Bukan Bisikan 1, 2 & 3

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi

*1*
Bukan mudah untukku tafsir isi hatimu ..
Bukan mudah untukku fikirkan apa yang dirimu mahu ..
Jika degupan jantungmu bukan lagi milik aku ..
Kenapa harus kasih suciku diperlaku sebegitu?

Aku keliru .. benar-benar keliru ..
Apa yang kau mahu dariku sebenarnya?

Laju jemarinya menari di dada keyboard. Button create post ditekan.
Mia Adyla mengeluh lemah. Terus lappy kesayangannya dimatikan.

Bingung. Bingung apabila memikirkannya. Kenapalah hatinya begitu sukar melupakan lelaki yang hanya tahu permainkan hati wanita sepertinya?

Mia Adyla tarik nafas. Dalam. Dia tekad. Kali ini dia mesti bertegas dengan hidupnya sendiri. Untuk apa diseksa lagi diri sendiri andai merana sahaja yang jadi upahnya?





*2*
Pagi-pagi lagi, Aiman Haikal sudah posing dimeja kaunter. Menunggu si gadis idaman mengorak langkah ke dalam.

Masuk kali ini, sudah empat kali dia berulang-alik ke tandas. Semata-mata ingin memastikan penampilan tampil kacak dan kemas. Sesekali, mata Salina melirik kurang senang melihatnya sebegitu.

Ah! Bukannya dia tak sedar! Bukannya dia tak perasan tapi sengaja dibuatnya tak faham. Untuk apa dilayan kalau arah hatinya bukan untuk gadis itu tapi sudah lekat di empunya badan yang masih jua tak diketahui namanya.

Ya! Hari ini, akan dipastikan pemilik senyuman manis yang menggoda itu diketahui nama.
Aiman Haikal tanam hasrat!

Salina berjalan melenggok pabila melintasi majikannya. Dengan eye liner hitam pekat macam mafia. Dengan lipstik merah menyala dah macam buah delima. Dengan pemerah pipi yang dah macam opera membuatkan naik meluat pula dilihat.

Bukankah seorang gadis itu kelihatan lebih menawan andai mempamerkan kecantikkan semulajadi?
Tona wajah yang asli?

Salina mengelap cermin-cermin kaca yang sudah mula tampak berhabuk.

Welcome!
Ujar suara operator yang telah disettingkan apabila pelanggan melangkah masuk ke dalam kedai.

Aiman Haikal memaling sekilas.
Gadis tu!
Teruja amat!

Meleret senyuman Aiman Haikal tatkala itu. Setiap minggu pasti kedatangan gadis berjeans putih itu dinantikan. Dengan wajahnya yang ayu bertudung litup. Sungguh manis dipandang.

Gaya selamba gadis itu diperhatinya dengan penuh minat. Kali ini, gadis itu berkemeja merah jambu, bertudung putih dan berjeans putih.

Suka benar awak pakai jeans putih!

Ralit matanya mengekori gerak-geri si gadis yang masih leka memilih. Sesekali jari telunjuk si gadis menunjuk ke arah dagunya. Lagak memikirkan sesuatu.

Aiman senyum sendiri. Diperbetulkan baju kemejanya. Agar nampak lebih hensem dan kacak. Aiman senyum lagi. Perlahan-lahan, dia menapak keluar dari meja kaunternya.

Kusyuk benar gadis itu memilih warna manik-manik yang dipamerkan.  Langsung tidak dihiraukan karenah para pembeli yang lain.

“Boleh saya bantu, cik?” Aiman Haikal menyoal.
Penuh gentleman suara dilontar.

Mia Adyla terperanjat lantas senyuman terukir dibibrnya. Terus meningkatkan kadar denyutan jantung milik Aiman Haikal.

“Saya terlupa warna manik yang customers saya pesan, sebenarnya,”

“Oh, jadi cik ..,”
Sengaja memberhentikan kata-katanya. Berniat mahu mengetahui nama si empunya diri sebenarnya.

“Mia .. panggil saya Mia sahaja,” ujar gadis itu seraya mengukir senyuman. Manis sekali.
“Oh, Mia. Mia sahaja? Nama panjang sikit ?”
Hehehe .. ulat bulu naik daunnn

“Mia Adyla,”

Senyum lagi bibir itu. Cantik. Merah semulajadi tanpa sebarang olesan solekan.
Gadis seperti ini yang didambakan. Bukannya pelakon opera yang dinantikan.

“Cantik nama tu. Secantik empunyanya,” ringan sekali mulutnya memuji.

Mia Adyla senyum malu.  “Jadi, Mia ni jual manik-manik ni semua dekat customers Mia pula? Maknanya jual atas beli?”
Mia Adyla angguk dan geleng.

Aiman jungkit kening. Tidak faham.
Mia Adyla senyum lagi. “Saya hasilkan gelang dari manik. Sape yang nak manik?” seloroh gadis itu.
Aiman teruja. Terkekeh dia ketawa. “ Wah, pandai awak ya!”

“Tak adalah! Sikit-sikit bolehlah,”

So, siapa customers awak? Awak hantar kat mane?”

“Semua pelayar internet. Maksud saya, yang melawat blog saya,”

 “Oh, perniagaan internet? Dasyat tu,”

“Tak adalah. Tak ada dasyatnya pun,”

“Bolehlah bagi saya alamat blog. Rajin-rajin, boleh saya jengah ke sana. Lagipun, saya ni suka buat misi mengembara ke blog-blog,” ujar Aiman Haikal terlebih ramah.

“Oh, boleh je! Miaadyla.blogspot.com erk salah! Cute-cute.blogspot.com,”

Aiman Haikal tertawa kecil. “Awak ni kelakar!”

Erk, kelakar ke?

Mia Adyla garu tudung. “Emm .. oklah, saya nak manik yang ni 100 biji, emm .. amiklah semua jenis, setiap satu nak 100 erk. Saya kena pergi pejabat pos pulak ni. Ada urusan. Boleh awak tolong bungkuskan sekarang?”

Teringat kotak-kotak bungkusan di dalam perut keretanya, tiba-tiba.

“Kalau macam tu, saya hantarkan jet kat rumah awak, memandangkan awak nak cepat,”

“Hah? Hantar jet kat rumah saya? Saya nak manik. Jet tak mahu,”
Ujar Mia Adyla seraya ketawa kecil.

Aiman Haikal garu belakang leher.
Bukan saja cantik, erk?

“Tersasul la, awak. Saya tolong hantarkan kat rumah awak,”

“Erk, tak perlulah sehingga susahkan awak!” lembut gadis itu menolak.

“Mana ada susahnya. Tak ada hallah,”

“Betul ni? Oklah, ni kad saya. Saya pergi dulu. Terima kasih banyak-banyak,”
Tergesa-gesa Mia Adyla melangkah keluar. Menuju ke arah Perdana v6nya.





*3*
 Saban hari hatiku merintih ..
Desakan hidup buatku perit ..
Kenapa aku diperlaku sebegini ?

“Hoiii!!!” Irfad Hakimi menjerkah kasar.

Tali leher direntap kuat. Hingga terkoyak!

Dari tingkat bawah suara jantannya kedengaran. Naik malu Mia Adyla pabila jiran-jiran mendengar. Bukan tak pernah telinganya mendengar jiran-jiran menuduhnya bukan-bukan. Bukan tak pernah telinganya disaji dengan umpat cercaan. Ditebalkan saja telinga. Penat mereka berbicara, diamlah tu.

Terdengar bunyi tapak kaki lelaki itu berlari laju. Ke tingkat atas.
Bagai bergegar rumah. Manakan tidak? Masuk ke rumah dengan memakai kasut. Bagaikan tiada langsung adab Melayu.

“Jantan sial mana kau bawak pulang tu, hah?” soal lelaki itu lantang.

Dengan mata terbeliak bulat, dengan mata merah menyala bagai penagih dadah, cukup membuatkan tubuh kecil itu menggigil ketakutan. Amukan si suami tak pernah mengenal siapa. Langsung tiada rasa belas berbekas. Hanyut terus dirasuk amarah.

Tergamam Mia Adyla dibuatnya, terus jarinya menekan ‘lock’.

Irfad Hakimi mendekat. Rambut separas bahu Mia Adyla direntap. Menjerit gadis itu kesakitan. Cuba melawan. Cuba melepaskan pegangan kuat insan bernama lelaki.

“Sakitlah!”
Irfad Hakimi mencerlung garang. Disemban muka Mia Adyla ke meja komputer. Kuat!
Lebam tiba-tiba.

Berpinar pandangan Mia Adyla. “Melawan lagi??”
Beroktaf-oktaf suara Irfad Hakimi.

Mia Adyla tahan air matanya daripada merembes keluar. Bergenang di kelopak mata. Rasa sakit berdenyut di dahi diabai lantaran, sakit di hati makin bertambah tahap. Dari hari ke hari. Bagaikan lava gunung berapi. Menunggu masa meletup.

Irfad Hakimi menarik kasar tangan gadis itu. Terdorong ke depan. Terhantuk ke dinding. Kasar. “Auch, awak sakitlah! Lepaskan saya. Tolong lepaskan saya. ... awak ... lepas .. kan sa .. ya ..,” rayu Mia Adyla. Nadanya bergetar.

Beginikah layanan seorang suami kepada isteri? Dilayan sesuka hati?

Diheret kasar gadis itu ke pintu pagar. Puas Mia Adyla meronta.

“Awak, awak nak bawak saya ke mana ni, saya tak pakai tudung!”
“Tak payah pakai tudung! Perempuan tak de maruah macam kau ni, tak payah pakai tudung!!”
Memerah lengan gadis itu dikerjakannya.

“Woi, jantan sial! Ni bini aku!! Bini aku kau tahu? So, jangan nak menggatal dengan bini aku. Pergi balik kau sekarang!!!” ditunjal-tunjal dahi gadis yang digelarnya ‘bini’.

“Awak!! Lepaskan saya!!”
Sekali lagi gadis itu meronta-ronta.

Aiman Haikal memandang geram ke arah Irfad Hakimi. “Kau ni lelaki ke? Kalau kau ni laki dia, kau takkan berkasar dengan dia. Aku datang bukan nak menggatal. Aku nak bagi barang-barang dia ni, hah!”

Satu beg yang dipenuhi manik-manik diunjukkan kepada Irfad Hakimi. “Woow! Sekarang kau dah pandai tidur rumah lelaki lain?”

Pang !
Satu tamparan hinggap dipipi Mia Adyla.

Aiman Haikal terperanjat. Ditumbuk kuat lelaki durjana itu lantas, tangannya menerkam Mia Adyla. Menarik gadis itu, terus masuk ke dalam kereta.

“Woii!!! Kau nak bawak bini aku pergi mana??” jeritnya lantang.

Para jiran yang mendengar menggeleng. Masak sudah dengan perangai si panas baran. Ada sahaja yang tidak kena dengan manusia dipanggil isteri.


            Sejak tadi Mia Adyla menunduk.  Malu. Marah. Geram dengan lelaki itu. Lelaki yang selama ini menabur sejuta rasa. Sejuta janji. Mahu membahagiakannya. Mahu menjadikannya ibarat bidadari ditaman istana bahagia mereka.

Tapi .. kemana perginya semua itu ? Janji hanya janji .. kenangan hanya tinggal kenangan ..
X5-01 dipoket seluarnya bergetar. Pantas, tangannya mencapai.

Kau jangan ingat kau akan terlepas. Sampai mati, aku takkan ceraikan kau ! Kau penipu !! Kau layak terima hukuman macam ni!!!

Gadis itu sebak.

Saya dah buat apa kat awak? Saya tunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri awak. Saya buat apa saja yang awak nak, awak suruh tapi apa yang saya dah buat kat awak, sampai awak sanggup buat saya macam sampah? Saya buat apa kat awak, saya awak sanggup tuduh saya penipu? Tak ada maruah? Awak bagitau saya, awak bagitau saya!!!

Aiman Hakimi sesekali mengerling ke arah gadis yang baru sahaja diselamatkan olehnya itu. “Mia? ... kalau awak nak nangis, nangislah,”

Mia Adyla berpaling. Memandang tepat ke arah lelaki itu sebelum ketawa plastik dilempar keluar.

“Apa yang akan berubah kalau saya menangis? Membazir air mata saja,”

“Tapi sekurang-kurangnya awak akan lega,”

“Buat sementara? ..,”

1 new message
Button read ditekan.

Betul? Betul kau nak tahu sangat? .. Kau PENIPU!! Kau ingat malam pertama kita? Kau tahu kan yang kau tu dah tak ada dara kan? Tapi kau masih lagi pura-pura alim. Aku tahu, kau dah pernah tidur dengan jantan lainkan? Kau takut kau mengandung so, kau kahwin dengan aku. Nanti, bolehlah kau tutup malu, cakap yang tu anak aku? Bukannya anak haram???

 Mia Adyla terasa nafasnya bagai tersekat dikerongkang.
Astaghfirullah .. so, sebab ni kau layan aku macam ni ?






Comments

ain myra said…
tgu Sambungan nya ... :)
sharina elisa said…
yup <3 nantikan sambungannya. insyaallah minggu depan, dear

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

Hanya Aku! Novel terbaru KaryaSeni/Penulisan2u