Posts

MagicBean 21 - KEKAL ABADI

Image
Next baby di bawah terbitan Kadokawa Gempak Starz  😍 😉   Siapa pernah baca light novel Apa Jadi Dengan Sekolah Kita? Ingat lagi tak Sandra, Wildan dan Rafael? Serta Delina dan Sera dari naskah Delina, Aku Antropomorfik? Haa, temui mereka dalam naskah KEKAL ABADI Tak pernah baca? Tak pernah dengar? Jangan risau. Korang takkan keliru pun kalau belum pernah baca Apa Jadi Dengan Sekolah Kita mahupun Delina, Aku Antropomorfik. Tapi kalau korang dah baca kedua-duanya, lagi awesome   😁 😍 😍

Novel "My Best Buddy" karya Sharina Elisa

Image
Buku "My Best Buddy" baru sahaja keluar dari oven. Panas! Sebuah kisah bertemakan persahabatan. 😉😉😉 😝 buku ni dah masuk stor lunch tadi. Sesiapa yang nak beli boleh bagitahu saya ya. Sabah ke Sarawak ke semenanjung ke, I bagi harga sama. RM 10 ya 😉 tapi postage berbeza ya RM 7|RM10 ya 😍😍 Teaser:  “Tak, Koci! Awak tak faham! Kulit saya ni, hitam. Hodoh. Hingga semua orang tak nak kawan dengan saya. Saya tak cantik macam orang lain. Adik saya sendiri pun, si Mila tu… jijik nak tengok saya. Mereka semua berkulit cerah. Saya ni macam anak tiri. Macam arang!” Koci menutup tudung bekas makanan. Kepalanya diangkat lalu matanya memanah tepat ke arah alis lentik milik Yaya. “Awak tahu… Awak sebenarnya cantik, Yaya. Tapi… awak tak pernah sedar dan orang lain tak berpeluang melihat kecantikan awak. Awak punya budi bahasa yang cantik. Biarlah adik awak sendiri hina awak, asalkan awak percaya pada diri sendiri. Awak ada apa yang orang lain tak ada. Awak budak pandai, ...

Hanya Aku!

Image
Cukuplah kalau aku perkenal diri aku sebagai Riz. Hidup aku tak best macam orang lain. Tanyalah pada sesapapun, takkan ada yang sanggup hidup sebagai aku. Sumpah! Aku rela mati daripada terus bernyawa. Suka hati kau nak cakap aku ni iman cetek ke tak de iman. Kau ingat, aku heran? Aku bukan kera sumbang tapi aku sebatang kera! Ceiit, sebatang kara. Typo! Ye... Aku tak de sesapa kat dunia aku. Hanya aku je walaupun aku sebenarnya ada abang. Tapi dia ada dengan tak de, same je. Sebab dia dah lama buang aku. Gila kau? Aku habis je SPM, aku balik rumah, aku tengok barang-barang aku dia campak kat luar rumah? Aku ingat dia bergurau. Kau tahu? Dia heret aku sampai ke luar pagar? Allah! Abang ke apa ni? Dia buang aku dalam hidup dia tanpa sedikit pun belas. Umur 17 tahun macam ni, apa je yang aku boleh buat? Kau tak tahu apa yang aku dah lalui selama ni. Kau takkan pernah faham penderitaan aku.  Mujur ada Mai dan Sara. Kalau mereka tak de, sape nak teman hidup aku? Ah, malaslah a...

Layari laman facebook page Hanya Aku

Sesapa yang nak baca 10 bab awal novel Hanya Aku, boleh follow page Hanya Aku sebuah karya Sharina Elisa Sehari secoet teaser. Salam sayang kepada semua yang sudi memberikan sokongan kepada saya selama ini

Order Hanya Aku sudah dibuka!

Image
ORDER SUDAHPUN DIBUKA 🔥 DISKAUN RM3 🔥 FREE POSTAGE 🔥 . Tajuk: Hanya Aku Penulis: Sharina Elisa Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-78-6 Halaman : 576 Harga: RM24.00 (Semenanjung) // RM27.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Februari 2019 PEMBELIAN MELALUI SENANGPAY (ONLINE BANKING) Sila klik link di bawah mengikut kawasan anda⤵️ . 🐝SEMENANJUNG https://app.senangpay.my/payment/155105879991 . 🐝SABAH & SARAWAK https://app.senangpay.my/payment/155105880557 . KLIK link di bawah untuk sebarang pertanyaan ⤵️ Makcik Karyaseni m.me/karyaseni.my ****************** RIZ… Aku suka conteng muka orang. Conteng-conteng sampai hasil dia gempak. Tapi ramai orang tak percayakan aku. Kalau bukan kerana Mai, member aku yang ayu plus comel tu, confirm butik pengantin kami ni akan lingkup. Rakyat Malaysia ni kolot ke apa? Mereka ingat aku ni tomboi, tak reti nak bagi impak kebabom? Sekali aku mekap muka dia orang, meleleh air liur tak percaya. Itulah, jangan judge...

Hanya Aku, bakal di pasaran!

Image
“Adik, jangan degillah! Along dah cukup rendahkan ego along. Tak boleh ke kau campak ego kau tu?” Telinga Jae merah dek marah.  Airiz mematikan langkah. Terasa mahu meletup dadanya mendengar tuduhan Jae. “Aku dah lupa ego tu macam mana bila aku pernah selongkar tong sampah di tepi kedai-kedai makan semata-mata untuk mengisi perut. Along, pernah tak kau fikir walau sekali aje pun, macam mana aku ni...” Airiz menekan dadanya menahan rasa sakit dalam hati. “Macam mana aku ni hidup selepas kematian arwah angah? Pernah tak kau fikir, kat mana aku tinggal? Kau tak fikir pun semua tu, along! Kau tak peduli pun soal aku! Aku tahu la! Yang kau memang dah buang aku lama daripada hidup kau. Jadi, aku ni tak naklah bebankan hidup kau dengan memaksa kau terima aku. Relakslah, aku bukannya budak kecik macam dulu lagi.” Airiz senyum melihat riak terperanjat kedua-dua lelaki itu. “Tak payah terkejut sangat. Tu tak struggle lagi. Kau tak ada masa aku hampir-hampir ‘dijual’ bila mana...

Terbitan Februari!

Image
TEASER NOVEL FEBRUARI 🔥 . "One of the happiest moments ever is when you find the courage to let go of what you can't change." . Nantikan sebuah kisah suka duka yang bertemakan perjuangan wanita dalam melupakan kisah-kisah lampau yang kadang-kadang mampu menewaskan kewarasan akal. . #karyaseni #penulisan2u #novelfebruari #roadtoPBAKL #akandatang