Bukan Bisikan 16 & 17


Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi  

*16*

Aiman Haikal memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan. Resah memburu langkahnya. Masuk saat ini sudah berapa kali keluhan sama dilepaskan.
Ikram Hafiz?
Siapa kau, erk? Kau nak potong line aku ke?
Mana aku nak cari mamat ni??
Sejak semalam lenanya menjauh. Seakan memaksa otaknya berfikir. Mencari siapa empunya nama. Hatinya kurang senang. Terasa kali ini impian untuk memiliki wanita bernama Mia Adyla semakin menjauh.
Ah! Sukarnya mendekati wanita itu. Apatah lagi, memiliki hatinya.
            Mengiring tidak kena. Berbaringpun tidak kena. Rambutnya ditebak kasar ke belakang.
Rungsing!

“Bolehlah. Hari ni je. I rindu nak jumpa adik dan kakak,”
Merengek pula si Ikram Hafiz.
I rindu nak jumpa you jugak. Rindu nak tengok senyuman manis you tu. Cantik sangat.
Bisik hati kecilnya nakal.
“Ala, ciannya kat dia. .. I sibuk sekarang ni,” ujar Mia Adyla seraya tangannya lincah membelek helaian demi helaian dokumen syarikat yang baru sahaja diambil alih olehnya.
You sibuk apa? You duk kat banglo mewah parents you je, kan?”
Nada kecewa dilontarkan.
Mia Adyla senyum sendiri. “Taklah. I ambik alih syarikat daddy I. Daddy I kan makin lama, makin berusia, rasanya eloklah I pula yang ganti dia. Lagipun, daddy hanya ada I je nak tunggu si kembar tu lambat lagi,”
Seakan memujuk.
“ .... malam ni, temankan I, boleh? Kita keluar,” soalnya mengharap.
Mia geleng kepala perlahan. Gaya Ikram Hafiz duduk dihadapannya sahaja. Bagai boleh nampak reaksinya.
“Ikram, I ni mak orang. Rasanya tak elok kalau kita keluar berdua,”
“Apa susahnya? Bawak jelah sekali adik dan kakak. I boleh jumpa dia. Ala, macam satu family la. I, you, anak-anak .. siapa tahu ..,”
Matanya dikenyit nakal.
“Ikram ... please ... I tak suka you buat lawak camni,”
Mia Adyla menegur. Kurang senang.
Okay .. okay .. I’m sorry ... but please ... just for tonight. I nak jumpa you. Nak jumpa anak-anak you. I rindukan dorang. Yelah, dari kecil I tengok mereka. Mereka dah macam anak-anak I sendiri je. Tiap-tiap minggu kita keluar ...,”
“Ikram, itu di Australia. Sekarang, Malaysia,”
“Tapi sama je kan? Kita berempat jugak!”
“Alahai, susahnya I nak bercakap dengan si doktor bermata empat ni,”
“Amboi-amboi, sempat lagi mengutuk I !”
“Ala, tak pelah ! Mata empatpun hensem apa,” ringan sahaja bibir itu memuji.
Melebar senyuman Ikram Hafiz dipuji disebegitu.
“I tahu kalau you tak puji sekalipun,”
“ Uit, tak baik riak!”
Ikram Hafiz ketawa kecil. “You ni tetap nakal macam dulu. So, malam ni kita jumpa okey? Bolehlah. .. pleaseee,”
“Hmm ...,”
Pleaseeee,”
“Lepas Isya’ jemput I kat rumah. Dapat permission daripada parents I, baru I keluar,” ujarnya seraya talian dimatikan.


*17*
Sepanjang perjalanan, Ikram Hafiz tersengih. Menampakkan barisan giginya yang memutih.
Ee .. mengada-ngada la pulak! Cabut gigi tu kang. Tahulah gigi tu putih cam beruang kutub dalam iklan ubat gigi Fresh & White. Tak yah nak menunjuk-nunjuk.
            “See?” soal Ikram Hafiz tiba-tiba. Mia Adyla yang sedang leka menyuap makanan ke dalam mulut kecil si kembar menjungkit kening. Tidak mengerti apa-apa.
See what?” soalnya kembali. Ringkas.
“Yelah, Your daddy dengan mudah je bagi I bawak keluar anak tunggal dia ni, hah,”

“IC mana?”
Tuan Fairus menyoal serius.
Tercengang Ikram Hafiz.
“Uncle nak buat apa dengan IC saya?”
“Bak sini. Uncle nak tengok,”
Dalam ragu, diberi jua.
“Hmm,”gumam Tuan Fairus seraya mengangguk-anggukkan kepalanya.
Berkerut dahi Ikram Hafiz.
Saya nak bawak anak dan cucu-cucu uncle keluar makan je. Bukannya, saya nak culik. Tapi kalau uncle benarkan, confirm! Dengan rela hati saya bawak lari anak cucu uncle.
Senyum lebar dalam hati. Nakal!
“Nombor telefon?”
“Hah?”
“Nombor telefon kamu mana? Bagi kat uncle,”
“Oh! 012-xxxxxxx .. uncle nak buat apa?”
“Manalah tau apa-apa berlaku kat anak uncle, kamulah orang yang uncle cari,”
Telan liur Ikram Hafiz.
Adess! Uncle, tiap-tiap minggu saya bawak anak cucu uncle keluar. Tak pernah saya layan mereka dengan buruk. Tak pernah terniat di hati saya nak buat tak elok kat mereka. Saya sayangkan mereka. Even, sentuh tangan anak unclepun tak pernah. Kalau cucu-cucu uncle tu biasalah.
“Oh!”
“Oh je?”
“Dah tu? Nak suruh I jawab apa?”
“Yelah, daddy you macam percaya kat I, je?”
Malu ni kalau you tahu I kena siasat sebelum bawa dia keluar. Sakan digelaknya.
“Hmm .. I story kesemua yang berlaku. Dari A-Z. Kenapa I tinggalkan Malaysia ni? Kehidupan I kat Australia sana tu. Macammana I boleh jumpa you? and semuanyalah. Malas I nak cerita. Nanti, kembang semangkuk you tu,”
Ikram Hafiz tersengih.
Sup bebola ketam dihirupnya perlahan. Matanya melirik senang ke arah Mia Adyla dan anak-anak. Sikap keibuan yang ditunjukkan mengugat kestabilan denyutan nadinya.
Semakin kuat keinginan untuk memperisterikan empunya nama Mia Adyla.
You tahu?”
“Tahu apa?”
I rasa I dah jumpa orang yang layak jadi isteri I,”
Mia Adyla meneruskan suapan ke mulut si kecil. Bibirnya mengukir senyuman. “Baguslah macam tu. Siapa gadis tu. Boleh I jumpa,” ujarnya teruja.
Ikram Hafiz senyum bersahaja.
Ketawa nakal di dalam hati.
“Satu hari nanti, I akan bagitahu kat you sapa perempuan bertuah tu. I suka cara dia. I suka tengok wajahnya. I suka tengok dia senyum. Cair I dibuatnya,”
“Jiwanglah you ni! Huh!”
Terkekeh Ikram Hafiz ketawa.
Intan Safira dan Intan Dania yang langsung tidak memahami apa-apa sekadar membisu.
“Mama, adik dah kenyang,” Intan Dania bersuara.
“Kakakpun dah kenyang,” Intan Safira mengikut.
Ikram Hafiz mencuit dagu si kembar cilik. Senyuman manis diukir buat kanak-kanak itu. “ Adik dan kakak ni, kalau kenyang ke lapar ke nak tidur ke, semua nak berdua saja,”
“Yela, uncle. Mama kata kami kembar. Jadi, apa yang adik rasa, kakak akan rasa,”
“Kembar tu apa, kakak? Kembar tu apa, mama? Kembar tu apa, uncle?” Intan Dania menyoal.
Mia Adyla tarik sengih.
Adoi, anak-anak aku ni! Banyak mulut betul.
“Kembar ni macam kitalah, adik. Mama kata kita kembar. Adik dan kakak keluar dari perut mama pada hari yang sama. Tengok, muka adik dan muka kakakpun sama. Cuma, kakak dari comel dari adik,” si kakak mengusik lagi.
Pantang benar ada peluang.
Si adik mencebik manja. “Kakak, atuk kata tak baik bangga diri. Atuk kata, dosa. Lagipun muka adik tak sama macam muka kakaklah!”
“Yela-yela. Kakak salah. Kakak main-main je, adik. Kan, mama?”
Soal Intan Safira seraya memandang ibu mereka.
Mia Adyla senyum seraya mengangguk-anggukan kepalanya.
            Tergamam Irfad Hakimi tatkala melangkah masuk ke dalam restoren itu. Gelagat mesra seakan keluarga mengugat dirinya.
Anak-anak aku!! Kenapa kau??
Rasa cemburu mencengkam. Sepatutnya dia yang berada disitu. Bukannya si kaca mata empat itu!
Terus kakinya dihala ke arah meja Mia Adyla.
“Seronok makan?” soal Irfad Hakimi cemburu.
Dipandang sinis ke arah jejaka yang tampak santai dengan jeans hitam dan t-shirt biru gelap.
Mia Adyla menjeling kasar. Bosan melihat tetamu yang tak diundang.
Menyemak suasana!
“Pak cik?” Intan Safira menjerit nyaring.
Malu Irfad Hakimi jadinya apabila semua orang memandang ke arahnya. Ditambah-tambah pula dengan aksi Intan Safira yang sedang menghala jari telunjuk ke arahnya.
Mia Adyla buat tidak peduli. Malas mahu mengambil peduli. Di sua sudu berisi kari ke dalam mulutnya.
Enaknya mi kari tiada rasanya bila Irfad Hakimi mendekat.
Huh!
Ikram Hafiz jungkit kening ke arah Mia Adyla. Berdehem Mia sebelum bersuara. “Ikram, perkenalkan bekas kawan seuniversiti I dulu. I dah lupa apa nama dia. Nama you apa, erk?” soal Mia Adyla bodoh.
Intan Safira berdiri. Dipusing ke sekeliling meja. Duduk sebelah Ikram Hafiz. Lengan Ikram Hafiz dipeluk.
Irfad Hakimi geram. Rasa tercabar.
Seakan anak kecil itu sengaja mengejeknya.
Uncle! Pak cik nilah yang kakak bagitahu semalam. Dia datang ke rumah. Buat mama marah sampai mama pukul dia. Dia ..,”
Terus pipi si kecil itu dicengkam kuat Irfad Hakimi tanpa sedar. Geram mendengar bicara si kecil bermulut murai.
Terperanjat semua di meja itu jadinya. Menjerit Mia Adyla. “Lepaskan dia, Irfad!! Kau gila ke??”
Cepat-cepat, Ikram Hafiz mengilas tangan Irfad Hakimi ke belakang. Berani benar dia memperlaku anak kecil begitu.
Terjerit Irfad Hakimi. Mengaduh kesakitan.
Sepantas kilat, pipi Intan Safira digosok-gosok. “Kakak tak apa-apa, mama. Kakak tahu, pak cik jahat!” tergeleng-geleng kepala si kecil berceloteh. Mia Adyla memeluk si kembar. Tahu anak kecil itu menahan sakit.
Mata Intan Dania bergenang. “Mama, adik takut. Pak cik jahat,”
“Shhh .. jangan nangis sayang,” Mia Adyla memujuk.
Tiada perikemanusiankah?
Terus muka lelaki itu ditumbuknya kuat.
Tersembur sebatang gigi Irfad Hakimi. Mengerang sakit lelaki itu.
“Berambus kau dari sini!! Aku tengok muka kau lagi, siap kau aku kerjakan!!” berombak dadanya berang.


Comments

jesse said…
bestttt3x... (^^,)v
Aida Sherry said…
ya Allah.... kenapa teruk sgt peragai si irfad tu......
Aida Sherry said…
ya Allah.... kenapa teruk sgt peragai si irfad tu......
Unknown said…
sy friend dgn penulis novel ny kt fb!..huhu ^^V

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

SOUL & LIFE AFTER DEATH