Bukan Bisikan 7 & 8


Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi


*7*
Lebam mata bundar itu akibat menangis.
Comforter tebal masih lagi membaluti tubuhnya. Sudah lama air mata itu tidak mengalir keluar. Sudah terlalu lama dia menahannya.
Dipandang lelaki durjana yang lena beradu disebelahnya. Kuat badannya dipeluk. Hendak melepaskan diri, dirinya sudah tidak berdaya. Badannya sudah terlalu lemah.
Tersedu-sedan tangisannya.
Terpisat-pisat Irfad Hakimi terjaga.
Ketawa jahat memulakan bicara. 
“Tidurlah. Bosan aku dengar sejak semalam kau menangis,”
Mia Adlya buat tidak tahu. Malas menjawab atau memberi tindak balas. Benci dia dengan lelaki itu.
Jika benar wujud benci dihati lelaki itu, kenapa dia diperlaku begini. Untuk apa?




*8*

Apa malangnya hidup aku?
Dirogol suami sendiri berkali-kali ..

Irfad Hakimi
Taukah kau betapa diri ini bertambah benci ..
Berhentilah dari menyakitiku lagi ..


Aiman Haikal muram sahaja. Dagunya di tongkat di meja kaunter. Sudah dua minggu, wanita itu tidak menjejakkan kaki ke kedai miliknya.
Terus jemari kasarnya menari-nari didada lappy.
 Astaghfirullah! Ya Allah, apa kau dah buat ni sial!
Kau buat isteri kau macam .. macam ...
Ya Allah!
Diraut mukanya berkali-kali. Tiada bicara yang mampu diungkapnya keluar. Apakah dosa yang Mia Adyla lakukan sehingga dilayan tak ubah seperti binatang? Jantan syaitan!!
Bergegar mejanya ditumbuk tenaga amukan. Bengang dengan tindakan tak berperikemanusian.


Mia Adyla mengeluh. Entah untuk kali ke berapa. Berjalan selangkah dua, badannya sudah dijemput rasa penat. Amat. Tanpa sebab. Dipusing badannya ke cermin solek. Sedikit berisi. Walhal, seleranya mati kebelakangan ini.
Rambut yang sejak tadi dilepas, disanggul.
Dia tekad. Petang ini, dia harus keluar dari rumah ni. Biar apapun berlaku. Kehidupan baru harus dimulakan. Babak-babak luka yang bermain sandiwara harus ditamatkan segera.
Dia bukannya pelakon air mata yang perlu mendera matanya membengkak. Cepat-cepat, barang-barangnya dipackingkan. Disusun-susun ke dalam bagasi kecilnya.
Tekaknya terasa mual. Entah kenapa dia tidak sedap badan. Berlari dia menuju ke bilik air. Terus segala apa yang dimakannya dikeluarkan semula.
Kepalanya mulai pening. Berpusing-pusing bagai baru sahaja turun dari roller-coaster. Didongak mukanya. Menghadap cermin di singki. Pucat amat. Diraba pipi mulusnya.
Kenapa dengan aku ni?
Berdebar!

Selamat tinggal malaysia ...
Petang ini kisah terceritera tamat adanya  ...
Biar semuanya kekal rahsia ..
Nantikan kehadiranku Australia ..

Peritku lalui .. atas nama cinta yang sia-sia ...

Cinta ..... sebenarnya wujudkah ia untuk selamanya ..
Adakah cinta itu hanya rasa sementara ...





Comments

kak ida said…
perlarian ..kalau itu sahaja yg dpt membahagiakan dirimu..dari cengkaman suami yg tidak berperi kemanusian ..dan sekiranya benar yg dia sedang mengandungkan anak buat suami yg membenci dirinya..akan digagahinya untuk melahirkan dan menyanyangi anaknya itu kelak tanpa rasa benci pada zuriatnya walaupun hatinya telah menjadi keras terhadap sikap suaminya..tapi adakah dia membenci suaminya..kerana deep down inside her hearts..she knows that it's not her hubby fault altogether coz her family has never mentioned about her past to her hubby ..how she was being raped..and traumatized..
Tetapi akan wujudkah kehilangan didalam hati sisuami bila mendapati isterinya hilang dan gagal ditemui..dan adakah kehilangannya akan dicari atau dibiarkan sepi..adakah dengan meminum arak dan memabukkan dirinya akan menghilangkan perasaan bersalah dalam dirinya kerana memperlakukan isterinya begitu tanpa menyiasat apa yg berlaku pada kisah silam isterimnya..Terujanya akak nak tahu kesinambungan citer ni..
sharina elisa said…
terima kasih kak. saya terharu kerana kak ida sudi menghayati cerite ni
Aida Sherry said…
superb..... sabar nak tahu n3 seterusnya......

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

SOUL & LIFE AFTER DEATH