Bukan Bisikan 1, 2 & 3
Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi *1* Bukan mudah untukku tafsir isi hatimu .. Bukan mudah untukku fikirkan apa yang dirimu mahu .. Jika degupan jantungmu bukan lagi milik aku .. Kenapa harus kasih suciku diperlaku sebegitu? Aku keliru .. benar-benar keliru .. Apa yang kau mahu dariku sebenarnya? Laju jemarinya menari di dada keyboard . Button create post ditekan. Mia Adyla mengeluh lemah. Terus lappy kesayangannya dimatikan. Bingung. Bingung apabila memikirkannya. Kenapalah hatinya begitu sukar melupakan lelaki yang hanya tahu permainkan hati wanita sepertinya? Mia Adyla tarik nafas. Dalam. Dia tekad. Kali ini dia mesti bertegas dengan hidupnya sendiri. Untuk apa diseksa lagi diri sendiri andai merana sahaja yang jadi upahnya?