Bukan Bisikan 4

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi



Sudah tiga hari, Mia Adyla bermalam di rumah itu. Sudahlah hanya mereka berdua sahaja. Membuatkan bermacam-macam andaian dibenaknya.

Ialah, bukannya dia kenal sangat dengan si empunya nama, Aiman Haikal. Memang jejaka itu nampak baik. Tutur katanya selalu dijaga. Seolah-olah otaknya menapis dahulu setiap perkataan yang meniti dibibir.
Mia Adyla mengerling ke sekeliling.

Huh!
Warga kota! Masing-masing tak nak ambil peduli dengan apa yang berlaku sekeliling. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Bukannya seperti yang diamalkan oleh masyarkat pada zaman dahulu.

“Saya nak balik!” sebaris ayat tanpa nada dilontar keluar. Matanya mengarah ke arah luar. Aiman Haikal yang sedang mencoret sesuatu di atas buku notanya mengalih tumpuan.

Dipandang wajah nan ayu itu sesaat.
Tumpah rasa simpati di situ.

Mia Adyla alih pandangan. Benci benar dengan pandangan seperti itu. Tak pernah terniat utuk mengundang simpati.

“Apa? Awak dah gila ke apa? Nak balik ke rumah macam tu?”
Mia Adyla mengeluh kasar.

Tak takut ke mamat ni kalau mereka ditangkap basah? Tak fikir apa kesannya?

“Saya nak balik! Muktamad!”
Tegas Mia Adyla. Tempatnya bukan disitu.

“Awak ..,” lembut sahaja Aiman Haikal memujuk.

Bukannya dia tidak tahu hukum agama. Bukannya dia mahu menghalang perempuan itu dari kembali ke sisi insan yang tak layak bergelar suami tetapi lihat sahaja beberapa hari yang lalu. Perbuatan lelaki itu terlalu kejam. Terlalu mengikut amarah yang tak berotak.

Selaku kaum yang sepatutnya melindungi kaum yang lemah, dia tidak sanggup melihat seorang perempuan yang tidak bersalah dilayan sebegitu. Apatah, title isteri yang sepatutnya dibahagiakan, disiat rakus oleh si suami yang panas baran.

“Awak, saya nak balik. Saya kena selesaikan semua ni,” jelas Mia Adyla.

“Awak nak selesaikan apa? Semuanya takkan selesai! Dia pukul awak macam awak ni apa, awak still lagi nak setia dengan dia?”

Nada suara Aiman Haikal cuba dikawal. Tidak mahu wanita itu berkecil hati.

“Siapa cakap?”

Huh !

“ Saya nak balik. Saya nak tuntut cerai,”

Terlopong Aiman Haikal.




Comments

Papaglamz said…
Menarik-menarik... akan spent time utk bace semua ni.. insyallah..
teruslah berkarya. kerana itu bakat anda.. semoga berjaya.. jom follow tinta merah..

http://tintamerah4488.blogspot.com/
miszmeen said…
best..xsaba nk tngu ur next nvl..meh sngh bc envl sy pula tq http://me-luv-my-life.blogspot.com/

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Ulasan Novel Delina, Aku Antropomorfik oleh Kak Ogy

Bab 10 Novel Couple 3 Suku