Posts

Contest Novel Bukan Bisikan

Image
Ada yang nak  Novel Bukan Bisikan  percuma tak? Hanya dua pemenang yang paling tepat sahaja ya ^_^ 1. Join group  https://www.facebook.com/groups/novelbukanbisikan/ 2. Novel Bukan Bisikan merupakan kesinambungan Novel Tenggelamnya Warna Pelangi. Agaknya, apakah kesinambungan yang dimaksudkan? 3. Penuhi slogan berikut: - Saya mahu memiliki Novel Bukan Bisikan kerana ........ (tidak melebihi 20 patah perkataan)   Kalau ada sesiapa yang nak order NOVEL BUKAN BISIKAN bolehlah emailkan kepada saya 1. nama penuh 2. alamat rumah 3. nombor telefon

BUKAN BISIKAN - NOVEL KN BULAN FEBUARI 2013! ♥

Image
Kalau ada sesiapa yang nak order NOVEL BUKAN BISIKAN bolehlah emailkan kepada saya 1. nama penuh 2. alamat rumah 3. nombor telefon bayaran boleh dibuat melalui akaun maybank  113015020876 atas nama Abd Wahab bin Abd Razak Emailkan slip bukti pembayaran ke  sharina.elisa@gmail.com BUKAN BISIKAN - SHARINA ELISA No. ISBN:- 978-967-5067-73-0 Jumlah muka surat:- 376 Harga Runcit:- S/M: RM18, S/S: RM21 Harga Ahli:- S/M: RM14, S/S: RM17 Sinopsis:- Wujudkah cinta itu sebenarnya? Atau cinta itu hanyalah fantasi dan imaginasi semata? Cinta buat dirinya merana tapi benarkah cinta itu hanya dusta? Benarkah cinta itu landasan bahagia andainya selimut cinta yang mengulit lena menjadi kelam bila diri dinodai kejam? Cinta dan sayang bertukar dendam? Kerana tiada lagi aset berharga, dirinya dipakai buang! Mia Adyla terpenjara dalam ikatan sebuah perkahwinan yang bertunjangkan amarah mula lemas dan hampir kalah. “Lantak kaulah! Aku tak nak peduli pasal kau lagi. Kau nak mampus...

Bukan Bisikan 22, 23 & 24

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada Februari nanti dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi *22* Tercengang Tuan Fairus dan Puan Nadia melihat gelagat anak tunggal mereka. Sudahlah pulang awal ke rumah. Mata merah dan membengkak. Pulang sahaja ke rumah, terus mendaki anak-anak tangga. Laju. Langsung tak menoleh ke kiri dan ke kanan. Intan Safira dan Intan Dania yang melihat kehairanan. Didongak kepala mereka. Memandang ke arah atuk dan nenek mereka.  “Kenapa mata mama merah, atuk?” Intan Safira menyoal. “Mama nangis ke, nenek?” Intan Dania pula menyoal. Tuan Fairus dan Puan Nadia saling memandang. “Tak adalah. Mata mama masuk habuk masa drive tadi tu kut,” “Masuk habuk? Macammana nak masuk habuk, nek? Kan mama selalu tutup cermin tingkap kereta mama tu. Habuk nak masuk dari mana lagi?” soal bibir cilik itu pantas. “Aa .. mama tak suka buka tingkap. Mama kata, nanti tudung mama senget angin tiup,” si adik menam...

Bukan Bisikan 20 & 21

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi “Cantik kedai kau,” puji Ikram Hafiz Ikhlas. Ke sana ke sini kakinya melangkah. Matanya melilau ke setiap sudut. “Taklah. Biasa je,” “Besar. Macam-macam ada,” Kagum Ikram Hafiz. “Tak payah nak puji-puji. Kan kembang semangkuk, aku jugak yang susah,” Kedua-dua jejaka itu ketawa terkekeh-kekeh. Sejak ‘lunch date’ bertiga hari minggu lalu, jejaka berdua itu rapatnya seakan saudara. Melepak di kedai milik Aiman Haikal sahaja kerjanya. “Kau tak sambung belajar?” soal Ikram Hafiz tiba-tiba. Aiman Haikal senyum kelat. Malas membuka hikayat lama. “Aku datang dari keluarga miskin, Ikram. Tak macam orang lain. Aku nak belajar kat sekolahpun tak larat nak bayar yuran. Kau tahu, aku apa yang aku buat supaya aku dapat sekolah?” “Kau kerja?” “Aa .. aku kerja. Macam-macam kerja aku buat. Kerja kat warung makan. Kutip besi buruk. Kutip t...