Posts

Bab 8 Novel Couple 3 Suku

Image
INSYIRAH berjalan perlahan-lahan keluar dari perkarangan balai polis. Lengan t-shirt Aril dipegangnya dengan jemari yang masih terketar-ketar. Aril tumpah kasihan. Ikutkan hati, rasa macam mahu sahaja gadis itu didakap. Dipeluk agar ketakutan sedari tadi beransur tenang. “Cik!” Panggil Haris sedikit kuat. Insyirah pura-pura tidak dengar. Langkahnya dipercepat. Lengan baju Aril ditarik kuat agar mengekori langkahnya. “Encik Aril, tolong bawa saya cepat-cepat keluar dari sini. Saya tak nak tengok muka dia lagi,” rayunya berbaur tangisan. “Encik! Cik!” Panggil lelaki itu lagi. Aril menghentikan langkahnya. Wajah pucat dan lesu Insyirah ditatap penuh kasih. Insyirah menggeleng. Kelopak matanya dikerdip. “Percayakan saya,” pinta Aril seraya menghadap Haris yang semakin menghampiri. Dia pamer wajah tenang. “Apa hal, bro? Aku tak banyak cekadak cekodok pun dah cukup baik tau. Kau nak apa? Aku tak nak kau libatkan bak...

Bab 7 Novel Couple 3 Suku

Image
PULANG dari kerja macam ni, lepak di taman rekreasi bagus juga. Dapat hilangkan rasa penat. Tengok budak-budak bermain papan gelongsor, berkejar-kejaran dan macam-macam lagi memang boleh buat dia tersenyum sendiri. Kakinya menolak tanah, menghayun buaian. Fikirannya menerawang jauh. Teringatkan Aimi dan Abang Mikail. Rindu pada mereka. “You ingat I ni anak patung ke?” Suara jerkahan seseorang membuatkan kepalanya automatik berpaling. Dia nampak kelibat seorang lelaki dan dua orang gadis seperti sedang mendekatinya. “You dah silap, Haris. I dengan dia ni just kawan je. I pompuan dan dia pun pompuan. Takkan tergamak I!” Jerit gadis berbaju biru itu. Gadis berbaju ungu diam membisu. Sesekali ekor mata mengerling tidak puas hati ke arah lelaki bernama Haris itu. Insyirah mengeluh. Tak tahu malu ke mereka ni? Kulit mukanya pula yang terasa tebal apabila budak-budak yang sedang seronok bermain tercengang mendengar pertengkaran yang berlaku. Kedudukan mereka bertig...