Posts

NALAR di Mabopa Bookfest

Image
Mai mai orang kampung orang bandar sekalian! NALAR dah ada kat rak di booth SO Publishing Apa tunggu lagi? Jom jom! Fresh dari kilang, panas! Panas! Jadi orang terawal memiliki Nalar! Baby baru SO yang ke-17 dah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang barokah ini. Semua pembaca sudah boleh memilikinya di Mabopa Bookfest kat Sunway Putra Mall (22 - 26 Februari 2017) dan di Fiesta Terbuka UM (25 - 26 Februari) # mabopabookfest # nalar # sopublishing

Siri Cerpen Terengganu

Image
Baby kembar dengan Nalar! Siri cerpen Terengganu ni merupakan kumpulan sepuluh buah cerpen yang memaparkan adat resam, budaya dan cara hidup masyarakat di negeri Terengganu. RM 25 Terbitan Fufu Terbit

PRE ORDER NOVEL NALAR

Image
NALAR akan keluar tak lama lagi!! jadi, saya nak buka pre order. yang berminat boleh WHATSAPP saya; 017-981 7230 semenanjung: RM23 + RM6 (pos) sabah sarawak: RM26 + RM8 (pos) “Mereka nak cip ni!” Prof. Amelia ketap gigi. Kenapa payah sangat suaminya nak faham? Memanglah mereka sama-sama usahakan tapi kalau boleh mengancam keselamatan, buat apa? “Tak, Lia! Abang tak mungkin sia-siakan usaha kita selama ni.” “Tapi mereka nakkan cip ni! Dah berapa ramai yang mereka bunuh sebab nakkan benda ni! Abang, sebelum semuanya terlambat, kita musnahkan je. Biar tak ada seorang pun yang dapat. Kalau mereka dapat, bukan sahaja Malaysia, tapi satu dunia boleh musnah!” Prof. Amelia gengam penumbuknya kuat. Kalaulah di hadapannya itu bukan suami, sudah lama dia layangkan penumbuk. Susah sangatkah mahu hadam apa yang dia cakap? “Tak! Tak! Tak boleh! Kita kena fikirkan cara lain!” Prof. Farhan berkeras. Imanina duduk menghadap beberapa skrin komputer di hadapannya. Mengawal k...
Image
Siapa nak order novel BILA CINTA MILIK DIA, boleh PM saya ya. Saya nak order dengan penerbit ^_^  “Aku bimbang sebenarnya. Kalau aku balik, aku takut mama dengan papa dah tak bagi aku buat semua ni lagi.” “Baguslah tu kalau tak bagi. Akukan ada. Apa susah-susah nak cari calon suami lagi? Cuba kau bagitahu aku, apa yang kurang dengan aku ni?” seloroh Maliqi sambil matanya memandang lurus ke arah jalan. Rania mencebik. “Tak lawakpun. Nak gelakpun rasa malas. Kau ni, asal hujung minggu je datang jenguk aku. Kau tak rasa bosan ke?” “Taklah. Mana ada.” “Kalau macam tu, akulah yang bosan tengok kau.” “Hah? Ish, kau ni! Sampai hati betul cakap macam tu kat aku.” “Itu baru sampai hati, kalau sampai kaki, tak ke naya kau?” Maliqi tertawa kecil. ‘Rania! Rania! Macam manalah aku tak jatuh suka dekat kau?’ Maliqi senyum dalam hati. “Aku ada benda nak cakap dengan kau tapi nantilah aku bagitahu. Hmm.. sekarang ni, apa perkembangan...

Jom Join Contest Selfie bersama karya Sharina Elisa

Image
CONTEST BARU!! Pernah miliki novel-novel saya tak? Tak kisahlah, TENGGELAMNYA WARNA PELANGI ke BUKAN BISIKAN ke COUPLE 3 SUKU ke just selfie je dengan salah satu, dua atau ketiga-tiga novel tu Kalau malu nak ambil gambar sendiri, gambar nenek ke adik ke tok nyang ke semua boleh. Asalkan, ada novel dan manusia. Nanti post kat WALL FACEBOOK masing-masing dan TAG  Sharina Elisa  ya  ^_^ Jangan lupa HASHTAG  # contestnovelBILACINTAMILIKDIA -3 pemenang yang terpilih akan memenangi NOVEL BILA CINTA MILIK DIA terbitan  Karnadya  (akan diberikan bila stok sampai ke tangan saya) -tarikh akhir penyertaan adalah 13.12.2016 jam 12 tengah malam Selamat bercontest # sesiapasudibolehjoin # karnadya # novelcouple3suku # novelbukanbisikan # noveltenggelamnyawarnapelangi

NOVEL BILA CINTA MILIK DIA karya SHARINA ELISA

Image
Bila Cinta Milik Dia - Sharina Elisa KarnaDya Publishing Sdn Bhd Akan Mula Dijual di Ekpo Buku Malaysia 2016 Harga: RM22 (EKSPO BUKU: RM17)  *** [Tawaran Istimewa Di Ekspo Buku Malaysia, PWTC. 14 Dis - 18 Dis 2016 (5hari sahaja)] Gadis genius secantik Rania tidak mengimpikan jejaka macho sebagai pelengkap hidup. Demi mencari cinta yang suci, dia menukar identiti menjadi gadis montel 130kg. Raqib, jejaka yang diminati Rania dalam diam bertindak mengherdik dan mencaci saban hari kerana bimbang gadis itu menyimpan rasa di hati. Adel Hauzan, doktor kosmetik muncul menawarkan peluang kepada Rania supaya mampu menjadi kurus dan jelita. Lima tahun Rania bersabar dengan kata-kata makian, dia jadi lelah dan mula membuat keputusan untuk menerima tawaran Adel Hauzan. Meski Raqib membenci, Rania tetap menjadi yang teristimewa di hati lima jejaka bersaudara. Kasih yang tulus itu meletakkan Rania sebagai yang teratas dalam carta hidup mereka. Sesiapa yang berani menyentuh si adik maka,...

NOVEL Bila Cinta Milik Dia

Image
Bakal muncul di pesta buku disember nanti, Insyaallah. Di bawah terbitan siapa, biarlah rahsia dulu  :p “Aucak!” usik Maliqi mengagah sebaik sahaja menguak daun  pintu bilik Rania. Terjerit kecil Rania dek terkejut. Mini skirt yang dipegang, tercampak ke atas lantai. Dia ketap gigi. ‘Inilah jadinya kalau terlupa nak kunci pintu. Iqi ni, memang suka betul aci sergah saja masuk ke dalam bilik! Tak beragak!’ monolognya tidak puas hati. Terbuntang Maliqi melihat gadis itu sedang mengemaskan pakaian. “Kau nak lari dari rumah ke?” Rania berpeluk tubuh dengan matanya mencerlung tajam. Tanda tidak suka lelaki itu pakai main serbu sahaja. “Boleh aku masuk?” tanya Maliqi meminta kebenaran. “Reti pulak nak minta kebenaran?” Maliqi ketawa kecil. Dia menyandarkan badannya ke muka pintu sambil berpeluk tubuh. “Sorry.” “Lain kali jangan serbu camtu. Mahunya aku menyeksi, kau pulak yang pengsan!” Maliqi tepuk dahi. Perempuan bernama Rania ni bukan ke yang sepatutnya rasa malu? “Dah ni...