makan?”

Raqilla julingkan matanya ke atas. Takkan nak tanya benda tu sampai nak halang laluan?

    “Awak ni kenapa? Macam-macam soalan awak tanya?”

Adel jungkit bahu.

    “Tak ada apa-apa. Mungkin sebab lama tak tengok awak kut. Kalau orang tahu, mesti orang cakap saya ni bodoh, kan? Ada isteri cantik dilepaskan.”

Raqilla mencebik. Sebaliknya, Adel tersengih-sengih merenungnya.

    “Kenapa? Tepilah!”

Raqilla acah-acah marah.

    “Cantik gaya awak. Pakai eye shadow untuk sebelah mata je. Lagi sebelah tak pakai. Fesyen baru, eh?” usik Adel sambil ketawa lepas.

Raqilla ternganga.

“Eye shadow?’ omelnya sendiri.

Ni mesti kerja Raqib pagi tadi.

‘Qib!’ jeritnya dalam hati.

Teringat dia peristiwa pagi tadi.

    “Kak, stokin kat mana?” laung Raqib lantang.

Raqilla yang sedang menyapu warna merah jambu itu ke atas kelopak matanya menjawab, “Ada la dalam laci tu. Kat mana lagi kalau tak ada kat situ!"

    “Kak, tak adalah!”

    “Ada. Cuba cari elok-elok. Banyak ada situ, kan?”

    “Kak, cepatlah! Mana ada stokin yang warna hitam putih tu kat sini?”

Raqilla meletakkan berus mekapnya di atas meja solek. Adiknya yang seorang ni mengalahkan perempuan. Kalau baju warna biru, stokin mesti nak warna biru. Kalau bajunya biru kelabu, mesti nak sama warna jugak. Payah betul!

    “Yalah! Yalah! Kejaplah kak datang!”

Raqilla kembungkan pipinya. Tepuk dahi dan tutup sebelah matanya dengan tangan.

Lepas dia tolong Raqib cari stokin pagi tadi, dah lupa dah dia nak sambung bersolek. Terus pakai tudung dan pergi kerja. Kalau dia pakai selendang yang berlilit-lilit tu, memanglah dia tengok cermin tapi hari ni, pakai tudung sarung terus je. Aci redah terus. Tapi Rania tak adalah pulak tegur dia tadi.

Adel tanggalkan kaca mata hitamnya. Dia melangkah mendekati Raqilla. Dengan senyuman yang tak lekang di bibir, dia sarungkan ke mata Raqilla.

Raqilla telan liur yang seperti tersekat dikerongkong. Mahu sahaja dia mengundur. Tapi kakinya beku tidak mahu bergerak. Degup jantungnya laju. Dadanya jadi berdebar. Darah merah umpama menyerbu ke wajahnya sehingga pipinya terasa kebas.

Apatah lagi, apabila sepasang mata tajam itu terus-menerus memandang ke arahnya.

    “Saya dah jampi kaca mata ni, supaya awak tak pandang lelaki lain selain saya.”

Kendur lutut Raqilla mendengar lelaki itu bersuara seakan berbisik. Panahan tajam mata Adel seakan memanah terus ke dalam hatinya.

Sedar-sedar, bayang Adel sudah lesap. Dia terkesima. Terpana betul dia dengan kata-kata Adel. Ah, kenapa dia selalu lemah kalau dengan Adel tu?

Pipinya ditampar sendiri.

    “Kau ni, Qilla! Boleh tak jual mahal sikit? Dari dulu, kau terhegeh-hegeh dengan dia! Kalau sungguh masih cintakan dia, kenapa kau paksa dia ceraikan kau dulu?”

Psst: nak baca lagi? Meh order Bila Cinta Milik Dia ♡♡♡

Comments

Popular posts from this blog

Bukan Bisikan 7 & 8

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi

*7* Lebam mata bundar itu akibat menangis. Comforter tebal masih lagi membaluti tubuhnya. Sudah lama air mata itu tidak mengalir keluar. Sudah terlalu lama dia menahannya. Dipandang lelaki durjana yang lena beradu disebelahnya. Kuat badannya dipeluk. Hendak melepaskan diri, dirinya sudah tidak berdaya. Badannya sudah terlalu lemah. Tersedu-sedan tangisannya. Terpisat-pisat Irfad Hakimi terjaga. Ketawa jahat memulakan bicara. 
“Tidurlah. Bosan aku dengar sejak semalam kau menangis,” Mia Adlya buat tidak tahu. Malas menjawab atau memberi tindak balas. Benci dia dengan lelaki itu. Jika benar wujud benci dihati lelaki itu, kenapa dia diperlaku begini. Untuk apa?



*8*
Apa malangnya hidup aku? Dirogol suami sendiri berkali-kali ..
Irfad Hakimi Taukah kau betapa diri ini bertambah benci .. Berhentilah dari menyakitiku lagi ..

Aiman Haikal muram sahaja. Dagunya di tongkat d…

Bukan Bisikan 6

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi
Perlukah aku diperlaku begini? Pulang dan keluar sesuka hati? Seumpama hotel, rumah ini ..
Walau diri ini kau sakiti .. Masih wujud sisa cinta bersemi .. Nun jauh disudut hati ..
Namun tegarkah aku? Terus bermukim didaerah sunyi .. Berenang di lautan sepi .. Tanpa sebarang melodi ..
Bunyi pintu dihempas kuat memeranjatkan Mia Adyla. Leka benar jemarinya menari didada ‘lappy’. Wanita itu mengeluh.
Dibuang segala rasa benci, marah, sedih dan segala berbaur jauh. Biar semuanya hilang selamanya.
“Saya nak putuskan hubungan kita. Saya tak boleh kahwin dengan awak,” Irfad Hakimi pantas menoleh. Memandang tepat ke arah si gadis yang disayangi sepenuh hati. “Saya cintakan awak. Terlalu sayangkan awak. Kenapa saya tak boleh kahwini awak? Jadikan awak isteri saya yang sah. Yang saya boleh manjakan dan belai sepanjang masa .. saya sayangkan awak ... percayalah .. Setiap kali j…

Bukan Bisikan 1, 2 & 3

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi
*1*
Bukan mudah untukku tafsir isi hatimu .. Bukan mudah untukku fikirkan apa yang dirimu mahu .. Jika degupan jantungmu bukan lagi milik aku .. Kenapa harus kasih suciku diperlaku sebegitu?
Aku keliru .. benar-benar keliru .. Apa yang kau mahu dariku sebenarnya?
Laju jemarinya menari di dada keyboard. Button create post ditekan. Mia Adyla mengeluh lemah. Terus lappy kesayangannya dimatikan.

Bingung. Bingung apabila memikirkannya. Kenapalah hatinya begitu sukar melupakan lelaki yang hanya tahu permainkan hati wanita sepertinya?

Mia Adyla tarik nafas. Dalam. Dia tekad. Kali ini dia mesti bertegas dengan hidupnya sendiri. Untuk apa diseksa lagi diri sendiri andai merana sahaja yang jadi upahnya?

Bukan Bisikan 5

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi
Ke hulu ke hilir kakinya melangkah. Menyampah pula dengan suasana dunia. Bagai ketidakadilan menerjah hidupnya. Seakan bala memang ditakdir untuknya.
Astaghfirullah ! Apa aku merepek ni? Cepat-cepat diri beristighfar. Leka benar dihasut syaitan berbisik.
Pandangan dilempar ke arah jendela. Cuba mencari sinar ketenangan. Bayu lembut menghempas ke pipinya. Dingin.
Nafas dihela keluar sambil ekor matanya melirik kasar. Gajet canggih ditangan. Sesaat.
Naik lenguh jemarinya menekan redail. Panggilannya masih tidak disahut. Mia Adyla mengeluh. Dicampakkan badannya ke sofa.
Kelopak matanya cuba dipejam celik – dipejam celik.
Laptop Dell dihadapannya dipandang sepi. 20 tempahan gelang dan 30 tempahan keychain diterimanya. Terus dia memanjatkan syukur di atas rezeki yang diberikanNya. Meskipun, dia tidak berpelajaran tinggi, tetapi berkat usaha gigihnya, dia berjaya…

Bukan Bisikan 22, 23 & 24

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada Februari nanti dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi



*22*
Tercengang Tuan Fairus dan Puan Nadia melihat gelagat anak tunggal mereka. Sudahlah pulang awal ke rumah. Mata merah dan membengkak. Pulang sahaja ke rumah, terus mendaki anak-anak tangga. Laju. Langsung tak menoleh ke kiri dan ke kanan. Intan Safira dan Intan Dania yang melihat kehairanan. Didongak kepala mereka. Memandang ke arah atuk dan nenek mereka.  “Kenapa mata mama merah, atuk?” Intan Safira menyoal. “Mama nangis ke, nenek?” Intan Dania pula menyoal. Tuan Fairus dan Puan Nadia saling memandang. “Tak adalah. Mata mama masuk habuk masa drive tadi tu kut,” “Masuk habuk? Macammana nak masuk habuk, nek? Kan mama selalu tutup cermin tingkap kereta mama tu. Habuk nak masuk dari mana lagi?” soal bibir cilik itu pantas. “Aa .. mama tak suka buka tingkap. Mama kata, nanti tudung mama senget angin tiup,” si adik menambah. Tuan Fairus cuit lengan isterinya.  “P…

Bukan Bisikan 11, 12 & 13

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi
*11*
Lima tahun berlalu .. Mia Adyla tarik nafas. Dalam. “Kembali juga aku disini,” bisik hati kecilnya. Tudung dikepalanya diperbetulkan. Anak-anak kecil yang dipimpinnya dipandang. Kasihan budak-budak ni! “Mama ... adik penat ... adik nak tidur .. adik letih ..,” rintih si kecil empat tahun itu sebaik sahaja kakinya berpijak di bumi Malaysia. “Adik ni, nantilah. Nanti, bila kita dah sama rumah nenek nanti, kita berehatlah,” si kakak pula memujuk. Mia Adyla memandang Ikram Hafiz seraya bertukar senyuman. Bangga Mia dengan keletah anak-anaknya. “Oklah, I minta diri dulu. Ye la, ikutkan hati, I nak ikut you balik tapi yelah, I ajak kahwin, you tak mahu,” Mia Adyla tertawa. 
You ni suka main-main macam ni. Oklah, Dr. Ikram Hafiz, thanks kat you banyak-banyak. Kalau tak kerana you, rasanya tak tahu apa yang akan berlaku kat si kembar dua orang ni,” Digosok-gosok k…