Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)



Lalalala :siul BCR 1


*1*
Terkaku Redzuan mendengar. Bicara tanpa nada Amirul.
“ Kau gila ???”
“ Belum gila lagi. Kalau gila tak duk sini dah ! Duk kat tanjung rambutan tapi nak buat macammana, bilik da penuh. Kalau tak dah lama aku apply,”
Selamba Amirul membalas.
Redzuan kacip gigi. Geram.
Hish !! Rasa nak pelempang laju-laju je dia ni !! Kalau tak diingatkan yang dia ni abang aku, dah lama aku cekik-cekik macam emoticon dalam BCR tu !
“ Huh !!”
Terus langkahnya diatur laju ke tingkat atas.
Boleh abang, abang mereng !! Kepala masuk air sabun !! Rendam dalam Daia, softlan !! Geram !!!!
Macam nak hantuk kepala laju-laju kat dinding.
AdamXis yang sejak tadi menjadi pemerhati sketsa berwayang jungkit kening. Pandang tepat ke muka sahabat sejak kecilnya.
Amirul ! Sejak kecil lelaki itu tegas dalam setiap perkara !
Hitam katanya, hitamlah jawapannya. Kalau nak jadi putih, gunalah liquid takpun pakai cat putih ! Nak permanent ? Pakailah permanent marker ! Kat kedai berlambak.



*2*
Aisya hela nafas perlahan. Penat ! Seharian di hospital, di bahagian kecemasan benar-benar menguji kesabaran.
Demi kesihatan, demi keselamatan, demi kesejahteraan, nyawa rela dikorban. Benar-benar seorang doktor berwawasan.
Ambil troli sorong sendiri. Sendiri masuk lif, tekanpun sendiri.
Ceh ! Penat-penat sempat lagi otak memereng !
Pintu bilik ditolak. Kelibat meja dan kerusipun sudah nampak macam ada dua tiga je. Adess !
CL tercungap-cungap. Berkejaran dia di dalam bangunan berbau ubat.
Fuh ! Hari-hari lari camni, Jaguarpun boleh kalah ni !
“ Hang ada nampak Dr. Aisya ?” soalnya tiba-tiba.
Jururawat berbaju putih menoleh ke belakang.
Bingung.
“ Err ..,”
CL garu kepala. Dijeling sekilas nama di pakaian gadis itu.
Cik Gadis ? Nama Cik Gadis ??
“ Puan .. cik .. e’eh ! Mengarut pulak ! Hang ada nampak Dr. Aisya ?”
“ Hang ? Hang Tuah ? Hang Jebat or Hang Lekiu ?”
E’eh melawak pulak nurse ni !
CL tayang muka bengang.
Dahlah urgent ni !!
“ Sorry, gurau je. Mai ikut saya,”
“ E’eh sejak bila nama aku bertukar jadi Mai ?”

*3*
“ Aiiiiisyyyyyaaaaaa !!!!!!!” jerit CL kuat ditelinga Aisya.
Dah macam nak terlompat doktor muda itu jadinya.
“ Mak kau meletup naik belon,”
Terkekeh CL ketawa.
Aisya pura-pura tarik muncung.
“ Sebijik cam hanger ! Dah-dah ! Kau kena tolong aku !”
“ Tolong ? Tolong apa ?”
Ujar Aisya kembali lesu. Penat !
Nak tidurpun tak senang kalau minah senget ni ada.
“ Tolong inject ?”
“ Huishhh !! Tak mau-tak mau !”
“ Mesti mauu~”
“ Sengal ! Uit, bapak aku paksa aku balik kampung,”
“ Lor, dah bapak kau suh balik, balik jelah. Tupun jadi masalah ke ?”
“ Masalahnya, Dr. Aisya, aku yakin dengan seyakin yakinnya bapak aku tu mesti ada agenda tersembunyi kalau dia suh aku balik mengejut macam ni. Dah masak ranum dah dengan perangai bapak aku tu,”
“ Dah masak ranum, makanpun sodap,”
Erkkk !!!
Tensioooonnnnnn !! Sengallah kawan !

*4*
Redzuan dongak ke langit. Indah bicara kerlipan bintang. Pesona mata memandang.
“ JT kerling anak buahnya. Redzuan yang membisu. Diam seribu kata. Adamxis disebelah leka dengan gajet canggihnya.
Pandangan beralih ke arah Amirul. Duda itu masih lagi berwajah beku. Langsung tak diukir senyuman. Sukar !
Mr. Kerro berdehem.
“ Payah benar budak-budak sekarang ni Abang haji ! Suruh kahwinpun tak mahu !”
“  Papa !! Apa ni ???”
Soal CL dengan kiki diketap kuat.
Mr. Kerro tarik sengih.
“ Ni papa nak kenalkan. Ingat lagi Uncle JT ? Yang kerja jadi MD BCR tu ?”
“ MD ?? MD tak kenal, pa. MC D tau la,”
Selamba CL membalas.
Pecah tawa semua jadinya.
Redzuan yang mendengar tarik senyum nipis dibibir.
Boleh tahan !
Cantik ! Personaliti tampak menarik !
CL perasan ekor mata yang memandang. Dijeling malas.
Apa tengok-tengok ? Korek mata tu kang !
Redzuan sengih sendirian.
CL ! Comel !
“ Yang kau ni memalam buta pun ajak aku keluar makan ni apahal ? Dahlah, aku jugak kena belanja ! Nama je engineer tapi kedekut nak mampus !”
Tomyam campur dihirup sopan.
“ Malam tak buta. Rabunpun tak. Kalau rabun pakai spek la ! Bukannya kedekut, jimatlah !”
“ Yela tu ! Otak kau ni memang berpusing ! Asyik nak menjawab je !”
“ Bilah kipas je berpusing ! Aku tak !”
Tak de moodlah pulak !
“ Huh ! Mula la tayang muka macam kucing sembelit pat hari tu,”
“ Aish !! Nak makan lor !”
“ Okey-okey ! Ce citer apa hal ni ?”
“ Semalam !”
“ Ye la semalam. Takkan kelmarin kut. Takpun tahun lepas,”
“ Kau ni, aku jahit mulut tu kang ! Nak citer ni !”
“ Yela-yela ! Geguraupun tak leh !”
“ Kau ingat lagi tak Uncle JT ?”
“ Yang mana satu ?”
“ Ala yang mata dua hidung satu tu ?? Takkan da lupe ?”
“ Main-mainlah pulak !”
“ Mana de main ? Kalau main tak mai sini tau, pi playground nun,”
“ Loyar buruk !!”
“ Lawyer baru kena amik degree dulu,”
“ Adess !”
“ Uncle JT dengan bapak aku nak kawinkan aku ngan anak dia,”
“ Cantiklah tu !! Kau tu bukannya muda lagi ! Dah 26 dahpun,”
“ Peliisss ya ! Aku tak nak !!”

*5*
Sejak tadi handphonenya menjerit.
Alarm !
CL menggeliat malas. Mahu tak mahu sahaja, comforter diselak ke tepi. Dibetulkan kedudukan cadar dan bantal. Perlahan-lahan, Iphonenya dicapai.
Aisey ! Dah pukul 7.30 pagi ??? Subuhhh ??? Ya Allah ! Terlepas lagi !
Pap !
Dipukul dahi sendiri. Alpanya dia sebagai hambaNya. Dicampak gajetnya ke atas tilam seraya tangan mencapai tuala. Terus langkah diatur ke bilik air.
“ Nad tak sedap hatilah, bang ! Buat suprise macam ni. Kan terperanjat budak tu. Pepagi buta duk tercongok kat rumah dia,”
Berkira-kira Nadea. Menekan loceng di pintu pagar.
“ Hish, awak ni ! Pepagi awak cakap buta. Malampun buta juga. Bila tak butanya ? Lagi satu, mana ada tercongok ? Berdirikan ni ?”
“ Awak ni sehari tak merepek tak sah !”
Terus jemari halusnya menekan loceng. Dilayan kepala gila-gila si suami sampai esoklah gamaknya jadi tunggul kayu disitu.
Huh ! Dah macam lipas kudung ! Mandi cam mat rempit bawak motor. Pergh ! Laju giler ! Sib bek bukan aku yang giler.
Disarung baju kurung putih berbunga merah jambu. Tudung panjang dililit bagai pro. Pantas. Kemas.
Ades !! Sejak tadi pagar tu memekak. Kalau nyanyi lagu Maher Zain tak pe gak !
Dengan malas kakinya diatur keluar. Langsir tingkap diselak.
“ Mama ??? Papa ??”
Haish ! Agenda apa lak ni ?
“ Hoi, anak dara ! Buka pintu ni ce ..,”
Pintu pagar terbuka sendiri.
“ Dah-dah ! Tak perlu nak jerit-jerit. Pagar dah terbuka dah pun !”
Mr. Kerro kerling ke rumah sebelah. Fuh ! Cantik !
Rajin bonar gadis tu menyapu laman. Dengan nakal, matanya dikenyit.
“ Gatal !”
Pap ! Lengan Mr. Kerro ditampar Nadea.
“ Hish ! Memain jelah ! Budak je tu !”
Selipar jepun disarung. Laju kakinya menapak ke arah orang tuanya.
“ Apa mimpi mama dan papa mai sini ni ?” soal si gadis berbaju putih seraya menyalami mereka.
“ Mimpi bulan mengambang tetiba jatuh dalam sungai,”
Ujar Mr. Kerro seraya mata tak lekang memandang jiran sebelah.
CL yang melihat tersengih.
“ Sapa tu, CL ?”
“ Oh, tu la SS !”
“ SS ?”
“ Aa ! Siti Safiyyah tapi nama gelemer dia kat sini, SS,”
“ Kalaulah papa ..,”
“ Awak nak menggatal pi sabah !!!” tegas lontaran suara mamanya.
Terkekeh CL ketawa.
“ Ala, abang tak habis cakap lagi, awak dah menyampuk. Kalau abang ada anak lelaki, dah lama abang pinang si SS untuk anak kita,”
“ Oh ! Untuk anak ! Ingatkan untuk abang,”
Terus blushing Nadea jadinya.
Dah macam emoticon :malu je.

*6*
Semua kerja jadi tak kena.  Nak masukkan rekod dalam PCpun tak menjadi. Tekan-tekan keyboard. Huruf tak keluar dekat screen.
Aisey ! Mana taknya kalau suispun tak on.
CL tongkat dagu.
Haiya ! Otakpun ley jadi mereng !
Redzuanlah ni !
Mamalah ni ! Papalah ni !!
“ M a k a n  m a l a m !! Haish !! Nak ajak pulak mamat tu !! Mama punya idealah ni ! Satu kepala je ngan papa !”
Membebel sendirian. Pantas sahaja tangannya menekan suis.
“ Dah macam nenek kebayan dah aku tengok,” sergah Moon tiba-tiba.
Makhluk mana yang masuk tak bagi salam ? Pantang betul aku !
CL angkat muka.
Sengaja muka serius mengalahkan cikgu displin ditayang spontan.
“ Tak nak keluar lunch ?”
“ Apa lunch-lunch ? Masuk tak bagi salam !”
“ Lor ! Salam kalau dikira 1000-998 tau aku bagi. Kau tu yang duk membebel mengalahkan nenek tua. Burung kakak tuapun pandai tau !”
“ Ceh ! Kurang asam jawa ! Dah-dah ! Aku diet hari ni. Tak mo makan !”
“ Lor ! Diet apa kebendenya badan kurus kering melidi macam tiang lektrik !”
“ Ewah-ewah suka hati kau je cakap erk ? Tiang-tiang lektrik nipun ada orang nak tau ! Siap kena paksa kawin lagi !!”
Opss !
Cepat-cepat jemari kanannya menekup mulut.
Tersasul ! Minah ni pantang dengar cerita !! Adesss !
“ What ???? Paksa kawinn ?? Wow !! Apa cer ?? Citerlah,”
“ Nenek aku nak kawinlah !! Saja kasi gimik kat kau,”
“ Ingat aku dak-dak tadika ke senang nak tipu cam tu. CCCCCLLLLLL .. ciiiiterrrrlaaaa,”
Sengaja suara dilembutkan.
“ Eeee .. peeelisssslaaa, cair tahi telinga aku dengar ... !”

*7*
Rasa macam nak hempuk orang je !! Rasa macam nak gigit ! Nak tumbuk sampaik lumat !! Tak payah pakai blender lagi da !!
CL ketap gigi. Kuat.
Dipandang Redzuan yang segak di muka pintu.
Mengada !!!
“ Nampaknya anak dara Uncle Kerro excited benar nampak Ridz,” seloroh Redzuan, ketawa kecil.
Mr. Kerro tarik senyum dibibir.
“ Abah kamu si JT tak datang sekali ? Mirulnya mana ?”
“ Mirul teman abah pi majlis. Ada tahlil ke apa ntah,”
“ Ajaklah budak tu masuk dulu, bang. Dibiarkan berdiri. CL ajak tunang kamu tu mai dapur ni. Hidangan Beauty Lover dah sediakan. Kan sejuk tak sedap nanti,”
Huish !! Mamat ni, nak makanpun nak berjemput-jemput ! Ingat kenduri kawin ke apa ??
“ Hah, pi dapur cepat. Mama bising susah nanti. Papa nak naik atas kejap. Solat isya’ nanti papa turun,”
“ A’ah papa. Sila-sila,”
Mengada ! Papa aku memandai jadi papa kau !
Dua pasang mata mengekori langkah Mr. Kerro ke tingkat atas.
CL jeling Redzuan.
Huh !
“ Masuk. Makan !”
“ E’eh,  sejak bila awak jadi robot ni ?”
“ Apa awak-awak ? Ingat biawak ke nak main awak-awak ?”
“ E’eh saya tak mainpun. Awak nak main dengan saya ? Main sorok-sorok ke ?”
“ Tak lawak okey !”
“ Siapa kata saya buat lawak,”
“ Apa lagi duk kat situ tu CL ? Ajak menantu mama tu mai sini,”
Laung Nadea dari ruang dapur.
“ Sejak bila jadi menantu mamanya ?”
Dijeling lagi si mamat disebelahnya.
“ Ala, tak lama lagi !”
Ujar Redzuan seraya menonong menuju ke dapur.
“ E’eh memandai !! Sapa nak kawin dengan dia ntah,”

*8*
Dilayan sahaja kehendak mata. Sengaja dibiar terkatup.
Hujung minggu. Berdetink dengan bantal jelah gayanya. Nipun, nasib Mama dah balik kalau tak, jangan haraplah nak melepak atas katil berselimut macam tu.
Iphone miliknya menjerit lantang.
Arghhh !!!
Manusia mana kurang ajar ganggu tidur lenaku ni !!!
Ah ! Lantaklah !
Ditarik beruang putih sebesar budak 12 tahun. Ditekup di telinga. Ditekan. Kuat.
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

Iphone nikan !!! Sehari tak menjerit tak sah !!!

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

Dilempar beruang ke tepi. Iphone dicapai kasar.
“ Hello, apa hal ? Aku nak tidurlah !!”
Redzuan jarakkan blackberry dari telinga.
Makk ooi ! Suara garang ! Dah lah baru bangun tidur !
“ Sayang, baru bangun ke ?”
Redzuan menyakat.
Erkk ? Makhluk dari planet alien mana ni ? Memandai bersayang-sayang ??? Ayam goreng takpe gak ! Kenyang gak perut !
“ Kau ni makhluk dari planet mana ni ? Tersesat ke bumi ke apa ?”
“ Sampai hati awak, CL,”
“ Oh !!! Kau rupanya ! Kau nak apa ? Kau tahu tak hari ni cuti ??? Kau tahu hari ni hari bersama bantal ?? Kau tahu takkk ???”
“ E’eh bertuah bantal tu ada gak hari bersama dia. Bila hari bersama kita keluar jejalannya ?”
“ Apa kau merepek ni ? Kau nka keluar jejalan, jalan le sendiri. Takut melintas, naik jejantas. Takkan peguam macam kaupun itupun nak suruh aku ajar ?”
“ CLLL, teman saya keluar. Pi klinik jommm .. saaakittt peruttlahhh,”
Sengaja Redzuan mengedik.
“ Eeee .. kau nikann !!! Dah-dah bersiap cepat. Lagi setengah jam ambil aku kat rumah,”
“ E’eh dah ada kat depan rumah awak. Awak tu bersiap cepat,”
Erkkk !!

*9*
Dikacau-kacau jus epal di dalam gelas. Dah macam mak cik-mak cik kacau bubur asyura je.
“ Pellliissss okkk !!! Aku tak nak kawin dengan kau. Kau ni tak bahasa bahasa melayu ke ?? Ke kau nak aku cakap bahasa korea baru kau nak faham ??”
“ Tapi mama papa awakkan dah setuju kita kawin. Awakpun diam je hari tu. Tak cakappun awak tak nak kawin dengan saya,”
“ Mama papa yang setuju. Mama papa yang nak kau jadi menantu dia,”
“ Dah tu ?”
“ Kau nikan, nak kata bodoh padahal cerdik ! Aku diam sebab nak jaga maruah mama papa. Takkan aku nak lawan mereka. Bantah cakap mereka kat depan femili kau !!”
“ Dah tu .. kalau kita putuskan pertunangan ni, tak jatuh maruah mama papa awak ke ?”
Erkk !
CL tepuk dahi.
Camner boleh tak terfikir !
“ Kenapa awak tak nak kawin dengan saya ? Saya tak cukup hensem ke ?”
“ Eeee... kau ni !!! Awak awak ! Geli tau tak !”
“ Dah tu ?”
“ Dah two, dah two. Three bilanya ?”
“ Three bila dah kawinlah. Baru jadi three,”
“ Sengallah kau ni !”

*10*
Semalamam CL berendam mutiara di mata. Membasahi pipi putih mulusnya. Nasib baik tak bengkak mata jadinya. Kalau tak, dialah pengantin perempuan pertama bersanding dengan mata cam alien.
Aisya mengeluh tiba-tiba.
Wajah lesu temannya mengundang simpati.
“ CL, jangan macam ni ..,”
“ Aku tak nak kawin, Aisya,”
“ Aku tau .... tapi ..,”
“ Kau ganti tempat aku, boleh ??”
“ Giler !! Kau ni memang otak 24 jam tak ley fikir secara normal agaknya,”
CL tunduk kepala. Merenung lantai.
“ Dah-dah ! Jangan sedih-sedih. Cuba bukakkan pintu hati kau tu untuk dia. Terima dia sebagai suami kau tak lama lagi. Mungkin dia orang yang diciptakan untuk aku e’eh untuk kau !”
“ Aku tak nak kawin dengan dia, Aisya !!!”
“ Tu jelah yang kau cakap dari empat tahun lepas !”
“ Pengantin dah siap ke ? Dah siap bawa keluar. Pengantin lelaki dan tok kadi dah ada kat ruang tamu dah tu,”
Ujar Nadea dimuka pintu.
“ Aiiisyaaa,”
Lemah benar suara CL.
“ Aku tak boleh buat apa-apa, CL. Please jangan malukan keluarga kau. Redzuan tupun, aku tak nampak cacat celanya pun. Orangnya kacak. Kacak ke ? Uhuk uhuk ! Baik. Peguam lagi tu ! Dah-dah ! Tak payah nangis. Cair mekap ni nanti. Susah pula,”
Ditarik tangan si CL perlahan. Dibawa ke ruang tamu.

“ Aku nikahkan dikau dengan ..,”
“ Peeelissss ... tunggguuuu .....,”
Pap !
Sebijik bantal mengena tepat di kepala CL.
“ Apa kehal kau memekak memalam ni ? Aku nak baca bukupun tak senang !!!”
Rungut Aisya ralit menelaah.
Terganggu.
Minah ni makan tak ingat dunia. Tidur mulalah mengigau !
“ Dah !! Pi amik wuduk ! Kau tu isya’ belum solat, dah nak sleepkan mata tu,”
Terkebil-kebil CL pandang Aisya.
Aisya ??? Katil 2 tingkat. Almari dua biji. Meja studypun dua.
“ E’eh kita kat mana ni ? Kat kolej ya ?”
“ Yela kat mana lagi. Takkan hotel lima bintang kut camni,”
“ Yahooooo !”
Meloncat tiba-tiba si CL. Keriangan.
Yeahhh !!! Aku tak kawinnn !
“ Aish dah macam sepupu kau dekat zoo je. Sebijik sama !”
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma

Deringan Iphone menyepikan suasana. CL pandang Aisya. Aisya pandang CL. CL pandang skrin telefon.
Papa !
“ Assalamualaikum,”
“ Waalaikummussalam. CL, minggu ni balik kampung. Wajib ! Muktamad,”
Hah ???
Automatik wajahnya berubah pucat.
Apakah epilog mimpi bermula ???
Arrghhh tidakkkkk !!!!





Comments

red gitarputeh said…
HAHAHHAA. Cool gila!!! wonder when character named 'red' muncul XD

Popular posts from this blog

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

Hanya Aku! Novel terbaru KaryaSeni/Penulisan2u