Posts

Showing posts from October, 2012

Bukan Bisikan 7 & 8

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi *7* Lebam mata bundar itu akibat menangis. Comforter tebal masih lagi membaluti tubuhnya. Sudah lama air mata itu tidak mengalir keluar. Sudah terlalu lama dia menahannya. Dipandang lelaki durjana yang lena beradu disebelahnya. Kuat badannya dipeluk. Hendak melepaskan diri, dirinya sudah tidak berdaya. Badannya sudah terlalu lemah. Tersedu-sedan tangisannya. Terpisat-pisat Irfad Hakimi terjaga. Ketawa jahat memulakan bicara.  “Tidurlah. Bosan aku dengar sejak semalam kau menangis,” Mia Adlya buat tidak tahu. Malas menjawab atau memberi tindak balas. Benci dia dengan lelaki itu. Jika benar wujud benci dihati lelaki itu, kenapa dia diperlaku begini. Untuk apa? *8* Apa malangnya hidup aku? Dirogol suami sendiri berkali-kali .. Irfad Hakimi Taukah kau betapa diri ini bertambah benci .. Berhentilah dari ...

Bukan Bisikan 6

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi Perlukah aku diperlaku begini? Pulang dan keluar sesuka hati? Seumpama hotel, rumah ini .. Walau diri ini kau sakiti .. Masih wujud sisa cinta bersemi .. Nun jauh disudut hati .. Namun tegarkah aku? Terus bermukim didaerah sunyi .. Berenang di lautan sepi .. Tanpa sebarang melodi .. Bunyi pintu dihempas kuat memeranjatkan Mia Adyla. Leka benar jemarinya menari didada ‘lappy’. Wanita itu mengeluh. Dibuang segala rasa benci, marah, sedih dan segala berbaur jauh. Biar semuanya hilang selamanya. “Saya nak putuskan hubungan kita. Saya tak boleh kahwin dengan awak,” Irfad Hakimi pantas menoleh. Memandang tepat ke arah si gadis yang disayangi sepenuh hati. “Saya cintakan awak. Terlalu sayangkan awak. Kenapa saya tak boleh kahwini awak? Jadikan awak isteri saya yang sah. Yang saya boleh manjakan dan belai sepanjan...

Bukan Bisikan 5

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi Ke hulu ke hilir kakinya melangkah. Menyampah pula dengan suasana dunia. Bagai ketidakadilan menerjah hidupnya. Seakan bala memang ditakdir untuknya. Astaghfirullah ! Apa aku merepek ni? Cepat-cepat diri beristighfar. Leka benar dihasut syaitan berbisik. Pandangan dilempar ke arah jendela. Cuba mencari sinar ketenangan. Bayu lembut menghempas ke pipinya. Dingin. Nafas dihela keluar sambil ekor matanya melirik kasar. Gajet canggih ditangan. Sesaat. Naik lenguh jemarinya menekan redail . Panggilannya masih tidak disahut. Mia Adyla mengeluh. Dicampakkan badannya ke sofa. Kelopak matanya cuba dipejam celik – dipejam celik. Laptop Dell dihadapannya dipandang sepi. 20 tempahan gelang dan 30 tempahan keychain diterimanya. Terus dia memanjatkan syukur di atas rezeki yang diberikanNya. Meskipun, dia tidak berpelajaran tinggi, ...

Bukan Bisikan 4

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi Sudah tiga hari, Mia Adyla bermalam di rumah itu. Sudahlah hanya mereka berdua sahaja. Membuatkan bermacam-macam andaian dibenaknya. Ialah, bukannya dia kenal sangat dengan si empunya nama, Aiman Haikal. Memang jejaka itu nampak baik. Tutur katanya selalu dijaga. Seolah-olah otaknya menapis dahulu setiap perkataan yang meniti dibibir. Mia Adyla mengerling ke sekeliling. Huh! Warga kota! Masing-masing tak nak ambil peduli dengan apa yang berlaku sekeliling. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Bukannya seperti yang diamalkan oleh masyarkat pada zaman dahulu. “Saya nak balik!” sebaris ayat tanpa nada dilontar keluar. Matanya mengarah ke arah luar. Aiman Haikal yang sedang mencoret sesuatu di atas buku notanya mengalih tumpuan. Dipandang wajah nan ayu itu sesaat. Tumpah rasa simpati di situ. Mia Adyla alih pandangan. Ben...