Bukan Bisikan 20 & 21


Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi

“Cantik kedai kau,” puji Ikram Hafiz Ikhlas.
Ke sana ke sini kakinya melangkah. Matanya melilau ke setiap sudut.
“Taklah. Biasa je,”
“Besar. Macam-macam ada,”
Kagum Ikram Hafiz.
“Tak payah nak puji-puji. Kan kembang semangkuk, aku jugak yang susah,”
Kedua-dua jejaka itu ketawa terkekeh-kekeh.
Sejak ‘lunch date’ bertiga hari minggu lalu, jejaka berdua itu rapatnya seakan saudara. Melepak di kedai milik Aiman Haikal sahaja kerjanya.
“Kau tak sambung belajar?” soal Ikram Hafiz tiba-tiba.
Aiman Haikal senyum kelat. Malas membuka hikayat lama.
“Aku datang dari keluarga miskin, Ikram. Tak macam orang lain. Aku nak belajar kat sekolahpun tak larat nak bayar yuran. Kau tahu, aku apa yang aku buat supaya aku dapat sekolah?”
“Kau kerja?”
“Aa .. aku kerja. Macam-macam kerja aku buat. Kerja kat warung makan. Kutip besi buruk. Kutip tin-tin minuman. Kotak-kotak terbiar. Dapat duit, aku buat bayar yuran. Aku buat belanja hidup aku seharian,”
Sebak dihati mengundang air mata.
Semangat kentalnya segera menghalang. Malu andai lelaki sepertinya menangis.
Tekun Ikram Hafiz mendengar. “Aku tak dapat hidup mewah macam orang lain. Minta apa sahaja, kemahuan dituruti. .. tapi aku, aku sendirian ... tak ada sapa. Aku tak punyai sesiapa untuk meminta pertolongan. Minta bantuan. Aku hanya ada Dia. Yang Maha Berkuasa,”
“Apa maksud kau dengan kau tak punyai sesiapa? Mak bapak kau?”
“Bapak aku? Bapak aku dah mati ditali gantung,”
“Tali gantung?”
“Aa ... bapak aku bunuh mak aku. .. sebab mak aku pertahankan kakak aku. Bapak aku nak jual kakak aku. Bapak aku .. kaki botol ... kaki judi .. kalah judi .. dia nak jual kakak aku ... mak aku tak bagi ... mak aku halang .. mereka bertengkar .. aku tak mampu buat apa-apa. .. aku baru sembilan tahun waktu tu. Kakak menangis. Mak menangis. Aku ingat wajah mereka waktu tu. Aku masuk campur. Bapak aku tolak aku. Hantuk kepala aku sampai berdarah. Kakak panik bila tengok bapak dah bawa keluar parang dari dapur. Bapak nak bunuh mak .. tapi kakak cepat-cepat jadikan dirinya sebagai benteng. Akibatnya, bapak tertikam kakak. Kakak meninggal serta-merta. Mak meraung. Aku ingat lagi. Kuat raungan mak. Bapak panik tengok kakak dibunuh dia. Bapak tak nak orang tahu. Bapak bunuh mak jugak. Aku takut. Aku pura-pura mati. Bapak ingat aku dah mati sebab kepala aku mengalir banyak darah. Memang waktu tu, pandangan aku dah mula kabur,”
“Lepas tu, apa jadi pada kau? Bapak kau?”
“Aku tak tahu. Aku dah tak sedarkan diri. Sedar-sedar, aku dah berada di rumah nenek aku. Dia rawat aku. .. tapi sebaik sahaja aku sembuh ... nenek meninggal .. jatuh bilik air ... sejak tu, aku duduk rumah nenek. Aku tak berani nak balik rumah. Aku takut bapak aku balik. Aku takut dia bunuh aku ... beberapa hari lepas tu ... aku dapat tahu .. bapak aku dah ditangkap polis ...,”
Tersenyum pahit dia apabila melihat wajah simpati yang dihulurkan jejaka dihadapannya itu. “ Siapa sangka, kau begitu tabah, Aiman,”
Aiman Haikal gelak perlahan. 
“Aku terpaksa harunginya, Ikram. .. untuk teruskan kehidupan. Aku tak ada sesiapa untuk meminta pertolongan. Kalau aku tak tolong, tak bantu, tak paksa diri aku sendiri, aku takkan boleh hidup tapi aku bersyukur walau payah aku merangkak, aku tetap berjaya hidupkan kedai sebesar ni di kota metropolitan macam ni. Inipun, sudah diluar jangkaan aku,”
“Alhamdulillah. Aku rasa rendah diri bila nak dibandingkan dengan kau. Aku? Semuanya bergantung kepada keluarga. Parents aku yang support. Aku tak pernah bersusah payah nak berkerja nak keluarkan peluh untuk cari sesuap nasi. Aku sepatutnya bersyukur tapi aku jadi tamak. Aku tak nak balik sini. Tamat belajar,   aku tetap nak duduk kat luar negara. Kenapa? Kau tahu? Sebab gaji di sana lebih mahal dari disini. Aku salah seorang daripada mereka yang kabur kerana duit ...,”
“Hish, sudahlah! Apa ni? Masuk mode-mode sedih ni! Jom, pergi kat office Mia. Kita ganggu dia,” ajaknya seraya gelak.
Ketawa mereka bersatu.



*21*

Bosan. Jelik. Menyampah. Meluat. Semuanya bergabung menjadi satu bila si lelaki durjana yang telah memusnahkan angannya, mahligai indah yang mahu digapainya lima tahun yang lalu datang bertanya khabar.
Irfad Hakimi geram bila sejam dia berada di sofa kulit itu. Langsung tidak dihiraukan.
Puas majalah-majalah business dibeleknya. Bukannya apa. Dipejabatnya juga berlambak majalah-majalah seperti itu. Sudah berkali-kali dia menelaahnya.
Tegak dia berdiri. Menghampiri meja si wanita yang kelihatan begitu menarik jika dibandingkan ketika masih lagi menjadi isterinya. Dahulu. Lima tahun yang lalu, wanita itu bukannya mahu berhias cantik. Bermekap, berhias dandan. Adapun, hanya kemas berpakaian. Tidaklah tampil seelegan sekarang.
Pertama kali memandang kelibat wanita itu selepas bertahun tidak bertemu, dia benar-benar terperanjat. Mia Adyla, telah berubah amat. Bukan lagi seperti dulu. Penuh berkeyakinan jelas kelihatan.
Ditarik kerusi disisinya. Tanpa dipelawa, dia melabuhkan punggungnya ke situ.
Mia Adyla membatu. Masih lagi setia dengan kerja-kerjanya. Wajah yang semakin hari semakin cantik itu ditatapnya penuh perhatian. Setiap inci, setiap senti wajah wanita itu ditiliknya. Dari lentikan bulu mata hingga ke bibir.
Ah! Indah sekali wanita dihadapannya itu! Sungguh menggugat naluri lelakinya.
Naik rimas Mia Adyla jadinya. Naik gelisah bila menyedari gerak-gerinya diperhati sepasang mata yang ligat itu.
Kau tak berubah, Irfad!!
Irfad Hakimi, please! Keluar! I ada kerja! I tak ada masa nak layan you,” tuturnya lembut dalam tegas.
“Sayang, awak kembali pada saya. Kita hidup macam dulu,”
“Huh!”
“Sayanggg,” panggilnya manja.
“Hei, pleaselah! Keluar! I’m busy right now!
I tak nak keluar selagi you tak setuju kita bersama kembali!”
Irfad Hakimi berdegil.
“Hei, apa hak you? Apa hak you nak atur-aturkan hidup I?”
You bekas isteri I. I nak kita hidup bahagia. Bersama anak-anak ..,”
You jangan sebut anak-anak. Mereka milik I!!”
And you jangan lupa, merekapun milik I. Tanpa I, mereka tak ada!”
Mia Adyla geram amat.
“Baik you pergi dari sini. I tak suka tengok muka you lagi. Jangan sampai I panggil security datang sini baru you nak blah!”
Wanita itu memberi amaran. Irfad Hakimi bangun pantas. Kakinya diatur ke arah Mia Adyla. Mendekati wanita itu.
Didekatkan pipinya ke muka Mia Adyla. Mia Adyla kurang senang.
“Hmm .. wangi .. still macam dulu,”
Terus pipi putih bersih tanpa sebarang noda itu dikucup.
Ditolak kuat badan Mia Adyla. Rebah di sofa berbentuk L bersebelahannya. Puas Mia Adyla menjerit namun, suaranya tidak kedengaran. Mulutnya ditekup kuat.
“Lepaskan aku, bodoh!!”
Antara dengar dan tidak sahaja suaranya.
Mia Adyla meronta. Cuba melawan. Tudung dikepalanya direntap kuat.
Menitis air mata Mia Adyla. Teringat kenangan hitam lima tahun yang lalu.
“Hoi!! Kau buat apa ni!!” terus kedua-dua jejaka itu menerkam ke arah Irfad Hakimi.
Teruk lelaki durjana itu dibelasah. Berdarah hidung, lebam pipi dan mata dikerjakan mereka berdua hingga pengsan Irfad Hakimi jadinya.
Mia Adyla cepat-cepat memakai tudung. Terus kepalanya ditundukkan. Dirapatkan ke lutut. Teresak-esak wanita itu menangis.
“Aiman! Telefon polis sekarang. Kita humban je syaitan ni kat dalam penjara,”
Terus sahaja Aiman Haikal menurut patuh.
            Sejam telah berlalu. Mia Adyla masih lagi tersedu-sedan menangis. Aiman Haikal dan Ikram Hafiz penat memujuk. Wanita itu masih lagi tidak mahu diam.
Perlahan-lahan, Mia Adyla mengangkat mukanya.
Malu memandang kedua-dua jejaka itu.
“Saya ni murah sangat ke? Terlalu murah .. sehingga dia sanggup buat saya macamni? Tak cukup lagi ke dengan derita yang dia hadiahkan pada saya? Selama dua tahun saya jadi isterinya? Tak cukup lagi dia nak seksa saya? Kenapa sampai sekarang dia masih lagi nak memperkosa saya?? Kenapa?? Tak cukup lagi dia rogol saya sampai saya lahirkan sepasang kembar? Tak cukup lagi ke??”
Hampir menjerit Mia Adyla.
Tertekan amat.
Mahu sahaja Aiman Haikal dan Ikram Hafiz memeluk insan malang itu. Tapi apakan daya. Siapakah mereka? Bukannya saudara, bukannya suami ...
Terhinjut-hinjut bahu Mia Adyla.
Kedua-dua jejaka itu tidak tahu apa yang patut dilontar keluar. Mereka juga terkedu sebenarnya. Tidak menyangka sebegitu sekali tindakan Irfad Hakimi.
Melihat kedua-duanya bagai kaku disitu, terus Mia Adyla mencapai tas tangannya seraya berlalu keluar.
“Mia!!” serentak mereka memanggil.



Comments

Anonymous said…
slm kak,...sy bru je baca novel akak yg ni...best jgk cternya...teruknya suami dia...tp,sy hrp suami dia yg akn terus jdi heronya...mana tau suatu hari nnt dia berubah dan insaf apa yg telah dia lakukan selama ni terhdp isteri dan ank2 dia...best,nk lg kak...
sharina elisa said…
jangan lupa dapatkan novel ni dipasaran bulan dua nanti, ya? ^_^
Anonymous said…
If Mia ends up with her husband, malaslah nak beli novel nih.

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Ulasan Novel Delina, Aku Antropomorfik oleh Kak Ogy

Bab 10 Novel Couple 3 Suku