Best ke tak best novel NALAR ni?




Best ke tak best novel NALAR ni? Nah, sedikit review untuk korang 
Terbaik! Saya bayangkan buku ini diangkat sebagai filem aksi di negara kita.
Pagi sabtu, selesai sudah baca NALAR. Fuhhh...
Sudah seminggu rasanya mommy disampuk NALAR. Bagaikan diri sendiri yang menjadi Fel. Bila semua serba serbi buat sendiri di rumah, mummy pun berangan jadi fel.
Otak manusia sangat hebat. Otak manusia hebat yang mati sebelum ini dikatakan baru menggunakan 5% daripada kehebatan minda yang Allah kurniakan. Bayangkan jika manusia menggunakan keseluruhan otak yang Allah berikan? MasyaAllah! - Pn . Khairunnisa Hamzah

wahh... the best novel terbitan SO Publishing tahun ini.. even, ini adalah salah satu masterpiece yang boleh dibanggakan - Kak Ogy Yusof

Novel Nalar memang mudah difahami jalan ceritanya bila dibaca, kalau dah baca susah nak berhenti... keseluruhan cerita ini memang best sangat-sangat.
Tahniah kepada novelisnya, Sharina Elisa dan Buku SO. - Diera Nadirah Zainal Abidin

kedai buku pun recommend kan buku2 ni. So korang ape lagi? Pegi la dapatkan buku2 ni. - Eja Ezzate

Diha tabik penulisnya, Sharina Elisa, yang berjaya membuat Diha jatuh cinta pada sebuah novel bergenre thriller ringan. Buat penulis, teruskan usaha anda untuk menghasilkan lebih banyak karya sebegini. Anda juga berjaya menghasilkan karya yang meskipun bahasa yang digunakan dan jalan cerita yang diketengahkan agak ringkas tetapi penyampaian anda tidak mengecewakan.Tidak puas rasanya Diha baca novel ini. Lepas ini boleh anda hasilkan karya di bawah genre ini lagi. - https://dzntoybox.wordpress.com/2017/03/

Cerita mengenai cip yang sangat ohsem..
Ditanam dalam kepala seorang budak..
Memang gempaklah bila budak umur 4 tahun tahu banyak perkara..

Jika saya boleh menghabiskan bacaan senaskah buku dalam masa beberapa jam sahaja, ini bermakna jalan cerita buku tersebut berjaya membuatkan saya tidak sabar menghabiskan pembacaan. Boleh jadi ia bacaan ringan yang mudah dihadam, tidak membosankan atau saya suka cara penyampaian penulisnya.
Selebihnya, saya berpuas hati dengan gaya penulisan penulis dari segi tatabahasa, idea penceritaan, konsep dan dialognya pun kita boleh rasa seperti kita pun turut serta berada dalam dunia mereka. Itu sebabnya saya boleh baca buku ini sekejap sahaja sebab ia mudah meletakkan diri saya sebentar dalam dunia fiksyen Nalar dan lupakan dunia realiti saya untuk seketika.
http://hanijamalwrites.blogspot.my/…/06/review-buku-nalar.h…

Buku ini saya habis baca dalam masa lebih kurang 4 jam. Penggunaan bahasa yang mudah dan santai membantu pembaca memahami jalan cerita. Tahniah kepada penulis kerana berjaya membuat kesinambungan setiap bab terjalin dengan kemas. Prolog buku ini menarik dan ringkas. Apabila dibaca, ianya terus menekankan konflik yang bakal terjadi dan menimbulkan tanda tanya kepada pembaca. - http://dulatbuku.blogspot.my/…/book-review-1-nalar-biar-dia… Theulatbuku

Selesai membaca novel Nalar... jalan penceritaan yang mudah difahami.. Menghilangkan stress sebelum mula menanda kertas peperiksaan sejarah tingkatan 4. Tak sampai sehari baca dah selesai... - Zatie Halim

Sedap baca buku NALARsampai habis. Plot bergerak laju. Teringat Detektif Indigo, Siri Salma. Rasa macam buku remaja thriller sebab kosa kata dan bahasanya. Rupanya tak selamanya kecik. Okey selebihnya tak boleh cakap. Dapatkan NALAR! Tahniah @sharinaelisa  - Muhammad Fatrim

Dapatkan di booth SO Publishing di Dewan Cempaka Sari, Putrajaya bermula 20 - 29 Oktober 2017.
Nak Cik SO poskan ke rumah pun boleh. Whatsapp je kat Cik SO di talian 018-9571662.

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Ulasan Novel Delina, Aku Antropomorfik oleh Kak Ogy

Bab 10 Novel Couple 3 Suku