Bukan Bisikan 16 & 17
Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi
*16*
Aiman Haikal memusingkan badannya ke kiri dan ke
kanan. Resah memburu langkahnya. Masuk saat ini sudah berapa kali keluhan sama
dilepaskan.
Ikram
Hafiz?
Siapa
kau, erk? Kau nak potong line aku ke?
Mana
aku nak cari mamat ni??
Sejak
semalam lenanya menjauh. Seakan memaksa otaknya berfikir. Mencari siapa empunya
nama. Hatinya kurang senang. Terasa kali ini impian untuk memiliki wanita
bernama Mia Adyla semakin menjauh.
Ah! Sukarnya mendekati wanita itu. Apatah lagi, memiliki hatinya.
Mengiring tidak kena. Berbaringpun
tidak kena. Rambutnya ditebak kasar ke belakang.
Rungsing!
“Bolehlah. Hari ni je. I rindu nak
jumpa adik dan kakak,”
Merengek
pula si Ikram Hafiz.
I
rindu nak jumpa you jugak. Rindu nak
tengok senyuman manis you tu. Cantik
sangat.
Bisik
hati kecilnya nakal.
“Ala, ciannya kat dia. .. I sibuk
sekarang ni,” ujar Mia Adyla seraya tangannya lincah membelek helaian demi
helaian dokumen syarikat yang baru sahaja diambil alih olehnya.
“You sibuk apa? You duk kat banglo mewah parents
you je, kan?”
Nada
kecewa dilontarkan.
Mia
Adyla senyum sendiri. “Taklah. I ambik alih syarikat daddy I. Daddy I kan
makin lama, makin berusia, rasanya eloklah I
pula yang ganti dia. Lagipun, daddy
hanya ada I je nak tunggu si kembar
tu lambat lagi,”
Seakan
memujuk.
“
.... malam ni, temankan I, boleh?
Kita keluar,” soalnya mengharap.
Mia
geleng kepala perlahan. Gaya Ikram Hafiz duduk dihadapannya sahaja. Bagai boleh
nampak reaksinya.
“Ikram, I ni mak orang. Rasanya tak
elok kalau kita keluar berdua,”
“Apa susahnya? Bawak jelah sekali adik dan kakak. I boleh jumpa dia. Ala, macam satu family la. I, you, anak-anak .. siapa tahu ..,”
Matanya
dikenyit nakal.
“Ikram ... please ... I tak suka you buat lawak camni,”
Mia
Adyla menegur. Kurang senang.
“Okay .. okay .. I’m sorry ... but please
... just for tonight. I nak jumpa
you. Nak jumpa anak-anak you. I
rindukan dorang. Yelah, dari kecil I
tengok mereka. Mereka dah macam anak-anak I
sendiri je. Tiap-tiap minggu kita keluar ...,”
“Ikram, itu di Australia. Sekarang, Malaysia,”
“Tapi sama je kan? Kita berempat jugak!”
“Alahai, susahnya I nak bercakap
dengan si doktor bermata empat ni,”
“Amboi-amboi, sempat lagi mengutuk I
!”
“Ala, tak pelah ! Mata empatpun hensem apa,” ringan sahaja bibir itu memuji.
Melebar
senyuman Ikram Hafiz dipuji disebegitu.
“I tahu kalau you tak puji sekalipun,”
“
Uit, tak baik riak!”
Ikram
Hafiz ketawa kecil. “You ni tetap
nakal macam dulu. So, malam ni kita
jumpa okey? Bolehlah. .. pleaseee,”
“Hmm ...,”
“Pleaseeee,”
“Lepas Isya’ jemput I kat rumah. Dapat
permission daripada parents I, baru I keluar,”
ujarnya seraya talian dimatikan.
*17*
Sepanjang
perjalanan, Ikram Hafiz tersengih. Menampakkan barisan giginya yang memutih.
Ee
.. mengada-ngada la pulak! Cabut gigi tu kang. Tahulah gigi tu putih cam
beruang kutub dalam iklan ubat gigi Fresh & White. Tak yah nak
menunjuk-nunjuk.
“See?” soal Ikram Hafiz tiba-tiba. Mia Adyla yang sedang leka
menyuap makanan ke dalam mulut kecil si kembar menjungkit kening. Tidak
mengerti apa-apa.
“See what?” soalnya kembali. Ringkas.
“Yelah, Your daddy dengan mudah je
bagi I bawak keluar anak tunggal dia
ni, hah,”
“IC mana?”
Tuan Fairus menyoal
serius.
Tercengang Ikram Hafiz.
“Uncle nak buat apa
dengan IC saya?”
“Bak sini. Uncle nak
tengok,”
Dalam ragu, diberi jua.
“Hmm,”gumam Tuan
Fairus seraya mengangguk-anggukkan kepalanya.
Berkerut dahi Ikram
Hafiz.
Saya nak bawak anak dan
cucu-cucu uncle keluar makan je. Bukannya, saya nak culik. Tapi kalau uncle
benarkan, confirm! Dengan rela hati saya bawak lari anak cucu uncle.
Senyum lebar dalam
hati. Nakal!
“Nombor telefon?”
“Hah?”
“Nombor telefon kamu
mana? Bagi kat uncle,”
“Oh! 012-xxxxxxx ..
uncle nak buat apa?”
“Manalah tau apa-apa
berlaku kat anak uncle, kamulah orang yang uncle cari,”
Telan liur Ikram Hafiz.
Adess! Uncle,
tiap-tiap minggu saya bawak anak cucu uncle keluar. Tak pernah saya layan
mereka dengan buruk. Tak pernah terniat di hati saya nak buat tak elok kat
mereka. Saya sayangkan mereka. Even, sentuh tangan anak unclepun tak pernah.
Kalau cucu-cucu uncle tu biasalah.
“Oh!”
“Oh je?”
“Dah tu? Nak suruh I jawab apa?”
“Yelah, daddy you macam percaya kat I, je?”
Malu
ni kalau you tahu I kena siasat sebelum bawa dia keluar.
Sakan digelaknya.
“Hmm .. I story kesemua yang berlaku. Dari A-Z. Kenapa I tinggalkan Malaysia ni? Kehidupan I kat Australia sana tu. Macammana I boleh jumpa you? and semuanyalah. Malas I nak cerita. Nanti, kembang semangkuk you tu,”
Ikram
Hafiz tersengih.
Sup
bebola ketam dihirupnya perlahan. Matanya melirik senang ke arah Mia Adyla dan
anak-anak. Sikap keibuan yang ditunjukkan mengugat kestabilan denyutan nadinya.
Semakin
kuat keinginan untuk memperisterikan empunya nama Mia Adyla.
“You tahu?”
“Tahu apa?”
“I rasa I dah jumpa orang yang layak jadi isteri I,”
Mia
Adyla meneruskan suapan ke mulut si kecil. Bibirnya mengukir senyuman. “Baguslah macam tu. Siapa gadis tu. Boleh I
jumpa,” ujarnya teruja.
Ikram
Hafiz senyum bersahaja.
Ketawa
nakal di dalam hati.
“Satu hari nanti, I akan bagitahu kat you sapa perempuan bertuah tu. I suka cara dia. I suka tengok wajahnya. I
suka tengok dia senyum. Cair I dibuatnya,”
“Jiwanglah you ni! Huh!”
Terkekeh
Ikram Hafiz ketawa.
Intan
Safira dan Intan Dania yang langsung tidak memahami apa-apa sekadar membisu.
“Mama, adik dah kenyang,” Intan Dania bersuara.
“Kakakpun dah kenyang,” Intan Safira mengikut.
Ikram
Hafiz mencuit dagu si kembar cilik. Senyuman manis diukir buat kanak-kanak itu.
“ Adik dan kakak ni, kalau kenyang ke lapar ke nak tidur ke, semua nak berdua
saja,”
“Yela, uncle. Mama kata kami kembar.
Jadi, apa yang adik rasa, kakak akan rasa,”
“Kembar tu apa, kakak? Kembar tu apa, mama? Kembar tu apa, uncle?” Intan Dania menyoal.
Mia
Adyla tarik sengih.
Adoi,
anak-anak aku ni! Banyak mulut betul.
“Kembar ni macam kitalah, adik. Mama kata kita kembar. Adik dan kakak keluar
dari perut mama pada hari yang sama. Tengok, muka adik dan muka kakakpun sama.
Cuma, kakak dari comel dari adik,” si kakak mengusik lagi.
Pantang
benar ada peluang.
Si
adik mencebik manja. “Kakak, atuk kata tak baik bangga diri. Atuk kata, dosa.
Lagipun muka adik tak sama macam muka kakaklah!”
“Yela-yela. Kakak salah. Kakak main-main je, adik. Kan, mama?”
Soal
Intan Safira seraya memandang ibu mereka.
Mia
Adyla senyum seraya mengangguk-anggukan kepalanya.
Tergamam Irfad Hakimi tatkala
melangkah masuk ke dalam restoren itu. Gelagat mesra seakan keluarga mengugat
dirinya.
Anak-anak
aku!! Kenapa kau??
Rasa
cemburu mencengkam. Sepatutnya dia yang berada disitu. Bukannya si kaca mata
empat itu!
Terus
kakinya dihala ke arah meja Mia Adyla.
“Seronok makan?” soal Irfad Hakimi cemburu.
Dipandang
sinis ke arah jejaka yang tampak santai dengan jeans hitam dan t-shirt biru
gelap.
Mia
Adyla menjeling kasar. Bosan melihat tetamu yang tak diundang.
Menyemak
suasana!
“Pak cik?” Intan Safira menjerit nyaring.
Malu
Irfad Hakimi jadinya apabila semua orang memandang ke arahnya. Ditambah-tambah
pula dengan aksi Intan Safira yang sedang menghala jari telunjuk ke arahnya.
Mia
Adyla buat tidak peduli. Malas mahu mengambil peduli. Di sua sudu berisi kari
ke dalam mulutnya.
Enaknya
mi kari tiada rasanya bila Irfad Hakimi mendekat.
Huh!
Ikram
Hafiz jungkit kening ke arah Mia Adyla. Berdehem Mia sebelum bersuara. “Ikram,
perkenalkan bekas kawan seuniversiti I
dulu. I dah lupa apa nama dia. Nama you apa, erk?” soal Mia Adyla bodoh.
Intan
Safira berdiri. Dipusing ke sekeliling meja. Duduk sebelah Ikram Hafiz. Lengan
Ikram Hafiz dipeluk.
Irfad
Hakimi geram. Rasa tercabar.
Seakan
anak kecil itu sengaja mengejeknya.
“Uncle! Pak cik nilah yang kakak
bagitahu semalam. Dia datang ke rumah. Buat mama marah sampai mama pukul dia.
Dia ..,”
Terus
pipi si kecil itu dicengkam kuat Irfad Hakimi tanpa sedar. Geram mendengar
bicara si kecil bermulut murai.
Terperanjat
semua di meja itu jadinya. Menjerit Mia Adyla. “Lepaskan dia, Irfad!! Kau
gila ke??”
Cepat-cepat,
Ikram Hafiz mengilas tangan Irfad Hakimi ke belakang. Berani benar dia
memperlaku anak kecil begitu.
Terjerit
Irfad Hakimi. Mengaduh kesakitan.
Sepantas
kilat, pipi Intan Safira digosok-gosok. “Kakak tak apa-apa, mama. Kakak tahu,
pak cik jahat!” tergeleng-geleng kepala si kecil berceloteh. Mia Adyla memeluk
si kembar. Tahu anak kecil itu menahan sakit.
Mata
Intan Dania bergenang. “Mama, adik takut. Pak cik jahat,”
“Shhh .. jangan nangis sayang,” Mia Adyla memujuk.
Tiada
perikemanusiankah?
Terus
muka lelaki itu ditumbuknya kuat.
Tersembur
sebatang gigi Irfad Hakimi. Mengerang sakit lelaki itu.
“Berambus kau dari sini!! Aku tengok muka kau lagi, siap kau aku kerjakan!!”
berombak dadanya berang.
Comments