Posts

Bab 9 Novel Couple 3 Suku

Image
SUDAH tiga hari dia tidak menerima apa-apa perkhabaran daripada Insyirah. Gadis itu bagaikan menyepi terus. Telefon tak dijawab. SMS mahupun Whatsapp tak dibalas. Dia jadi walang. Kalaulah Aimi masih bekerja dengannya, bolehlah dibawa wanita itu temankan dia melawat Insyirah. Sekarang, wanita itu sudah berhenti kerja. Hendak dibawa staf wanita yang lain bimbang kecoh jadinya. Maklumlah, semuanya kaki kepoh. Asyik bergosip tak tahu hujung pangkal. ~~~ INSYIRAH terbaring lemah di atas katil. Badannya terasa sejuk amat. Kepala pening. Tekaknya mual. Hendak berdiri pun dia tidak larat. Apatah lagi hendak pergi bekerja. Insyirah mengeluh lemah. Kalaulah Encik Yusri dan Puan Yusra ada tentu tidak jadi masalah. Tentu dirinya dimanjai dan diberikan perhatian bagai anak kecil. Inilah yang selalu Nek Natipah risaukan. Bimbang dirinya ditinggalkan bersendirian. Kalaulah Nek Natipah mahupun Atuk Adnan dapat ahu dia sakit terlantar tanpa mommy dan daddy di sisi tentu teruk mereka memb...

Bab 8 Novel Couple 3 Suku

Image
INSYIRAH berjalan perlahan-lahan keluar dari perkarangan balai polis. Lengan t-shirt Aril dipegangnya dengan jemari yang masih terketar-ketar. Aril tumpah kasihan. Ikutkan hati, rasa macam mahu sahaja gadis itu didakap. Dipeluk agar ketakutan sedari tadi beransur tenang. “Cik!” Panggil Haris sedikit kuat. Insyirah pura-pura tidak dengar. Langkahnya dipercepat. Lengan baju Aril ditarik kuat agar mengekori langkahnya. “Encik Aril, tolong bawa saya cepat-cepat keluar dari sini. Saya tak nak tengok muka dia lagi,” rayunya berbaur tangisan. “Encik! Cik!” Panggil lelaki itu lagi. Aril menghentikan langkahnya. Wajah pucat dan lesu Insyirah ditatap penuh kasih. Insyirah menggeleng. Kelopak matanya dikerdip. “Percayakan saya,” pinta Aril seraya menghadap Haris yang semakin menghampiri. Dia pamer wajah tenang. “Apa hal, bro? Aku tak banyak cekadak cekodok pun dah cukup baik tau. Kau nak apa? Aku tak nak kau libatkan bak...

Bab 7 Novel Couple 3 Suku

Image
PULANG dari kerja macam ni, lepak di taman rekreasi bagus juga. Dapat hilangkan rasa penat. Tengok budak-budak bermain papan gelongsor, berkejar-kejaran dan macam-macam lagi memang boleh buat dia tersenyum sendiri. Kakinya menolak tanah, menghayun buaian. Fikirannya menerawang jauh. Teringatkan Aimi dan Abang Mikail. Rindu pada mereka. “You ingat I ni anak patung ke?” Suara jerkahan seseorang membuatkan kepalanya automatik berpaling. Dia nampak kelibat seorang lelaki dan dua orang gadis seperti sedang mendekatinya. “You dah silap, Haris. I dengan dia ni just kawan je. I pompuan dan dia pun pompuan. Takkan tergamak I!” Jerit gadis berbaju biru itu. Gadis berbaju ungu diam membisu. Sesekali ekor mata mengerling tidak puas hati ke arah lelaki bernama Haris itu. Insyirah mengeluh. Tak tahu malu ke mereka ni? Kulit mukanya pula yang terasa tebal apabila budak-budak yang sedang seronok bermain tercengang mendengar pertengkaran yang berlaku. Kedudukan mereka bertig...