Bukan Bisikan 6


Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi

Perlukah aku diperlaku begini?
Pulang dan keluar sesuka hati?
Seumpama hotel, rumah ini ..

Walau diri ini kau sakiti ..
Masih wujud sisa cinta bersemi ..
Nun jauh disudut hati ..

Namun tegarkah aku?
Terus bermukim didaerah sunyi ..
Berenang di lautan sepi ..
Tanpa sebarang melodi ..

Bunyi pintu dihempas kuat memeranjatkan Mia Adyla. Leka benar jemarinya menari didada ‘lappy’.
Wanita itu mengeluh.

Dibuang segala rasa benci, marah, sedih dan segala berbaur jauh. Biar semuanya hilang selamanya.

“Saya nak putuskan hubungan kita. Saya tak boleh kahwin dengan awak,”
Irfad Hakimi pantas menoleh. Memandang tepat ke arah si gadis yang disayangi sepenuh hati.
“Saya cintakan awak. Terlalu sayangkan awak. Kenapa saya tak boleh kahwini awak? Jadikan awak isteri saya yang sah. Yang saya boleh manjakan dan belai sepanjang masa .. saya sayangkan awak ... percayalah .. Setiap kali jantung saya berdenyut, ia bermakna setiap saat hati saya terukir nama awak ..,”
Bersungguh Irfad Hakimi mengukir janji.
“Saya ..,”
Jemari Mia Adyla digengam erat.  I love you forever, sayang .. bukan sekadar sekarang tapi pada masa akan datang. Saya janji dan saya jamin yang awak akan bahagia dengan saya .. saya akan pastikan yang awak takkan sesekali menyesal mengahwini saya,”
“Tapi awak ..,”
“Tak perlu tapi-tapi ... cukuplah kalau awak juga berkongsi perasaan yang sama dengan saya. Itu je yang saya perlukan. Segala yang lain tentang awak, saya dapat terima seadanya. Kerana awak denyut nadi saya ..,”

Arghhh!!!
Gila!!
Cukuppp!!! Aku tak nak dengarrr!!!
Dijerit sekuatnya didalam hati. Hatinya meraung perit. Umpama belati tajam menoreh laju. Luka berdarah.
Andai plaster dapat menyembuhkan luka yang terpamer, sudah habis satu stok farmasi diborongnya. Namun ...
Benci. Benci mendengar semua itu. Kenangan yang dahulunya manis. Yang tak mungkin dirasakan pahit.

“Kokus (Coccus,) bakteria yang berbentuk bulat seperti bola, dan mempunyai beberapa variasi .. Mikrococcus, Diplococcus, Tetracoccus, Sarcina, Staphylococcus, Streptococcus, dam Basil (Bacillus),”
“Hmm ... ok .. macammana nak ingat semua ni erk .. hmm .. auchh!!”
Jerit Mia Adyla nyaring. Sakit badannya apabila dirinya yang khusyuk menelaah tiba-tiba ditolak ke bawah.
Mia Adyla mendongak. Terus gadis itu menjerit apabila kelibat seorang lelaki yang langsung tidak dikenali memecah masuk ke biliknya.
“Imaaaaaaaaa ... tolong!!!”
Menjerit si gadis kecil itu apabila kedua-dua tangannya dipegang ketat.

Arghhh!! Binatanggg!! Kau dah hancurkan hidup aku!! Kau dah bunuh maruah aku!!

Rambutnya yang berjuntai didahi diselikkan ke sisi telinga. Kasar. Andai mampu dia menjerit saat itu, sudah lama dia berbuat begitu. Lepaskan tekanan yang bertandang.

Tanpa pamitan, Mia Adyla bangun. Bergegas melangkah masuk ke bilik air. Pili air dipulas kuat. Dibasuhkan mukanya berkali-kali.

Dilempar-lempar air ke muka. Kasar. Seakan melepaskan amarah yang bertandang. Rasa jengkel yang berselang.

Aku benci! Aku benci! Aku benci lelaki! Lelaki tak guna! Lelaki dah banyak menyusahkan aku! Lelaki dah banyak menderitakan aku!

Tangannya lantas mencapai tuala kecil lalu, mukanya yang dibasahi air dilap tanpa ada rasa belas pada pipi yang tak bersalah. Geram amat.

Kenapa aku tak dapat lupakan semua!
Kenapa aku ni terlalu lemah? Kenapa aku tak mampu hadapi semua ni? Tidak! Aku mesti bangkit! Sampai bila aku nak terus jadi lemah macam ni? Terus hanyut dalam apa yang dah tersurat dan tersirat untuk aku?

“Kau sial!” ujar Ifrad Hakimi dalam keadaan terhuyung-hayang.

Mia Adyla kaget. Terkaku ditempat berdiri.
Oh, my god! Lupa nak kunci pintu lagi!! Ya Allah ...

Irfad Hakimi yang sudah memaju selangkah dari pintu masuk menghala tepat jari telunjukkannya ke arah Mia Adyla. Terketar-ketar jarinya menuding.
Mia Adyla kecut perut.
Ah, mabuk lagi !
Entah kenapa, sejak ‘hari’ itu perangai Irfad Hakimi benar-benar berubah. Balik ke rumah sesuka hati. Kadang-kadang, mabuk begini.

“Awak mabuk lagi ni! Biar saya hantar awak balik ke bilik awak,”

Kakinya dihala ke arah lelaki itu. Mendekati sahaja lelaki bergelar suami itu, terus badannya dipeluk kuat.

“Awak! Awak buat apa ni? Lepaskan saya,”
Mia Adyla meronta-ronta. Sekuat hati cuba melepaskan diri.

Irfad Hakimi ketawa kuat. Rakus, dia mencium pipi si isteri kemudian, beralih ke bibir. Kuat. Mia Adyla menolak badan sasa milik Irfad Hakimi. Menjauhi dari lelaki itu. Terimbas kembali silam hitam itu.

Segera Mia menekup kepalanya kuat. Tidak mahu terimbau lagi. Betapa dirinya disakiti apabila si suami bertindak kasar. Memperkosa dirinya tanpa rasa bersalah dihati.

Mukanya didongakkan.

“Awak! Tolong! Tolong keluar dari sini. Saya merayu dekat awak,”

Irfad Hakimi ketawa tak sedarkan diri. “Kalau badan kau, orang lain boleh rasa, takkan aku suami sendiri tak boleh buat sewenang-wenangnya,”

“Awak jangan macamni. Mengucap, awak,”

“Ceh!”

Diludah air liurnya ke tepi. Benci mendengar perempuan itu berlagak alim.

“Mengucap kepala hotak kau. Mengucap konon. Padahal kau dah berapa kali agaknya jadi makanan kat jantan-jantan lain. Malam ni, biar aku yang makan kau sepuas-puasnya. Lepas tu, kalau jantan lain nak makan kau ke, nak telan kau ke, aku dah tak kisah!”

Bahu Mia Adyla terhinjut-hinjut. Air matanya menitis. Berundur badannya selangkah demi selangkah ke belakang bila lelaki itu semakin menghampiri.

“Awak, kalau awak nak saya boleh beri dengan cara baik tapi bukannya malam ni. Saya letih. Siang tadi, saya banyak urusan tadi. Saya tak suka awak buat saya macam ni. Saya isteri awak. Saya boleh bagi apa yang awak nak .. tapi bukan dengan cara macamni .. awak, tolong .. saya merayu,”

“Letih? Letih kenapa? Letih sebab kau layan berapa banyak jantan?”
Sinis soalan dilontar.

Terus diterkam Mia Adyla. Berlari keluar si isteri. Cuba melarikan diri.
Tersadung dia apabila tangannya direntap kuat. Dapat sahaja badan yang sungguh mengiurkan itu, terus dikoyak rakus baju itu.



Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

Hanya Aku! Novel terbaru KaryaSeni/Penulisan2u