Bukan Bisikan 14
Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi Ikram Hafiz mengeluh resah. Jiwa dan mindanya serabut amat. Rindu bersarang sarat. Ke hulu ke hilir langkah Ikram Hafiz digorak. Rambutnya yang digel tegak diraup kusut. Bayangan si manis bertudung litup bermain-main di matanya. Resah jiwanya kian dalam. Tiga hari matanya tidak menjamu wajah itu. Iphone4 nya dijeling. Ringan sahaja tangannya mencapainya. Kepalanya digeleng-gelengkan lalu diletakkan kembali gajet itu. Ikram Hafiz menghempaskan badannya ke atas tilam rebond lapan incinya. Cuba melelapkan matanya yang langsung tidak mahu dibuai lena. Arghh! Kenapa ni? Semuanya tak kena. Kenapa aku asyik ingat kat dia je ni? Tak mampukah aku nak lupakan wajahnya walau sesaat? Aiman Haikal termenung. Pintu kedainya sudah tiga hari direnung. Naik hairan Salina, pekerja kesayangannya memikirkan perangai majikannya itu. Dulu...