Bukan Bisikan *prolog*

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi


Pahit menelan. Kenangan hitam. Memudar harapan.
Dahulu, dia bukan seperti ini. Hidupnya penuh pelangi. Bukan ralit di ulit derita. Bukannya berteman sebak di dada. Memori terlayang. Kenangan semalam. Pertama kali berkenalan. Jejaka idaman.

Naik bosan jadinya. Manakan tidak ? Jejaka dihadapannya itu sekadar membisu sejak tadi. Bukan seminit dua tapi sudah melebihi enam puluh minit.
Mia Adyla goyang-goyang kakinya.
Aduhai !! Apahal memboringkan sungguh mamat ni ?Sudahlah tunduk macam anak dara nak kena pinang je nih ? Erk, ye ke anak dara nak kena pinang tunduk cam tu ?
Garu kepala Mia Adyla jadinya.
“ Uit !”
Perlahan-lahan lelaki itu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.
Sopan-santun betul.
Aku, kalau makan macam ni, confirm !! Masuk je Gadis Melayu, semua peserta lain kalah !
Wekkk ! Perasan sendiri !
“ Awak .. oo awak ... awak tak sakit tekuk ke ? Dari tadi menunduk ?”
Sempoi sahaja soalannya.
Irfad Hakimi angkat muka. Pandang tepat ke wajah kosong Mia Adyla.
“ Saya tak berani nak pandang awak,”
Jawabnya lancar.
“ Adess ! Apasal ? Saya janji tak makan awaklah ! Saya dah kenyang ! Bukan setakat mi bandung je saya makan, sirap bandung pun saya minum tolak belum pernah sampai ke bandung lagi je,”
“ Saya takut nak pandang awak,”
“ Takut pulak dah !”
“ Saya takut nak pandang awak. Awak cantik sangat,”
Erk !!!
“ Irfaq ! Kalau saya ni cantik, dah lama saya join miss world tu ! Bukannya apa kan ? Kan saya masuk semua peserta lain kalah. Tak pe la, saya beri peluang kat ratu cantik yang lain dulu menang. Tahun depan, saya masuklah,”
“ Awak, saya nak kahwin dengan awak. Saya suka awak. Awak cantik. Suka buat lawak. Kita kahwin nak ?”
“ Erk, mamai erk ? Tetiba nak ajak saya kawin ? Tak takut saya ni orang jahat ke ? Tak takut ke nak habiskan duit untuk saya ? Minyak wangi ? Saya guna Pati minyak wangi tanpa alkohol All Star Perfumes or ASP. Ekstrak asli. Haruman kuat. Guna sikit je, sampai 72 jam tahan. Dompet ? Saya tak pakai yang murah-murah. Saya guna M. Vernis Viennois. Lagi ? ..,”
“ Cukuplah tu ! Tak baik menipu,”
“ Sapa kata baik menipu ?”
“ Dah awak menipu ?”
“ Saya tak tipu, saya bohong je,”
“ Wak, kawin ngan saya, ya,”
“ Pe kawin tu ? Awak nak kawin dengan siapa ni ?”
“ Dengan awak la,”
“ Awak ni, nak ajak saya kawin ni, awak kenal saya ke?”
“ Tak tapi lepas kawin nanti, kita kenal-kenal la,”
“ Sorry to say ! Saya tak berminat soal kawin-kawin ni. So, saya rasa dah tak ada apa-apa lagikan ? Saya dah kenyang nak balik. Nak tido. Esok nak pi kerja,” ujar Mia Adyla seraya bangun berdiri.
“ Awak, saya hantar,”
Jejaka itu menawarkan diri.
“ Tak pe la. Terima kasih. Kereta saya, saya dah isi minyak petrol. Tak guna diesel so, insyaallah selamat sampai ke rumah,”
“ Erk ! Hati-hati. .. er .. er .. saya nak nombor awak boleh ?”
“ Saya tak pernah beli nombor. Nombor ekor tu haram,”
“ Erk !! Bukanlah, er ..  your phone number ?”
“ Oh !! Nak buat apa ?”
“ Supaya kita boleh berhubung lagi lepas ni,”
“ Oh, 01..,”
“ Sekejap. Saya nak ambil my handphone,”
“ 01234567891011213 .. awak kire sendiri la ! Tak larat nak sebut semua number nih. Dalam banyak-banyak number tu, awak pilih je number mane yang awak berkenan,” terus gadis itu berlalu keluar.
Aisey ! Camnerlah mum boleh suruh aku keluar dengan mamat tak cukup matang macam tu ? Jumpa sekali dah ajak kawin ? Gila ke mental ?
Senyum paksa Mia Adyla.
Begitu indah kenangan. Lelaki bergelar suami. Saat pertama kali bertemu, begitu naif mengenal hubungan. Begitu gugup berhadapan.
Aturan keluarga. Bibit-bibit cinta membawa ke gerbang perkahwinan. Siapalah manusia menentukan percaturan ? Babak filem berwayang ...




Comments

Unknown said…
comelnya, saya konfem beli nie..hehe

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Bab 10 Novel Couple 3 Suku

SOUL & LIFE AFTER DEATH