Skip to main content

DIALOG-DIALOG DALAM NOVEL BUKAN BISIKAN-SHARINA ELISA


Antara dialog-dialog dalam NOVEL BUKAN BISIKAN-SHARINA ELISA
terbitan FEBRUARI 2013




nikmati diskaun hebat dan baucer buku 1 Malaysia pada 30 januari 2013-3 februari 2013 bagi mendapatkan novel-novel terbaru terbitan februari 2013 dan novel-novel pilhan anda di gerai Penerbitan Kn

*
“Awak, awak nak bawak saya ke mana ni, saya tak pakai tudung!”
“Tak payah pakai tudung! Perempuan tak de maruah macam kau ni, tak payah pakai tudung!!”
 “Woi, jantan sial! Ni bini aku!! Bini aku kau tahu? So, jangan nak menggatal dengan bini aku. Pergi balik kau sekarang!!”
“ Awak !! Lepaskan saya !!”

*
“Mia, kalau awak nak nangis, nangislah,”
“Apa yang akan berubah kalau saya menangis? Membazir air mata saja,”
“Tapi sekurang-kurangnya awak akan lega,”
“Buat sementara?”

*
“Saya nak balik!”
“Apa? Awak dah gila ke apa? Nak balik ke rumah macam tu?”
“Saya nak balik! Muktamad!”
“Awak, saya nak balik. Saya kena selesaikan semua ni,”
“Awak nak selesaikan apa? Semuanya takkan selesai! Dia pukul awak macam awak ni apa, awak still lagi nak setia dengan dia?”
“Siapa cakap?”
“Saya nak balik. Saya nak tuntut cerai,”

*
“Kau nak apa, hah??”
“Kalau awak tak nak saya berada disisi awak lagi, pegang status isteri awak pada kertas lagi, bagitahu awal-awal. Taklah saya macam orang bodoh!! Ceraikan saya, sekarang!”
“Suka hati kau! Yang aku tahu, aku takkan ceraikan kau! Perempuan sial! Penipu!!”
“Awak tak tahu cerita sebenar tapi awak tuduh saya macam-macam?”
“Lantak kaulah! Aku tak nak peduli pasal kau lagi. Kau nak mampus ke nak hidup ke, tu kau punya pasal. Biar padan muka kau. Orang macam kau ni tak layak langsung untuk dijadikan isteri. .. tapi ada satu pekerjaan untuk orang macam kau .. p.e.l.a.c.u.r .. kau tahukan taraf kau sama?”

*
“Awak mabuk lagi ni! Biar saya hantar awak balik ke bilik awak,”
“Awak! Awak buat apa ni? Lepaskan saya,”
“Awak!! Tolong! Tolong keluar dari sini. Saya merayu dekat awak,”
“Kalau badan kau, orang lain boleh rasa, takkan aku suami sendiri tak boleh buat sewenang-wenangnya,”
“Awak jangan macamni. Mengucap, awak,”
“Ceh!”
“Mengucap kepala hotak kau. Mengucap konon. Padahal kau dah berapa kali agaknya jadi makanan kat jantan-jantan lain. Malam ni, biar aku yang makan kau sepuas-puasnya. Lepas tu, kalau jantan lain nak makan kau ke, nak telan kau ke, aku dah tak kisah!”
“Awak, kalau awak nak saya boleh beri dengan cara baik tapi bukannya malam ni. Saya letih. Siang tadi, saya banyak urusan tadi. Saya tak suka awak buat saya macam ni. Saya isteri awak. Saya boleh bagi apa yang awak nak .. tapi bukan dengan cara macamni .. awak, tolong .. saya merayu,”
“Letih? Letih kenapa? Letih sebab kau layan berapa banyak jantan?”

*
“Kau datang sini kenapa? Nak cari pasal? Aku rasa aku tak pernah berurusan dengan orang macam kau! Orang miskin macam kau ni, tak layak nak pijak lantai pejabat aku ni!! Buat kotor je!!”
“Ya, aku miskin!! Tapi lebih baik dari kau yang miskin segala-galanya!! Miskin ilmu! Miskin budi bahasa!! Miskin penglihatan pada kaca mata yang sebenar!!! Aku ada urusan dengan KAU!!”
“Urusan apa? Urusan nak ganggu wife aku lagi?”
“Wife? Apa ke lawak wife! Layak ke kau panggil dia isteri kauuu??”
“Kau nak apa, hah?”
“Kau ni, bukan lelaki kau tau!! Kau binatang!!!”
“Kalau kau tak reti nak jaga Mia, ceraikan dia. Aku akan kahwin dengan dia. Jadikan isteri aku. Kalau dia tak mahu, jangan nak perkosa dia! Dia manusia! Lebih tepat lagi isteri kau!!”

*
“Aku tak tahu apa yang aku dah buat selama ni. Kenapa aku kejam sangat? Ya Allah ... Aku bersalah dengan Mia .. aku dah banyak buat salah dekat dia. Aku dah banyak lukakan hatinya ... aku .. aku .. aku layan dia macam .. macam perempuan murahan .. aku .. aku tak tahu .. kenapa aku tak pernah nak tanya dia kenapa?? Silap aku!! Semua silap aku .. tadi .. dia paksa .. dia paksa aku ceraikan dia,”
“Memang patutpun kau ceraikan dia,”
Dijeling jejaka yang masih lagi pegun dimeja pejabatnya sebelum menyambung bicara.
“Lepas kau ceraikan dia, aku akan hantar rombongan meminang ke rumah parents dia. Kau tahu? Kau tak layak untuk perempuan sebaik dan secantik dia,”
“Kau yang tak layak untuk dia!!”
“Kau tahu tak taraf kau dengan dia ibarat langit dan bumi. Setakat kau, pemilik kedai mana layak dengan anak tunggal jutawan hartanah macam dia! Lagipun, kau hanya tertarik pada paras rupanya,”
“Kau tahu? Tahu dia anak tunggal? Anak orang kaya yang dimanja dengan kemewahan tapi melayannya dengan kasar dan selalu lukakan hati dia. .. kau buat macam tu, kau fikir kau layak untuk terus jadi suami dia? Aku tahu! Aku hanya ada sebuah kedai yang menampung hidup aku selama ini tapi aku rasa aku berganda-ganda lebih baik daripada kau yang bergunung-gunung hartanya .. and one more thing .. ya, aku jatuh cinta dengan dia kerana paras rupanya yang jelita .. tapi kau ? Kau ikhlas cintakan dia??”
“Ya. Memang aku ikhlas cintakan dia!!”
“Hotak kau ikhlas!! Bila kau tahu yang dia bukannya anak dara kau layan dia macammana?? Kau dah lupa apa yang kau dah buat kat dia?? Kau tahu kau dah buat dia sudah tak percayakan cinta lagi. Kau tahu???”
“Aku nak cari dia! Aku nak minta maaf. Nak dia kembali disisi aku,”
“Nak ke dia kembali kepada kau?”

TEMPAHAN TELAH DIBUKA SEKARANG!!!
Untuk 300 pelanggan terawal yang membuat tempahan, anda layak menerima novel eksklusif ditandatangani penulis! Setiap order perlulah lengkap dengan bukti pembayaran sekali ya.

Buat tempahan anda segera di www.kakinovel.com

♥ ataupun boleh terus order melalui penulis ♥
GROUP NOVEL BUKAN BISIKAN

Comments

Popular posts from this blog

Bukan Bisikan 7 & 8

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi

*7* Lebam mata bundar itu akibat menangis. Comforter tebal masih lagi membaluti tubuhnya. Sudah lama air mata itu tidak mengalir keluar. Sudah terlalu lama dia menahannya. Dipandang lelaki durjana yang lena beradu disebelahnya. Kuat badannya dipeluk. Hendak melepaskan diri, dirinya sudah tidak berdaya. Badannya sudah terlalu lemah. Tersedu-sedan tangisannya. Terpisat-pisat Irfad Hakimi terjaga. Ketawa jahat memulakan bicara. 
“Tidurlah. Bosan aku dengar sejak semalam kau menangis,” Mia Adlya buat tidak tahu. Malas menjawab atau memberi tindak balas. Benci dia dengan lelaki itu. Jika benar wujud benci dihati lelaki itu, kenapa dia diperlaku begini. Untuk apa?



*8*
Apa malangnya hidup aku? Dirogol suami sendiri berkali-kali ..
Irfad Hakimi Taukah kau betapa diri ini bertambah benci .. Berhentilah dari menyakitiku lagi ..

Aiman Haikal muram sahaja. Dagunya di tongkat d…

Bukan Bisikan 6

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi
Perlukah aku diperlaku begini? Pulang dan keluar sesuka hati? Seumpama hotel, rumah ini ..
Walau diri ini kau sakiti .. Masih wujud sisa cinta bersemi .. Nun jauh disudut hati ..
Namun tegarkah aku? Terus bermukim didaerah sunyi .. Berenang di lautan sepi .. Tanpa sebarang melodi ..
Bunyi pintu dihempas kuat memeranjatkan Mia Adyla. Leka benar jemarinya menari didada ‘lappy’. Wanita itu mengeluh.
Dibuang segala rasa benci, marah, sedih dan segala berbaur jauh. Biar semuanya hilang selamanya.
“Saya nak putuskan hubungan kita. Saya tak boleh kahwin dengan awak,” Irfad Hakimi pantas menoleh. Memandang tepat ke arah si gadis yang disayangi sepenuh hati. “Saya cintakan awak. Terlalu sayangkan awak. Kenapa saya tak boleh kahwini awak? Jadikan awak isteri saya yang sah. Yang saya boleh manjakan dan belai sepanjang masa .. saya sayangkan awak ... percayalah .. Setiap kali j…

Bukan Bisikan 1, 2 & 3

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi
*1*
Bukan mudah untukku tafsir isi hatimu .. Bukan mudah untukku fikirkan apa yang dirimu mahu .. Jika degupan jantungmu bukan lagi milik aku .. Kenapa harus kasih suciku diperlaku sebegitu?
Aku keliru .. benar-benar keliru .. Apa yang kau mahu dariku sebenarnya?
Laju jemarinya menari di dada keyboard. Button create post ditekan. Mia Adyla mengeluh lemah. Terus lappy kesayangannya dimatikan.

Bingung. Bingung apabila memikirkannya. Kenapalah hatinya begitu sukar melupakan lelaki yang hanya tahu permainkan hati wanita sepertinya?

Mia Adyla tarik nafas. Dalam. Dia tekad. Kali ini dia mesti bertegas dengan hidupnya sendiri. Untuk apa diseksa lagi diri sendiri andai merana sahaja yang jadi upahnya?

Bukan Bisikan 5

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi
Ke hulu ke hilir kakinya melangkah. Menyampah pula dengan suasana dunia. Bagai ketidakadilan menerjah hidupnya. Seakan bala memang ditakdir untuknya.
Astaghfirullah ! Apa aku merepek ni? Cepat-cepat diri beristighfar. Leka benar dihasut syaitan berbisik.
Pandangan dilempar ke arah jendela. Cuba mencari sinar ketenangan. Bayu lembut menghempas ke pipinya. Dingin.
Nafas dihela keluar sambil ekor matanya melirik kasar. Gajet canggih ditangan. Sesaat.
Naik lenguh jemarinya menekan redail. Panggilannya masih tidak disahut. Mia Adyla mengeluh. Dicampakkan badannya ke sofa.
Kelopak matanya cuba dipejam celik – dipejam celik.
Laptop Dell dihadapannya dipandang sepi. 20 tempahan gelang dan 30 tempahan keychain diterimanya. Terus dia memanjatkan syukur di atas rezeki yang diberikanNya. Meskipun, dia tidak berpelajaran tinggi, tetapi berkat usaha gigihnya, dia berjaya…

Bukan Bisikan 22, 23 & 24

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada Februari nanti dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi



*22*
Tercengang Tuan Fairus dan Puan Nadia melihat gelagat anak tunggal mereka. Sudahlah pulang awal ke rumah. Mata merah dan membengkak. Pulang sahaja ke rumah, terus mendaki anak-anak tangga. Laju. Langsung tak menoleh ke kiri dan ke kanan. Intan Safira dan Intan Dania yang melihat kehairanan. Didongak kepala mereka. Memandang ke arah atuk dan nenek mereka.  “Kenapa mata mama merah, atuk?” Intan Safira menyoal. “Mama nangis ke, nenek?” Intan Dania pula menyoal. Tuan Fairus dan Puan Nadia saling memandang. “Tak adalah. Mata mama masuk habuk masa drive tadi tu kut,” “Masuk habuk? Macammana nak masuk habuk, nek? Kan mama selalu tutup cermin tingkap kereta mama tu. Habuk nak masuk dari mana lagi?” soal bibir cilik itu pantas. “Aa .. mama tak suka buka tingkap. Mama kata, nanti tudung mama senget angin tiup,” si adik menambah. Tuan Fairus cuit lengan isterinya.  “P…

Bukan Bisikan 11, 12 & 13

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi
*11*
Lima tahun berlalu .. Mia Adyla tarik nafas. Dalam. “Kembali juga aku disini,” bisik hati kecilnya. Tudung dikepalanya diperbetulkan. Anak-anak kecil yang dipimpinnya dipandang. Kasihan budak-budak ni! “Mama ... adik penat ... adik nak tidur .. adik letih ..,” rintih si kecil empat tahun itu sebaik sahaja kakinya berpijak di bumi Malaysia. “Adik ni, nantilah. Nanti, bila kita dah sama rumah nenek nanti, kita berehatlah,” si kakak pula memujuk. Mia Adyla memandang Ikram Hafiz seraya bertukar senyuman. Bangga Mia dengan keletah anak-anaknya. “Oklah, I minta diri dulu. Ye la, ikutkan hati, I nak ikut you balik tapi yelah, I ajak kahwin, you tak mahu,” Mia Adyla tertawa. 
You ni suka main-main macam ni. Oklah, Dr. Ikram Hafiz, thanks kat you banyak-banyak. Kalau tak kerana you, rasanya tak tahu apa yang akan berlaku kat si kembar dua orang ni,” Digosok-gosok k…