Apa yang korang dapat teka daripada cover novel NALAR?

Memula korang tengok cover NALAR ni, apa yang terlintas dalam otak korang? Cerita hantu? Cerita seram?

Takla! ^_^ Nalar kisah seorang budak 4 tahun. Masa kecil, masa dia masih bayi, ayah dia letak cip berkomputer dalam otak. Sebab apa ayah dia buat macam tu?

Cip tu dicipta untuk kegunaan ketenteraan sebenarnya tapi orang jahat nak.

Nah, teaser ♡♡♡

Jari-jemarinya digenggam sekuat hati. Terasa hendak menjerit sekuat-kuatnya. Hakikat Fella akan mati kalau cip itu ditanggalkan daripada otak cukup membuatkan nafasnya seperti hendak putus. Malah, lagi teruk apabila cip itu akan meletup sendiri sekiranya dipisahkan dari otak Fella!

Imanina raup mukanya kasar. Apa tujuan Prof. Farhan menetapkan keadaan sebegitu? Tak sayangkan nyawa anak sendiri?

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Ulasan Novel Delina, Aku Antropomorfik oleh Kak Ogy

Bab 10 Novel Couple 3 Suku