Posts

Couple 3 Suku

*2* Hatinya rasa tenang tatkala usai membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Matanya dipejam rapat. Merasai kenikmatan sepi malam dalam keadaannya tangannya masih lagi memeluk kitab suci itu di dalam pelukan. Kelopak matanya terbuka serta-merta apabila mendengar getaran telefon yang diletakkan di atas meja. ‘Cik Sepupu Aimi Suhana’ muncul di skrin telefon. Lekas sahaja, dia menjawab panggilan. “Kau kena tolong aku, Ins!” suara Aimi Suhana dihujung talian kedengaran cemas. Tanpa salam, terus menyergah. Aimi Suhana ni memang jenis tak menyempat macam tu. “Waalaikummusalam. Kut ya pun ada hal penting, takkan tak sempat nak bagi salam?” perli Suraya Insyirah sambil bangun. Meletakkan Al-Quran di atas rak. “Yelah! Assalamualaikum.” “Waalaikummusalam. Ada apa kau telefon aku malam-malam macam ni? Tak habis lagi ke rindu kau tu kat aku? Simpanlah sikit rindu tu untuk esok-esok. Nanti, habis rindu tu nak beli kat mana?” Suraya Insyirah meloyar buruk sehingga Aimi Suhana mengetap gigi. “K...

Couple 3 Suku

Bakal terbit: Oktober 2016 *1* Aimi Suhana mengetap bibirnya geram. Lagi bengang apabila melihat Suraya Insyirah yang sedang ketawa geli hati. Suka sangat bila dia tidak berjaya mengejar. “Siap kalau aku dapat kau! Aku gigit telinga kau! Biar jadi sup!” ugut Aimi Suhana sambil bercekak pinggang. Makin terkekeh Suraya Insyirah ketawa dibuatnya. “Kalau telinga dijadikan sup, jadi sup telingalah? Kau dah makan sup telinga ke? Tahi telinga macam mana? Masak sekali ke?” Sengaja Suraya Insyirah melayan sehingga kembang tekak Aimi Suhana membayangkan kuah sup yang dipenuhi dengan tahi-tahi telinga. Mahu termuntah dia. “Uwekkk!” Aimi Suhana tahan mulutnya dengan telapak tangan. Cuba menghalang muntahnya daripada terkeluar. Tergesa-gesa dia hendak ke tandas. Tersadung kakinya. Tersepak bantal kusyen yang bersepah di atas lantai. Tersemban pula ke badan sasa Mikail Haziq yang masih mamai. “Suhana!” jerit Mikail Haziq terperanjat apabila habis basah bajunya dek muntah si tomboi itu. ...

JOM BELI! KUMPULAN CERPEN FOBIA TERBITAN ROMAN BUKU

Image
klik sini untuk order             “Nama awak, Awish ya?” Awish jungkit kening. Hairan.             “Mana kau tahu nama aku?”             “Papa awak, Pak Karim yang bagitahu. Dia yang suruh saya masak sedap-sedap untuk awak. Sambut awak ke sini,”             “Oh! Nama kau siapa?” soal Awish kekok hendak bersaya-awak. Seingat dia, zaman sekolah rendah dulu saja dia bersaya-awak bagai. Kata kawannya, awak-awak, macam biawak. Sejak itulah, dia beraku-kau. Awish jadi gerun apabila mata bundar gadis itu menikam tajam ke dalam bebola matanya.             “Nama saya Emma. Duduklah dulu. Saya siapkan air untuk awak,” pelawa Emma seraya berlalu ke dapur. Awish kibas t-shirtnya, kepanasan. Kalau di rumahnya, tentu sahaja dia...

JOM BELI KUMPULAN CERPEN- FOBIA TERBITAN ROMAN BUKU

Image
SESIAPA YANG NAK ORDER KUMPULAN CERPEN FOBIA TERBITAN ROMAN BUKU bolehlah HUBUNGI SAYA HARGA: RM19.90+RM5(KOS PENGHANTARAN) KERIS SI IBLIS- SHARINA ELISA Jeritan Emma tiba-tiba lenyap. Awish kalih pandang ke arah Emma yang cepat-cepat menutupi badannya dengan kain yang terkoyak itu. Mahu sahaja Awish mendapatkan selimutnya tapi kakinya kaku untuk bergerak apabila pisau pemotong daging yang entah dari mana datangnya meluru pergi ke jemari halus Emma Badannya dicincang-cincang bagai orang tidak sedarkan diri. Bermula dari jari kaki kemudian, buku lali. Naik kepada betis, lutut, paha dan seterusnya. Emma memotong badannya sendiri seraya menjerit dan ketawa berselang-seli. KALAU DAH JODOH- NURHAYYU FITRAH Aku pandang jam di tanganku. Sudah semakin lewat petang. Cepat-cepat aku bergegas ke stesen bas. Tiba-tiba terasa ada sesuatu yang menarik beg galasku. Aku menoleh. Beg galasku ditarik dengan kuat. Aku diragut. Aku cuba menarik beg galas yang berisi laptop dan barangan pe...

WRITERS AND READING FESTIVAL

Image
JOM DAPATKAN NOVEL BUKAN BISIKAN DI UiTM DUNGUN, TERENGGANU PADA 06 MAC 2013 (RABU) DENGAN POTONGAN SEHINGGA 15% JOM DATANG RAMAI-RAMAI!!!

JOM UNDI!!

Image
CONTEST NOVEL BUKAN BISIKAN TELAH BERLANGSUNG SELAMA SEBULAN YANG LALU DAN BARU SAHAJA BERAKHIR SEMALAM. SERAMAI 11 ORANG PESERTA TELAH MENGHANTAR PENYERTAAN MEREKA. PEMENANG AKAN DIKIRA BERDASARKAN UNDIAN TERTINGGI. TEMPOH UNDIAN HANYA SELAMA LIMA HARI SAHAJA. BERIKUT ADALAH SENARAI NAMA PESERTA CONTEST Novel Bukan Bisikan KALI KE-2. SILA RUJUK  https://www.facebook.com/ groups/novelbukanbisikan/files/   UNDIAN OR KLIK VOTE HANYA BOLEH DILAKUKAN SELEPAS ANDA MEMBACA KESEMUA REVIEWS YANG TERSENARAI. KLIK SINI UNTUK MENGUNDI SEKIRANYA ANDA BELUM MENJADI AHLI GROUP  NOVEL BUKAN BISIKAN  ATAU TIDAK DAPAT MENGUNDI DI KOTAK UNDI, SILA JOIN GROUP INI TERLEBIH DAHULU.

PESERTA-PESERTA CONTEST NOVEL BUKAN BISIKAN FEBRUARI 2013

Image
Senarai nama Peserta contest Bukan Bisikan kali ke-2 ♥ ♥ ♥ CONTEST NOVEL BUKAN BISIKAN KALI KE-2 ♥ ♥ ♥ ( https://www.facebook.com/ events/521704781207406/ ) Jom join Contest REVIEW Novel Bukan Bisikan. Syaratnya mudah saja 1. Join group  https://www.facebook.com/ groups/novelbukanbisikan/   2. Review Novel Bukan Bisikan contest ini akan berakhir pada 28/02/2013 *bagi sesiapa yang tidak pasti bagaimana me review sesebuah novel, bolehlah rujuk di group review novel,  https://www.facebook.com/ groups/294512680575170/ **Review mestilah di pos di group Novel Bukan Bisikan 1. Robiah Mohamat Sarif https://www.facebook.com/robiah.mohamatsarif kak Sharina Elisa, alhamdulillah saya dh tamat membaca BUKAN BISIKAN (1hari aje tau)....tahniah buat kak lisa atas kelahiran BB...sebenarnya saya agak keliru sikit dgn watak ILI dan DATO'EIDE sbb saya x berkesempatan utk membaca TENGGELAMNYA WARNA PELANGI, jadi watak mereka...