Bukan Bisikan 14


Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi 


Ikram Hafiz mengeluh resah. Jiwa dan mindanya serabut amat. Rindu bersarang sarat. Ke hulu ke hilir langkah Ikram Hafiz digorak.
Rambutnya yang digel tegak diraup kusut. Bayangan si manis bertudung litup bermain-main di matanya. Resah  jiwanya kian dalam. Tiga hari matanya tidak menjamu wajah itu.
Iphone4nya dijeling. Ringan sahaja tangannya mencapainya. Kepalanya digeleng-gelengkan lalu diletakkan kembali gajet itu.
Ikram Hafiz menghempaskan badannya ke atas tilam rebond lapan incinya. Cuba melelapkan matanya yang langsung tidak mahu dibuai lena.
Arghh! Kenapa ni? Semuanya tak kena. Kenapa aku asyik ingat kat dia je ni?
Tak mampukah aku nak lupakan wajahnya walau sesaat?

Aiman Haikal termenung. Pintu kedainya sudah tiga hari direnung. Naik hairan Salina, pekerja kesayangannya memikirkan perangai majikannya itu. Dulu tidak begini. Sejak dua tiga hari ni, pelik benar tabiatnya.
Ah! Mungkin masih teringat perihal Mia Adyla. Wanita yang putih mulus. Begitu menarik walau berbungkus satu badan.
Awalnya, hatinya dicengkam cemburu melihat wanita itu. Mana tidaknya, Aiman Haikal yang digilakannya tertarik dengan isteri orang itu. Bukan dirinya yang masih belum disunting sesiapa.
Ah!
Cinta bukankah bermaksud menerima dan melepaskan? Bahagia pabila orang yang kita sayang turut bahagia?
Aiman Haikal menanti dan terus menanti. Kelibat si gadis idaman yang saban malam dibayangi masih jua tidak kelihatan.
Rindunya semakin parah. Lima tahun raut nan ayu itu didamba. Mengharap agar menjadi miliknya.
Mia Adyla ... tak nak datang sini?
“Abang Aiman!” jerit Salina geram.
“Hah?”
Terpinga-pinga jejaka itu dibuatnya.
Terkekeh Salina ketawa. “Huish! Terkejut abang tau! Hah! Ada apa?”
Tak delah. Sal pelik tengok abang. Pandang pintu tu macam nak telan. Kalau pintu tu ada nyawa, dah lama dia cabut lari. Takut tengok abang macam ni tau. Apa? Abang ingat tu Kak Mia erk?” gadis kecil molek itu menyakat.
Perasaan terhadap majikannya itu terpaksa dilupakan. Cukuplah sebagai pekerja dan majikan. Takkan dia mahu terhegeh-hegeh pada yang tak sudi!
Merah padam muka Aiman Haikal jadinya.
Amboi-amboi, budak ni!
“Sudahlah tu, abang! Kak Mia tu isteri orang!” peringat gadis itu.
“Dia dah bercerai!”
“Apa? Bercerai?”

“KELUAR!” jerit Tuan Fairus.
Berang Tuan Fairus!
Memetir lontaran suara. Bergema diruang tamu.
Datang mengundang bala!
Irfad Hakimi cepat-cepat melutut. Berharap agar dirinya dihulurkan simpati.
Daddy, saya hanya nak jumpa Mia .. saya ..,”
“Siapa daddy kau? Kau tak layak panggil aku daddy! Pergi!!” ditolak kasar lelaki itu.
Irfad Hakimi membatukan dirinya. Biarlah dirinya mahu disepak mahupun diterajang. Dia tidak kisah. Asalkan empunya nama Mia Adyla dapat ditemuinya itu sudah memadai.
Rindu amat menatap wajah yang pernah menemani dirinya saban malam. Dahulu. Rindu mendengar suara yang lunak manja walaupun balasan seakan teriakan gempita yang dilemparkannya. Bekas isterinya itu tetap patuh dan setia mengikut arahan.
Mia Adyla mengatur langkah. Anak-anak tangga dituruni tenang. Bosan sudah dengan drama yang berwayang. Bosan mendengar. Bosan melihat. Bosan segalanya.
“Hmm ... ada apa?” soal Mia Adyla tanpa riak.
Terperanjat Puan Nadia dan Tuan Fairus melihat. Sangkanya, anak tunggalnya itu sudah meluat untuk melihat raut wajah lelaki durjana itu.
“Mia!”
Terpaku Irfad Hakimi melihat. Wajah itu masih lagi cantik seperti dahulu. Makin berombak rasa dihati. Ingin merebut kembali hati insani.

Comments

Aida Sherry said…
siapa yg jadi pilihan Mia..... Aiman, Ikram or Irfad.....

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

SOUL & LIFE AFTER DEATH