Bab 8 Novel Couple 3 Suku
INSYIRAH berjalan perlahan-lahan keluar dari perkarangan balai polis. Lengan t-shirt Aril dipegangnya dengan jemari yang masih terketar-ketar. Aril tumpah kasihan. Ikutkan hati, rasa macam mahu sahaja gadis itu didakap. Dipeluk agar ketakutan sedari tadi beransur tenang. “Cik!” Panggil Haris sedikit kuat. Insyirah pura-pura tidak dengar. Langkahnya dipercepat. Lengan baju Aril ditarik kuat agar mengekori langkahnya. “Encik Aril, tolong bawa saya cepat-cepat keluar dari sini. Saya tak nak tengok muka dia lagi,” rayunya berbaur tangisan. “Encik! Cik!” Panggil lelaki itu lagi. Aril menghentikan langkahnya. Wajah pucat dan lesu Insyirah ditatap penuh kasih. Insyirah menggeleng. Kelopak matanya dikerdip. “Percayakan saya,” pinta Aril seraya menghadap Haris yang semakin menghampiri. Dia pamer wajah tenang. “Apa hal, bro? Aku tak banyak cekadak cekodok pun dah cukup baik tau. Kau nak apa? Aku tak nak kau libatkan bak...