Bukan Bisikan 22, 23 & 24

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada Februari nanti dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi



*22*

Tercengang Tuan Fairus dan Puan Nadia melihat gelagat anak tunggal mereka. Sudahlah pulang awal ke rumah. Mata merah dan membengkak. Pulang sahaja ke rumah, terus mendaki anak-anak tangga. Laju. Langsung tak menoleh ke kiri dan ke kanan.
Intan Safira dan Intan Dania yang melihat kehairanan.
Didongak kepala mereka. Memandang ke arah atuk dan nenek mereka. 
“Kenapa mata mama merah, atuk?” Intan Safira menyoal.
“Mama nangis ke, nenek?” Intan Dania pula menyoal.
Tuan Fairus dan Puan Nadia saling memandang.
“Tak adalah. Mata mama masuk habuk masa drive tadi tu kut,”
“Masuk habuk? Macammana nak masuk habuk, nek? Kan mama selalu tutup cermin tingkap kereta mama tu. Habuk nak masuk dari mana lagi?” soal bibir cilik itu pantas.
“Aa .. mama tak suka buka tingkap. Mama kata, nanti tudung mama senget angin tiup,” si adik menambah.
Tuan Fairus cuit lengan isterinya. 
“Pandainya cucu awak ni kalau bercakap,”
Puan Nadia sengih sahaja.
Benar! Anak-anak itu begitu petah berbicara. Walaupun masih sebesar jari pengalaman yang dilalui tapi petahnya bercakap mengalahkan orang dewasa.
                                                           

Puan Nadia naik risau. Mia Adyla tidak pernah bersikap seperti ini. Sejak pulang dari Australia, Mia tidak pernah berenggang dengan si kembar tetapi hari ini lain benar. Anak-anak itu sudah rindukan mamanya. Anak-anak itu asyik bertanya perihal mamanya.
Pintu bilik dikuak perlahan. Mia Adyla sekadar melirik kasar ke dalam cermin. Melihat pantulan imej yang terbentuk.
Mummy!” terus tubuh wanita itu dipeluk kemas.
Terus tangisannya teresak-esak.
Puan Nadia berdebar-debar. Perasaan tidak sedap hatinya semakin kuat. 
“Apa dah berlaku sayang, ceritakan pada mummy,”
Getar suaranya seakan mendesak.
Mummy ... ta.. tadi ... Ir ... Irfad datang ...,”
Tersedu-sedan tangisannya.
“Shh .. jangan nangis lagi. Diam-diam sayang,” si ibu memujuk.
"Dia .. Dia .... cuba nak rogol Mia lagi,” serentak dengan itu terus tangisannya bertambah kuat.
Terperanjat amat Puan Nadia. Terasa nafasnya tersekat dikerongkong.
Dipegang dadanya. Lemah mendengar berita.
Ya Allah, apa yang dah berlaku ni? Kenapa Kau duga anak aku yang lemah ini seperti ini?
“Ta .. tapi .. Aiman dan Ikram cepat sampai ... me .. mereka sempat selamatkan Mia ..,”
“Syukurlah. Sekurang-kurangnya dia tak sempat apa-apakan anak mummy,”
Dikucup ubun-ubun Mia Adyla. Rambut Mia Adyla dibelai. Penuh kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
“Sudahlah tu, sayang. Jangan nangis lagi. Anak-anak Mia dah sibuk bertanya pasal mama mereka tu,”
Pelukan terlerai serta-merta. Terperanjat Puan Nadia jadinya.
“Jahanam tu yang buat Mia macam ni. Jahanam tu dah buat sampai Mia rasa benci kat kembar tu! Tu anak dia mummy! Anak syaitan tu!! Anak syaitan tu!!”
Terjerit-jerit wanita muda itu.
Terduduk.
Sambil kedua-dua telinganya ditekup kuat.
“Astaghfirullah ... sampai macamni kau buat anak aku, Irfad! Jangan harap aku maafkan kau!!”
Digengam tangan kanannya kuat.
Benci bersarang sarat.
Direnung jauh ke dasar bebola mata anaknya. Suram derita menemani.



*23*

Menjerit bagaikan orang tak waras Mia Adyla tatkala melihat kelibat si kembar yang melangkah masuk ke dalam biliknya.
Intan Safira dan Intan Dania ketakutan. Cepat-cepat, Intan Dania menyorok ke belakang kembarnya. Bimbang jeritan ibunya bergema lagi.
Mutiara jernih mula bergenang dikelopak mata sebelum mengalir ke sisi pipi.
Berlari Puan Nadia dan Tuan Fairus mendapatkan si anak tunggal mereka. Bimbang sesuatu yang buruk berlaku.
Mummy!!!” jerit Mia sakan.
Tercungap-cungap si tua separuh abad. Tangan kiri Mia Adyla menunjuk-nunjuk ke arah si kecil kembar yang sedia menangis ketakutan. Tangan kanannya menekup kuat sebelah telingannya.
Melihat sahaja wajah kanak-kanak tidak bersalah itu, kenangan hitamnya terbayang-bayang dimatanya.
Seakan-akan filem yang diulang-ulang.
Daddy! Suruh mereka keluarrr!! Irfad, mummy!!
Puan Nadia sebak. Sebak melihat trauma yang dialami anak kandungnya itu. Sudah tidak tertanggung derita yang terpaksa ditempuh agaknya. Fikir Puan Nadia.
Air jernih yang mula merembes keluar cuba ditahan kejap.
Dia tidak mahu tampak lemah di depan cucu-cucunya. Tuan Fairus meraup mukanya kasar. Hatinya membara. Bengang dengan sikap Irfad Hakimi. Berang dengan nafsu syaitan lelaki itu.
Sampai jadi gila anaknya dikerjakan.
Jantan tak berguna itu takkan dilepaskan sewenang-wenangnya.
Pandangannya dihala ke arah Intan Safira dan Intan Dania. Tumpah rasa simpati disitu. Sudahlah tidak pernah mendapat kasih sayang seorang ayah, keadaan ibu pula sudah mula tidak stabil.
Jemari-jemari kecil itu digengamnya. Dipimpin meninggalkan bilik itu apabila keadaan Mia Adyla semakin teruk.
Cepat-cepat Puan Nadia mendapatkan anaknya. Dipeluk kuat. Seakan mengalirkan semangat ke dalam diri yang sudah mulai lemah.
Mummy!! Kenapa semua ni berlaku pada Mia? Kenapa?? Mia bukan bencikan budak-budak tu tapi Mia tak boleh tengok. .. bila Mia tengok, apa yang binatang tu buat kat Mia macam main wayang kat depan mata Mia. Kenapa binatang tu sanggup buat Mia macamni? Apa salah Mia kat dia? Tak cukup lagi ke apa yang Mia dah lalui selama ni? Mummy, Mia dah tak sanggup lalui semua ni. Kenapa Mia macam orang histeria tadi? Mummy, Mummy ... adik dan kakak nangis tadi. Mia dah lukakan hati mereka. Mummy ... mummy ...,”
Digoncang-goncang tubuh si ibu. Mahukan penjelasan dari bibir ibunya.
Puan Nadia memandang ke dalam bebola mata Mia Adyla. Dalam. Sebaknya tidak tertahan. Air mata yang ditahan, tumpah jua akhirnya.
Terus, pelukan mereka yang terlerai tadi, didakap kembali.
                                                           

Mia Adyla menyisir rapi rambut lurusnya separuh pinggang. Rambutnya yang berjuntai didahi dipinkan ke kiri dan ke kanan.
Kemas.
Berlari Intan Safira dan Intan Dania masuk ke dalam bilik mereka apabila melihat Mia Adyla menjejakkan kaki ke ruang tamu.
Mengeluh lemah wanita itu.
Hendak mendekati anak-anak yang seumpama nyawanya, dia tidak mampu apatah lagi, memujuk dan memulih luka yang dia sendiri hasilkan.
Memikirkan nasib si anak, dia pula berserabut jadinya.
Kenapa perlu wujud manusia bernama Irfad Hakimi di dunia ni?
Kenapa manusia seperti itu tidak mati disambar petir sahaja?
Astaghfirullah!
Ya Allah, apa aku mengarut ni!



*24*

Dari tingkat atas, Mia Adyla memerhati gelagat anak-anaknya. Dahulu, mereka bergelak ketawa bersama. .. tetapi sejak ‘hari’ itu, kanak-kanak kembar itu seakan takut mendekati dirinya.
Jiwanya sebak tidak tertahan.
Kenapa dia sanggup memperlaku anaknya sendiri sebegitu? Bukan salah mereka. Bukan salah si kecil yang hanya tahu bermain dan bergelak tawa. Bukannya salah mereka yang hanya mahukan perhatian dan kasih sayang darinya.
Semuanya salah seorang lelaki bernama Irfad Hakimi. Lelaki yang telah banyak menyusahkan dirinya. Lelaki yang telah menghancurkan seluruh jiwanya.
Ditarik nafasnya dalam. Kedua-dua anaknya dirapati.
Baru sahaja si kecil itu mahu melarikan diri, Mia Adyla memanggil lembut  nama-nama mereka.
“Intan Safira, Intan Dania, sayang mama ..,”
Mengalir manik jernih ke pipinya yang cekung. Intan Safira dan Intan Dania yang baru sahaja ingin meneruskan langkah menghentikan tindakannya.
Berpaling takut-takut ke arah mama mereka.
“Mama tak jerit .. kalau kakak dan adik duk depan mama?”
Intan Dania menyoal kakaknya perlahan.
“Kakak, kita masuk bilik jelah! Nanti, mama jerit lagi. Adik takut,” bisik si kecil Dania.
“Shh .. mama dah baik. Tengok mama dah tak jerit-jerit macam hari tu lagi dah,”
Mia Adyla cuba mengukir senyuman semanis mungkin. Riak wajahnya diceriakan semampunya.
“Mari sini, sayang. Mama nak kiss sikit,”
“Kakak, adik takut. Mama jerit, nanti!!”
Si adik meronta.
“Taklah! Percaya dekat kakak!” ditarik tangan si adik agar menghampiri Mia Adyla.
Hati Mia Adyla bagai ditoreh kasar pabila wajah takut-takut Intan Dania jelas terpamer.
Rasa bersalah bersarang. Seakan mencengkam. Dalam.
Jemari-jemari kecil ditarik lalu anak-anak itu dipeluk erat. Kasih sayang seorang ibu terus tersalur.
Bahu Intan Safira dan Intan Dania terhinjut-hinjut.
Cepat-cepat, Mia Adyla meleraikan pelukkannya.
“Kenapa sayang mama ni? Kenapa nangis n ? shhh ... diam-diam sayang,”
Terus air mata yang tertumpah dipipi diseka halus oleh Mia Adyla.
“Kakak rindu mama,”
“Adikpun rindu mama,”
Terus kedua-dua beradik itu memeluk mama mereka seerat-eratnya. Rindu pelukkan penuh kasih sayang si ibu.
Bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah membantutkan air mata yang setia mengalir.
“Siapa yang datang?” Puan Nadia yang muncul dari dapur tiba-tiba menyoal.
“Entahlah, mummy,” balas Mia Adyla seraya meletakkan kedua-dua anaknya ke atas sofa sebelum kakinya melangkah ke muka pintu.
“Assalamualaikum,” ucap Datin Rohaya.
“Waalaikummussalam ... umi?”
Terperanjat Mia Adyla jadinya. Mendengar sahaja perkataan ‘umi’ meniti di bibir anaknya, terus sahaja Puan Nadia mendekati.
Apa lagi perempuan ni mahu?
“Jemputlah masuk, Rohaya,” pelawa Puan Nadia.
“Abi tak datang sekali?” Mia Adyla meramahkan diri walhal sebenarnya sudah malas mengaitkan dirinya dengan keluarga mentuanya itu.
Tidak dilayan, dikata kurang ajar pula. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia mereka bicara.
“Abi pergi Singapura. Ada hal katanya,”
“Oh! Umi duduk dulu. Mia nak buat air sekejap,”
Datin Rohaya melabuhkan punggungnya ke kerusi tamu. Matanya melilau. Terpaku dia apabila melihat wajah pasangan kembar yang sedang melihat pelik ke arahnya.
“Anak siapa ni, Ya? Macam muka ..,”
Puan Nadia mendengus kasar.
“Lama kau tak datang sini, Rohaya? Tak sibuk dengan persatuan datin-datin ke?”
“Aku sibuk jugak dengan persatuan-persatuan tu tapi yelah! Aku datang ni ada hajat,”
“Hajat apa pulaknya? Kau ni kalau datang rumah aku ni memang tak lepas dari hajat!”
Panas bila berbicara dengan ibu kandung si Irfad Hakimi ni.
Takkan tak tahu apa yang anak dia dah buat kat anak aku? Tak reti-reti nak malu ke?
“Kau ni! Macam tak suka je aku datang sini?”
Tak delah! Yelah! Kau tu mana pernah datang ke pondok aku ni?”
“Pondok apanya? Besar gedabak macam ni? Ni hah! Irfad masuk penjara!”
“Hmm ..,”
Mia Adyla berdehem.
So, umi datang nak bagitahu pasal ni ke?”
Datin Rohaya mengeluarkan sehelai tisu dari tas tangan buatan Itali lalu, mutiara jernih yang tumpah dengan sengaja diseka.
“Umi nak minta tolong sangat-sangat dengan Mia. Tarik balik aduan tu. Mia tahukan yang 100% saham MHY Sdn. Bhd, abi dah serahkan kepada Irfad. Kalau Irfad masuk penjara jugak, syarikat tu akan musnah. Mia ... umi merayu,”
Tangisnya seraya melutut di depan Mia Adyla.
Terperanjat Mia dan Puan Nadia.
                                                           

Naik lenguh kaki Mia Adyla mengikut anak-anaknya. Naik lenguh tangannya apabila ditarik ke kiri dan ke kanan.
Diikutkan sahaja karenah si kembar itu. Apa sahaja yang diminta semua dia turutkan.
 “Sayang mama, mama dah penat ni. Kita makan-makan dulu. Nanti, kita pusing-pusing lagi, boleh?” pujuk Mia Adyla lembut.
Kanak-kanak itu mengangguk setuju. Mia Adyla mengukir senyuman. Lalu, kepala Intan Safira dan Intan Dania digosok-gosok perlahan.
Senyum senang dia apabila dapat memujuk anak-anaknya kembali. Terasa aman hidupnya. Lengkap walau tanpa insan bernama suami. Andai itu lebih membahagia, dia lebih rela sendirian tanpa berteman.
            Laju kaki anak-anaknya mengajak memasuki KFC. Si adik dan kakak ‘ketagih’ benar dengan kentang putar. Asal masuk je KFC, awal-awal lagi sudah mengingatkan kepada mama mereka agar kegemaran mereka itu di order.
Pondok apanya? Besar gedabak macam ni? Ni hah! Irfad masuk penjara!”
“Hmm ..,”
Mia Adyla berdehem.
“So, umi datang nak bagitahu pasal ni ke?”
Datin Rohaya mengeluarkan sehelai tisu dari tas tangan buatan Itali lalu, mutiara jernih yang sengaja ditumpahkan tanpa rasa bersalah diseka.
“Umi nak minta tolong sangat-sangat dengan Mia. Tarik balik aduan tu. Mia tahukan yang 100% saham MHY Sdn. Bhd, abi dah serahkan kepada Irfad. Kalau Irfad masuk penjara jugak, syarikat tu akan musnah. Mia ... umi merayu,”
Tangisnya seraya melutut di depan Mia Adyla.
Terperanjat Mia dan Puan Nadia.

Cepat-cepat, Mia Adyla mengangkat bahu wanita tua itu. Memaksanya bangun.
“Umi, kenapa sampai macamni! Umi tahukan apa yang Irfad dah buat dekat Miakan? Umi sanggup tengok apa-apa yang buruk berlaku dekat Mia lagi? Umi tak sayangkan Mia ke?”
Seakan peluru mengasak.
“Umi sayangkan Mia tapi umi janji! Umi takkan benarkan Irfad kacau Mia lagi!”
“Sudahlah, Rohaya! Kau balik sajalah! Kau tak faham ke? Irfad tu asyik nak sakitkan anak aku je. Memang patutpun dia masuk penjara,”
Ujar Puan Nadia tak puas hati.
Perempuan ni tak de hati perut ke?
“Hei, perempuan! Kau sedar tak waktu laki kau susah dulu, sapa tolong kau? Aku jugakkan? Aku yang tolong kau! Tapi sekarang? Kau tak nak balas budi aku balik?? Kacang memang lupakan kulit !!”
“Huh!” mengeluh geram Mia Adyla jadinya.
Imbasan mimpinya malam tadi asyik terbayang-bayang sahaja dibenaknya. Sakit kepala jadinya. Kalaulah benar Datin Rohaya akan datang melutut dan merayu kepadanya ..
“Mama ... tengok kakak ni!! Adik nak makan tapi kakak usik adik. Dia ambik ayam goreng adik!”
Intan Dania mengadu.
“Alah, adik dah ada kentang putar tu. Adik makanlah dulu. Habiskan dulu. Nanti dah habis, baru boleh makan ayam ni. Kita kena habiskan satu-satukan, mama?”
Mia Adyla senyum seraya angguk.
“Pandai anak mama,”
“Alah, mama. Adik nak makan ayam. Adik nak makan kentang putar. Adik nak makan ais-krim. Adik nak makan sikit-sikit, mama,”
Merengek lagi si adik.
“Mana boleh macam tu, adik! Atuk kata, tak elok makan macam tu. Cuba adik makan elok-elok. Makan satu demi satu. Adik jangan tamak,”
“Adik tak tamaklah, kakak. Adikkan cepat kenyang. Nanti, adik tak boleh makan makanan lain pula,”
“Habis nanti, kalau adik makam itu sikit ini sikit, siapa pula nak makan makanan adik yang tak habis tu? Takkan kakak pula?”
“Kakak la yang tolong habiskan?”
Yelah, pasal kakakkan, kakak adik,”
Terkekeh Mia Adyla ketawa mendengar bicara kedua-dua anaknya.
Alahai, korang buah hati mama ni! Sweet sangat. Mama sayang korang sangat-sangat.

                                               
Okey, dah sampai rumah. Adik dan kakak, naik atas. Rehat-rehat kejap kemudian, mandi terus okey?” pesan Mia Adyla seraya membuka pintu kereta untuk anak-anaknya.
Okey, mama!”
Balas mereka serentak seraya berlari-lari masuk ke dalam rumah.
“Nenek! Atuk! adik beli tudung baru untuk nenek,”
“Atuk, tengok! Kakak beli baju baru untuk atuk. Atuk suka tak?”
Jerit Intan Dania dan Intan Safira seraya mengunjukkan beg-beg berisi pemberian mereka.
Tersengih Mia Adyla mendengar jeritan si kecil kembar. Mati sengihannya tatkala melihat Volvo hitam milik Datin Rohaya elok sahaja parking di sebelah kereta daddynya.
Terus bayangan mimpi kedatangan uminya itu menjengah kembali. Cepat-cepat, kepalanya digeleng. Berharap semua tu takkan berlaku. Lambat-lambat, kakinya melangkah ke dalam. Terasa ada batu diheret sama.
“Umi, dah lama sampai?” soalnya dengan suara sengaja diceriakan.
Senyuman sengaja dilorek.
Tangan tua itu terus disalami dan dikucup.
“Mia, anak umi,”
Tubuh tinggi langsing itu didakap terus. Rindu pada bekas menantunya itu. Menantu yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh.
“Lama umi tak tengok Mia. Rindu kat Mia sangat-sangat,”
Menitis air mata si ibu yang dipanggil umi. “Ini anak-anak Mia, ya,”
Tanpa sempat Mia Adyla memberi respon, kedua-dua anak kecil itu sudahpun berada dalam dakapan Datin Rohaya.
“Cucu-cucu nenek,”
Dikucup-kucup dahi Intan Safira dan Intan Dania sebelum anak-anak itu dilepaskan. Terkaku si kecil kembar yang tidak mengerti apa-apa.
Hairan melihat gelagat wanita tua sebaya nenek yang bertamu.
“Nadia, aku minta maaf bagi pihak anak aku. Anak aku dah banyak menyusahkan anak kau,”
“Nak buat macammana Rohaya? Anak kau yang buat hal, takkan aku nak salahkan kau pulak. Biarlah, dia pun dah selamat duduk dalam penjara. Biarlah dia sedar nanti,”
Nada suara dikawal sebaik mungkin. Kalau anak perempuannya mampu berlakon nyata, dia juga boleh mengawal reaksi. Mempamer riak bersahaja.
Tersedu-sedan Datin Rohaya menangis. “Mia .. umi kesal dengan Irfad! Kalaulah umi tahu macam ni perangai dia, dari dalam perut lagi umi dah cekik-cekik je dia,”
“Umi ...,”
“Mia, umi minta maaf banyak-banyak. Umi sedih sangat bila dapat tahu semua ni. Selama ni, umi asyik menangkan apa saja yang Irfad buat tapi lepas semua ni berlaku, baru umi tahu perkara sebenar. Umi malu. Malu nak berdepan dengan Mia. Aku malu nak berdepan dengan kau, Fairus .. Nadia ... anak aku dah ..,”
“Sudahlah tu, Rohaya lagipun, semua dah nak jadi. Dia dah tentukan semuanya. Tentu ada hikmah disebalik semua ni. Aku masa mula-mula dapat tahu semua ni, aku melenting juga tapi bila aku dapat terima dan aku yakin yang tentu ada sesuatu yang tersirat dalam semua ni,”
“Mia, umi nak tebus kesalahan Irfad. Biarlah umi jaga budak-budak ni. Cucu-cucu umi juga,”
Sepantas kilat, Intan Safira dan Intan Dania mendapatkan mamanya. Memeluk erat kaki si ibu. Terus, Mia Adyla duduk. Mendakap si kecil.
“Mama, adik sayang mama. Adik tak nak berpisah dengan mama. Adik tak nak berpisah dengan atuk. Dengan nenek,”
“Kakak pun sayang mama. Kakak tak nak tinggal dengan orang lain. Mama sayang adik dan kakakkan? Mama takkan berikan kami pada orang lainkan?”
Berderai air mata mereka. Memohon simpati dari si ibu.
“Shh .. mama takkan serahkan adik atau kakak kat sapa-sapa. Mama sayang adik. Mama sayang kakak,” ucapnya seraya mengucup dahi anak-anaknya.



Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

SOUL & LIFE AFTER DEATH