NOVEL TERBARU BULAN FEBRUARI 🔥🔥🔥 . TAHNIAH Sharina Elisa ATAS TERBITAN SULUNG BERSAMA KARYASENI 🎉 STAY TUNED GUYS... ORDER AKAN DIBUKA TAK LAMA LAGI. JOM BACA BLURB UNTUK WARMING UP 😉 *********************************** RIZ… Aku suka conteng muka orang. Conteng-conteng sampai hasil dia gempak. Tapi ramai orang tak percayakan aku. Kalau bukan kerana Mai, member aku yang ayu plus comel tu, confirm butik pengantin kami ni akan lingkup. Rakyat Malaysia ni kolot ke apa? Mereka ingat aku ni tomboi, tak reti nak bagi impak kebabom? Sekali aku mekap muka dia orang, meleleh air liur tak percaya. Itulah, jangan judge orang tak pakai mata. “Dunia makin hari makin maju. Macam tu juga dengan mekap. Kalau kau still nak kekal ilmu mekap yang lama tanpa pembaharuan, lingkuplah!” – RIZ MAI… Aku selalu ada masalah nak yakin dengan penampilan aku. Aku rasa aku gemuk padahal, aku cekeding. Aku… Anoreksia nervosa. Aku paling benci dengan makhluk nama lelaki. Sebab merekalah aku j...
Ulasan: Farhain Ismail Judul: Delina Aku Antropomorfik Penerbit: Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd, Cetakan pertama Januari 2019. Karya: Sharina Elisa ISBN: 978-967-478-867-4 Buku ini merupakan sebuah novel ringan, genre fiksyen sains. Novel ini dibahagikan kepada 14 bab, dan mempunyai 312 muka surat. Kisah bermula apabila watak utama iaitu seorang gadis berumur 17 tahun bernama Delina Nur Aisya dihantar bersekolah di Diamond Academy. Delina sebenarnya seorang manusia robot yang dicipta oleh Dr. Cynthia seorang pakar robotik di Malaysia Secret Robot Investigator (MSRI). Misi MSRI adalah untuk membantu menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara tanpa tentera manusia menjelang 2030 nanti. Delina dikehendaki menyiasat tentang jenayah yang berlaku di akademi tersebut. Hampir setiap malam Jumaat akan berlaku kematian mengejut melibatkan penghuni hostel. Setiap kali berlaku kematian, pembunuhnya tidak diketahui. Dikatakan juga akademi itu dihuni hantu yang membantu manusia untuk ...
“Kau duduk dalam penjara tu belajar apa, hah? Belajar dengan orang jahat sampai… .” “Kalau bukan kerana mak cik, saya tak meringkuk ke dalam sana! Sekarang, mak cik cakap! Mana mak?” “Aku cakap mak kau dah mampus! Kau pekak ke?” Tanpa sedar, laju tangan Elva menampar pipi Katrina hingga tersembam di atas lantai. “Mak cik! Elva!” Bergegas Aida mendapatkan tubuh tua itu. “Anak derhaka!” Katrina mengigil takut. Nampaknya, dia perlu lakukan sesuatu sebelum Elva menguasai segalanya. Dia tidak boleh biarkan Elva bebas di rumah itu. Orang asing seperti Elva tidak berhak mendiami rumah pusaka milik arwah suaminya itu. #soul #fantasi #sharinaelisa #kejoubook #novelmelayu
Comments