Bukan Bisikan 5


Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi

Ke hulu ke hilir kakinya melangkah. Menyampah pula dengan suasana dunia. Bagai ketidakadilan menerjah hidupnya. Seakan bala memang ditakdir untuknya.

Astaghfirullah ! Apa aku merepek ni?
Cepat-cepat diri beristighfar. Leka benar dihasut syaitan berbisik.

Pandangan dilempar ke arah jendela. Cuba mencari sinar ketenangan. Bayu lembut menghempas ke pipinya. Dingin.

Nafas dihela keluar sambil ekor matanya melirik kasar. Gajet canggih ditangan. Sesaat.

Naik lenguh jemarinya menekan redail. Panggilannya masih tidak disahut. Mia Adyla mengeluh. Dicampakkan badannya ke sofa.

Kelopak matanya cuba dipejam celik – dipejam celik.

Laptop Dell dihadapannya dipandang sepi. 20 tempahan gelang dan 30 tempahan keychain diterimanya.
Terus dia memanjatkan syukur di atas rezeki yang diberikanNya. Meskipun, dia tidak berpelajaran tinggi, tetapi berkat usaha gigihnya, dia berjaya dengan perniagaannya.

Huh!

“Mia nak quit!”

Puan Nadia dan Tuan Fairus yang sedang khusyuk membelek helaian akhbar terperanjat sakan.

Bukan anaknya itu yang beria-ria hendak menyambung pengajian ?

“Kenapa nak berhenti? Lecterur tak bagus?"

Pantas kepalanya digeleng.

“Mia tak boleh belajar dengan keadaan macam ni, daddy. Mia .. Mia .. trauma .. Bila Mia nak study je, bayangan-bayangan tu datang mengganggu Mia. Mia .. Mia takut, mummy,”

Tuan Fairus terdiam. Puan Nadia menghampiri anak gadisnya lantas, gadis itu dipeluk erat. Tangisan yang berguguran menjadi bicara penghubung.

Kenapa Kau uji anak gadisku dengan ujian sebegini ?

X5-01 menjerit nyaring. Mengembalikan wanita itu ke alam realiti. Nafasnya ditarik dalam bila nickname Husband tertera di skrin telefon bimbitnya.

“Kau nak apa, hah??” suara dihujung talian menjerkah lantang. Terus disergah mnusia bergelar isteri tanpa sebarang ucapan salam.

Terperanjat Mia Adyla. Digosok-gosok dadanya perlahan.

Beginikah ciri-ciri seorang Islam? Sikap seorang ketua keluarga?

“Kalau awak tak nak saya berada disisi awak lagi, pegang status isteri awak pada kertas lagi, bagitahu awal-awal. Taklah saya macam orang bodoh!! Ceraikan saya, sekarang!”

“Suka hati kau! Yang aku tahu, aku takkan ceraikan kau! Perempuan sial! Penipu!!”

“Awak tak tahu cerita sebenar tapi awak tuduh saya macam-macam?”

“Lantak kaulah! Aku tak nak peduli pasal kau lagi. Kau nak mampus ke nak hidup ke, tu kau punya pasal. Biar padan muka kau. Orang macam kau ni tak layak langsung untuk dijadikan isteri. .. tapi ada satu pekerjaan untuk orang macam kau .. p.e.l.a.c.u.r .. kau tahukan taraf kau sama?”

Kalau manusia itu berada didepannya tentu sudah ditunjal-tunjal kepalanya. Geram Irfad Hakimi.
Fail menimbun di atas meja ditolak jatuh ke bawah. Bersepah.

“Irfad Hakimi!!! You are too much!!!!!!!”

Terus talian dimatikan. Dadanya berombak marah.


Ke hulu ke hilir kakinya melangkah. Tabiat pabila resah. Ligat otaknya berfikir. Mahu keluar dari semua permasalahan yang timbul. Mahu berenang ke daratan. Penat melayan amukan ombak. Makin lama, boleh karam dilautan. Mati tenggelam.

Skrin Dell yang riang menari-nari rentak screensaver bermain-main dikaca matanya. Terus komputer riba itu dihampiri. Diangkat mini Dell itu ke ribanya.

Laju sahaja jemarinya menaip http://Miaadyla.blogspot.com

Kejamnya hati seorang lelaki bergelar suami ..
Menghina dan mencaci isteri sendiri ..
Yang dahulunya dicintai separuh mati ...

Kenapakah kau tak mahu bertanya wahai insan bernama suami ?
Kenapa begitu mudah dan tegar kau menyakiti ?
Andai dulu, akulah yang dipuja, akulah yang dimaharani ..

Jiwaku merintih pilu ..
Kenapa tidak pernah sesekali kau bertanya akan kenapa diriku sebegini ?
Untuk pengetahuanmu .. untuk menjelaskan situasi ?

Saban hari kau menipiskan rasa sayang ..
Saban kali ku dilukai .. rasa cinta semakin hilang ..

Biarlah aku titipkan ceritera disini ..
Kesucian diriku diragut ngeri ..
Saat aku menuntut di ipt ..
Sebab itu ku berhenti study ..

          
  Aiman Haikal meraup mukanya kasar. Bingung dirinya apabila pemilik sebaris nama Mia Adyla. Raut wajahnya yang jelita benar-benar memikat hati lelaki sepertinya. Saat pertama kali terpandang akan wajah itu, heart beatnya sudah tidak teratur. Dadanya berombak kembang.

Turun naik nafanya sudah tidak teratur. Saat mata bertentang mata, dunia seakan-akan berhenti berputar, masa seolah-olah membeku. Memberi ruang kepadanya untuk terus menikmati sepasang mata coklat milik wanita itu.

Indah!
Arghh!! Isteri orang tu, Aiman!!!

Jiwanya berkecamuk sendiri.
Persetankan jantan tu! Dia tu bukan lelaki!! Siap kau, tak guna! Aku akan rampas Mia dari kau!! 

Comments

Unknown said…
follow sini...hehe...nice entry

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

SOUL & LIFE AFTER DEATH