Fella versi remaja

Korang kena dapatkan novel NALAR cepat-cepat sebab nanti akan keluar versi FELLA waktu dia awal remaja (mini novel)  ♡♡♡♡

Fella meniru pergerakan Imanina yang berdiri tegak. Dada Fella sedikit berdebar. Pertama kali dalam hidupnya memegang busur dan anak panah. Dia risau panahannya tersasar.

“Relaks je. Biar diri kita rasa selesa. Kaki biar lebih kurang sama jarak dengan bahu. Biar berat ditanggung oleh tumit dan hujung kaki. Baru badan kita stabil.”

Fella mengangguk. Imanina meletakkan anak panah dan busurnya ke atas tanah. Dia mendekati Fella dari belakang. Lagaknya seperti keadaan memeluk.

Tangan kanannya memegang tangan Fella. Begitu juga dengan tangan kirinya.

“Masukkan anak panah ni ke tali panah di bawah penanda nocking. Index Fletch menghala ke arah kita dan tolak dengan lembut ke tali panah. Lepas tu, letak anak panah pada atas arrow rest.”

“Kita guna tiga jari untuk tarik tali panah. Jari telunjuk, jari hantu dan jari manis. Jari telunjuk ni kita letak di sebelah atas anak panah. Jari hantu dan jari manis di sebelah bawah. Kemudian, bengkokkan jari tu supaya sendi jari-jari tadi sebaris dengan tali panah,” jelas Imanina sambil memerhati gaya Fella.

“Bagi sikit ruang antara jari telunjuk dengan jari hantu. Jangan rapat sangat. Nanti tersentuh anak panah. Belakang tangan tu biar serata yang boleh. Bengkok sikit ibu jari. Hala ke tapak tangan sebab nanti nak letak kat pipi masa nak tarik penuh.”

Imanina gerakkan jari Fella supaya menarik sedikit tali panah bagi bersedia untuk tarikan penuh.

“Nak tarik tali panah ni, kita kena seratakan tekanan antara ketiga-tiga jari ni.”

“Lengan yang pegang busur ni biar lurus. Angkat lengan yang pegang busur ni dengan lengan yang tarik tali ni, serentak. Bahu ni kekal rendah.”

“Bahu ni jangan gerak ke depan dan jangan gerak ke belakang. Nanti, lari jarak tarikan. Siku lengan yang nak tarik ni kekalkan kedudukannya. Biar sama paras dengan mata sebab ni akan bantu gerakkan otot belakang supaya dapat tarik pada tarikan penuh.”

Imanina ambil busur dan anak panah yang diletakkan di atas tanah tadi.

“Kedudukan sebelum menarik ni kita panggil pre-draw position. Kita guna otot belikat untuk tarik siku lengan yang nak tarik ke belakang dalam satu tarikan sehingga tangan kena dengan dagu kita. Kepala dengan badan jangan bagi gerak.”

Imanina tarik tali ke arah mukanya.

“Bukan muka yang bergerak! Tali tu yang ditarik!” tegur Imanina.

Terkejut Fella apabila mendengar ngauman harimau tiba-tiba. Terlepas anak panahnya entah ke arah mana. Imanina lekas-lekas menarik Fella supaya berdiri di belakangnya. Dengan tenang, dia menunggu haiwan buas itu datang.

Fella menggigil mendengar bunyi ngauman semakin kuat. Sekali panah, tepat mengenai leher harimau itu. Terus haiwan itu rebah.

Fella takut-takut keluar dari belakang Imanina. Dia menarik baju wanita yang berpakaian persis lelaki itu apabila tingkahnya seperti mahu mendekati harimau.

“Ikut belakang papa. Jangan takut.”

Dia mendekati harimau dan mencabut anak panahnya.

“Harimau ni tak mati. Papa letak ubat pelali pada anak panah ni. Risau ada binatang buas ganggu latihan kita.”
Fella mengangguk-angguk.

“Mari kita pulang. Lain kali, papa sambung ajar. Takpun, jadikan tugasan buat Fel. Cari dan belajar cara nak memanah sampai berjaya. Dah pandai nanti, bagitahu papa. Papa tunaikan satu permintaan Fel.”

“Apa saja?”

“Ya. Apa saja.”

“Nak gaun boleh tak?”

“Tak! Tak boleh!”

Fella tarik wajah muram.

“Yelah, Fel faham. Jom kita balik!”

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

Hanya Aku! Novel terbaru KaryaSeni/Penulisan2u