Ulasan Novel Delina, Aku Antropomorfik oleh Kak Ogy

07/02/2019 DELINA AKU ANTROPOMORFIK SHARINA ELISA MAGIC BEAN / 312 ms mula-mula akak cari, apa maksud antropomorfik. uuiii... sepanjang hidup, tak pernah jumpa perkataan tu. nak sebut pun tergagap tau. ok, bila dah tahu maksud baru best nak baca. dan memang akak tak salah duga, karya penulis muda Sharina Elisa memang tak pernah mengecewakan. korang yang suka baca kisah yang bukan biasa-biasa boleh cari karya penulis cantik ni. delina, diarahkan ke diamond academy kerana setiap minggu ada saja kematian yang berlaku. dia dapat mengesan tapi masih tidak dapat sabitkan kesalahan pada sesiapa. uniknya kisah ini, korang memang payah nak agak siapa dalang sebenar. boleh kata sama saja halimunan dengan penjenayah yang lakukan semua pembunuhan. suspek seperti sera, yang tak punya perasaan memang boleh dicurigai, tapi betul ke teman sebilik delina tu yang lakukan semua? tapi bagaimana, sebab pembunuhan tetap berlaku walaupun sera ada depan mata delina? cantik perjalanan kisah...