Korang ingat novel Nalar cerita seram?
Korang ingat ni buku seram ke? Ni fiksyen sains-thriller ringan ^_^ Fella, anak kecil empat tahun yang diimplan cip berkomputer ke dalam otaknya. Sekaligus menjadikan dia kanak-kanak genius yang melampaui batas kebolehan manusia. Dia yang dilarikan oleh Dr. Imanina jauh ke dalam hutan, terselamat daripada turut menjadi mangsa dalam satu insiden yang meragut nyawa Prof. Farhan dan Prof Imanina, ibu bapa Fella. Cip yang dicipta khas bagi tujuan ketenteraan itu menjadi buruan Ghaffar, penjenayah antarabangsa yang tidak pernah berhenti daripada terus menjejaki cip itu walau dengan apa cara sekalipun. Bagi mengaburi mata musuh, Imanina membesarkan Fella sebagai lelaki. Nama Nur Fella ditukar menjadi Mohd Feldrick. Imanina yang gusar melihat perkembangan intelek Fella mula menjalankan kajian. Dia mahu mengeluarkan cip tersebut dari otak anak kecil itu. Namun, hasil kajian mendapati cip itu akan meletup sekiranya dikeluarkan. Fella yang mendapat tahu dia akan diserah...